Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday, 21 October 2015

Spageti Bolognaise Mudah Home made

Assalamualaikum w.b.t,

Dah lama tak makan spaggeti masakan air tangan sendiri sebab jika masak, hanya saya seorang saja di rumah ini yang makan. Anak-anak nampak saja kuah merah, automatik mereka set (kata) pedas. Si suami memang tak layan mana makanan barat, satu-satunya pasta yang dia makan adalah pasta goreng dari kedai makan The gratoz . Dan sesekali jika saya goring ala-ala kedai begitu dia akan makan. Memang selera kami jauh berbeza.

Baik berbalik kepada sapgeti bolognaise yang saya masak sedniri ini, rasanya kali ini saya tak nak kongsi resepi tetapi bagaimana tekak saya terasa nak makan spageti dan dating dengan sendiri kerajinan untuk memasak.


Ceritanya bila saya terasa dan rancang untuk terus singgah PKNS Bandar Baru Bangi dan membeli bahan-bahan yang saya rasa perlu untuk masak kuah bolognaise, memandangkan saya dah ada tomato puri di rumah yang sentiasa saya buat stok untuk masak nasi arab yangf juga kesukaan saya sebab senang dimasak dan kenyang serta sedap dimakan tetapi bukan kesukaan suami sebab katanya tiada kuah.

 Jadi balik dari kerja saya terus singgah an beli bahan-bahan dan malamnya juga saya masak. Saya ini jika di rumah memang akan masak bubur nasi makanan harian anak sulung saya, dia wajib makan bubur nasi kegemarannya. Jadi saya terpaksa memasak 3 menu untuk malam tersebut iaitu bubur nasi, mudah saja masak nasi biasa untuk suami, dan masa masih panas, saya blend atau kisar dengan turbo chopper keluaran Tupperware brands. Memang lain hasil bubur nya jika dimasak dan kisar dengan turbo chopper semasa masih panas, ia menjimatkan masa memasak dan buburnya lembut sangat.

Dan nasi sudah ada, saya masakkan sajalah lauk kegemaran suami iatu ayam goreng cili hijau tumis. Saya pula makan bertambah-tambah spageti bolognaise, memang puas hati masa dan makan sendiri.
Malam ini saya hiraukan diet lagipun
pasta mempunyai kalori yang rendah berbanding nasi tetapi ia sangat mengenyangkan.

Antara bahan-bahan yang dieli untuk masak spageti bolognaise


Masa untuk makan, mula-mula memang ambil sedikit saja, kemudian makan bertambah-tambah.

 
Sekian dulu.
 
Jika ada nak beli barangan jualan saya, boleh hubungi kita semula ya.


No comments:

Post a Comment