Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Friday, 26 August 2016

Kereta Siap Seperti Baru

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Kereta dah dapat ambil semula walaupun ada sedikit masalah sebelum dapat semula sedangkan sudah siap sepenuhnya. Ini kerana belum dapat kelulusan claim dari pihak insurans. Dan lebih malang lagi pemilik bengkel ini dimasukkan ke hospital, jadinya kami di sini tak dapat hubungi beliau. Ada satu cara lagi saya kena hubungi pihak insurans dan sahkan kereta yang sudah siap dibaiki dan boleh diambil. Tapi Malang juga telefon saya kehabisan bateri dan perlu dicaj terlebih dahulu.

[Entri ini tertangguh sebenarnya, saya menulis menggunakan telefon tangan dan semasa menemani anak-anak mandi kolam di Putrajaya. Dan sekarang sambung semula menulis menggunakan laptop di rumah dalam keadaan yang lebih selesa kerana anak-anak sibuk bermain sambil dilayani oleh abahnya.]

Dipendekkan cerita, saya menumpang caj telefon di pejabat bengkel tersebut dan dalam masa yang sama, orang yang tengah dan banyak menolong saya masih cuba menghubungi tuang punya bengkel sehingga berjaya. Akhirnya dapat dihubungi dan dengan arahannya, kereta saya selamat untuk keluar dari bengkel tanpa apa-apa jamina walaupun belum mendapat kelulusan daripada pihak insurans, Terasa sangat bersyukur dan jika boleh pada masa itu juga saya nak sujud syukur dan peluk kerani cina perempuan di bengkel tersebut.

Dah la masa saya menunggu kereta disiapkan iaitu tinggal pomen atau mekanik nak masukkan atau pasang no plat kereta saja,  sambil siapkan juga dokumen-dokumen, saya berbual panjang dengan kerani tersebut memandangkan beliau mengadu yang badannya sangat berat dan gemuk sehingga kaki kerusi yang diduduki pon tercabut. Maka apa lagi, saya kongsikan sedikit tips untuk kurus dengan sihat. Apa yang saya nampak kenapa beliau terlalu gemuk, 92kg dengan ketinggian lebih kurang 152cm ialah air yang diminum adalah air manis. Mempunyai kaki yang kecil dan comel (saya lihat selipar yang dipakai seperti saiz 4 atau 3 sahaja) berbanding tubuhnya yang agak berisi sangatlah tidak sesuai kerana kaki yang kecil sangat terbeban dengan berat badan yang berlebihan.
Apa yang saya sarankan adalah beliau kurangkan minum air manis dan kalau boleh hentikan terus serta amalkan minum air putih bermineral ikut keperluan badannya. Mungkin cakap senang saja, kita dah bagi tips maka terpulang kepada keseriusan diri sendiri untuk lebih sihat dan berusaha untuk kurus atau masih mahu berada di takuk lama.

Berbalik kepada cerita kereta, alhamdulillah kereta kita dah siap dan boleh dibawa balik. Tak sabar anak-anak di rumah menanti kereta mama sampai.

Inilah kereta kita sebelum pasang no plat


Sekian dulu.

Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.my/
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah





No comments:

Post a Comment