Semasa nak pergi kerja, saya selalu buka radio dan dengar siaran IKIM fm, boleh betulka diri dan selau bernasib baik dengan tazkirah dari ustaz atau ustazah jemputan. Habis saja tazkirah atau diberi nama motivasi pagi, disiarkan lagu yang sangat memberi saya semangat iaitu tajuknya 'Jangan Bimbang'.
Mari kita hayati lirik dan bait-bait dalam lagu ini.
Trak JANGAN BIMBANG dibuka dengan baik dengan berteraskan lirik yang mudah difahami tentang perjuangan dalam mengharungi setiap cabaran getir yang melanda dalam hidup. Teruskan berdoa dan bertawakal. Muzik yang catchy dan Trak korus yang berulang ulang adalah tindakan yang bijak agar lagu ini mudah diingati. Terus terang pertama kali mendengar lagu ini korusnya sudah bermain diminda.
Teruskanlah hidup walau terluka
Teruskanlah hidup jangan mengalah
Teruskanlah hidup dengan percaya
PadaNya kita berdoa
Rap oleh Altimet merupakan kekuatan lagu ini. Penyampaian yang bersahaja bagaikan mendengar nasihat dari seorang sahabat. Sangat adore dengan part lirik oleh Altimet, kata-katanya bagaikan syair moden:
Rap 1
Mati kutu jalan buntu
Tak tahu langkah seterusnya tapi hati melulu
Mata kalut otak serabut
Usah kabut tapi hasilnya ke laut
Keluh hati siapa perasan
Titik peluh selautan aku berselaman
Mandi air matanya berapa tempayan
Harap mentari esok selepas gelap semalam
Aku terus melangkah satu persatu
Terus kehadapan kalau kamu di sisi aku
Walau nampak tak bergerak aku tak pernah kaku
Tak pernah mengalah hingga mendung ini berlalu
Rap 2
Tiang rumah ku harap ada lima
Kejayaanku kakinya tiga
Pertama usaha gerak kaki tangan kerja
Subuh ke senja ke subuh ke senja
Kedua aku cuma buat doa
Aku pengemis aku meminta semua
Akhir sekali tawakal pada yang Awal
Serahkan segala pada Terhandal
Jadi kerjakan yang ada dalam kawalan
Lepas tu, kita tadah tangan
Lepas tu, kita lepaskan
Itu saja cara
Dah jelaskan?
Secara keseluruhannya, lagu ini adalah sesuatu dan sangat istimewa! Secara peribadi, ia juga satu medium ‘self help’ untuk setiap pendengarnya. Setiap seorang dari kita mempunyai isu dalam diri mereka. Mungkin lagu ini dapat diterima sebagai panduan, nasihat dan motivasi.Tahniah KENGKAWAN PROJECT kerana berjaya menerbitkan halwa telinga yang sempurna ini.
Saya salin balik lirik-lirik lagu ini dan jadikan ia perkongsian untuk kita pembaca sesame kita memotivasikan diri kita sentiasa supaya jangan bimbang dengan hidup ini, teruskan saja. Kita ada tempat pergantungan pada yang maha Esa.
Sekian dulu.
Saya salin balik lirik-lirik lagu ini dan jadikan ia perkongsian untuk kita pembaca sesame kita memotivasikan diri kita sentiasa supaya jangan bimbang dengan hidup ini, teruskan saja. Kita ada tempat pergantungan pada yang maha Esa.
Sekian dulu.
No comments:
Post a Comment