Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Friday, 19 August 2016

Musibah Itu Ujian Sabar

Assalamualaikum w.b.t,

Sekali sekala Allah nak uji kita, ia boleh berlaku dalam pelbagai cara. Hanya untuk melihat ketahanan dan kesabaran kita menghadapi ujian tersebut. Dapat uji setakat mana kematangan kita dalam menyelesaikan setiap masalah atau musibah yang menimpa.

Tanggal 10hb Ogos yang lalu saya mengalami kemalangan kereta, mengakibatkan pelanggaran 3 buah kereta serentak. Saya yang paling belakang dan kawan setempat kerja dengan saya berada di depan saya dan beliau mengalami kerosakan di kedua-dua bahagian kereta iaitu di depan dan belakang. Manakala sebuah lagi di depan hanya mengalami sedikit kerosakan, belakang kerata terkena dan mengakibatkan bonet tercabut sedikit.

Apa yang saya belajar dari kejadian kemalangan ini adalah, rupanya kereta yang melanggar iaitu kereta saya yang di belakang sekali dipersalahkan dari segi undang-undang jalan raya kerana dikatakan melanggar dan menyebabkan berlaku kemalangan. Maka saman dikeluarkan  sebanyak RM300 dan diberi tempoh 2 bulan untuk dilakukan pembayaran. Namun masih ada rayuan di mana saya hanya boleh membayar RM150 sahaja iaitu separuh apabila membuat rayuan di kaunter nanti.

Allah datangkan ujian dan Ia datangkan juga jalan penyelesaian untuk kita, diberi akal untuk kita fikir dan dapatkan orang yang boleh membantu kita di saat gentir. Walau agak terkilan yang orang terdekat dengan kita, suami sendiri pun pada ketika itu tidaklah kisah mana akan kereta kita yang kemek di bahagian depan, tak peduli pun atau ambil berat untuk tengok keadaan kereta sama ada masih OK atau sangat teruk. Apa pun tiada apa yang perlu disalahkan kerana banyak lagi perkara lain yang harus difikirkan dan hidup perlu juga diteruskan.

Saya hubungi rakan yang juga baru lepas kemalangan dan mungkin dia ada pengalaman bagaimana untuk claim insurans bagi membaiki kereta kiranya 3 buah sekaligus. Setelah diberi nama dan no orang yang mudah dan boleh tolong dalam hal ini, urusan seterusnya berjalan.

Saya buat laporan di balai polis Kajang dan memang orang tersebut siapkan semuanya, Saya tak perlu banyak risau dan cuma berdoa dan berharap semoga ianya selesai dengan segera dan elok. Ya siapa pun tak mahu berlaku kemalangan dan hilang kenderaan seketika kerana terpaksa tahan di bengkel untuk operasi membaiki dan membetulkan semula apa yang rosak.

Maklumlah saya ini orangnya yang banyak urusan untuk ke hulu hilir, makanya jika tiada kereta, patahlah kaki ini untuk lakukan urusan bisnes sampingan dan urusan harian yang lain. Terpaksa meminta bantuan orang terdekat, suami, adik dan kawan sekerja untuk pergi dan balik kerja. Kiranya merempit lah beberapa hari sementara kereta siap dibaiki. Nak pinjam motor mereka tak dapat kerana mereka sendiri tak harap yang saya boleh bawa walaupun saya ada lesen, kerana mereka risau saya yang dah lama tak menunggang motor. Jadi nak ke mana-mana agak terhad dan hiduplah saya seperti orang patah kaki selama beberapa hari itu.

Dipendekkan cerita, saat saya menulis entri ini, kereta saya sudah siap dibaiki dan khabarnya sudah boleh keluar dari 'wad' esoknya. Semoga bertemu kembali wahai kereta dan semoga  dapat berkhidmat dengan baik kepada tuan mu.

Sekian dulu.

Saya akan sambung semula cerita mengenai bagaimana cara mudah untuk claim insurans bagi rujukan.

Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog Utama : wanrokiah.blogspot.com
Blog DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.my/
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Kedaionlinecikroki
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: 
Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment