Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday, 25 October 2016

Air Air Di Selangor : Pilihan Kita rumah Flat @ Teres

Assalamualaikum w.b.t,

Gambar Hiasan dari Google


Alhamdulillah hari ini kembali semula ada air, sebenarnya petang semalam lagi dah ada, pada awalnya kuning kekuningan tetapi pagi ini dah bersih seperti sediakala.
Alhamdulillah rumah ini dah air walaupun ramai para sahabat dan kawan-kawan yang lain masih merungut tiada air di rumah mereka.

Semasa orang lain dah merungut air dah habis di paip rumah mereka, rumah kami masih ada air. Ada pelanggan saya yang duk rumah flat, tingkat atas, air tiada 2 hari lepas lagi, banyak kerja-kerja tergendala tak dapat dilakukan.

 Ada kawan saya yang duk rumah teres di kawasan agak tinggi, berbukit pun mengadu air tiada awal di rumah nya dan sampai sekarang belum ada air masuk ke rumahnya. Sedangkan kita di sini tempoh ketiadaan air sekejap saja.
Rasa saya, inilah untungnya kita tinggal di rumah teres dan kawasan rendah, air mudah sampai melalui saluran yang disediakan.

Apa yang saya nak terangkan di sini, Allah dan tentukan hidup kita. Dan kita pula yang menentukan pilihan kita, nak duk di rumah tinggi seperti flat atau nak duk di rumah teres bawahnya. Ya jika mampu semua tak nak duk rumah teres, tetapi apa daya kan setakat itu saja kemampuannya.
Saya lahirkan rasa syukur sebab walaupun menyewa, tak tahu sampai bila harus hidup menyewa, saya dapat tinggal di rumah teres yang senang dapat air. Semoga kami dapat beli rumah seperti ini biarpun tak ada harapan untuk beli rumah yang kami sewa ini.

Ya ramai tahu krisis air di Selangor kerana loji air, tangki tadahan air dicemari bahan kimia dan terpaksa ditutup. Perkara ini berulang-ulang, sepatutnya 1 kali berlaku, dan ia dapat diselesaikan segera dan tiada ulangan kerana sepatutnya langkah pencegahan diambil supaya rakyat tidak menerima nasib yang sama berulang kali dan membuatkan mereka termasuk saya 'fed up' dengan pemerintah dan pentadbir.

Krisis di Selangor katanya ada kaitan dengan politik dan persekutuan, tetapi saya sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran nya. Hanya spekulasi dan cerita-cerita makcik dan pakcik di kedai kopi dan di jalan-jalan yang sampai juga ke telinga saya.

Itu saja kisah air dan pilihan rumah kita yang saya teringin nak kongsikan pada pagi ini.

Sekian dulu.

Jangan lupa jika ada dari kalangan pembaca yang nak beli produk jualan saya, dialu-alukan ya.

No comments:

Post a Comment