Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday, 18 October 2015

Berhenti Kerja

Assalamualaikum w.b.t,


Memang pilihan yang tepat jika dah bersedia dari segenap segi. Tetapi jika hanya semata-mata kerana sakit hati, Ia sangat tidak berbaloi untuk berhenti kerja secara melulu. Perlu dikaji dan buat keputusan sebaiknya.

Semalam lepas berborak dan mengadu cerita dan ketidak puasan hati dengan kakak yang boleh dijadikan tempat meluahkan perasaan, rasa gak lega dan mula berfikir kembali apa yang dinasihatkan banyak betul nya dari mengambil tindakan melulu.

Satu saja bila kita minta pendapat dari orang yang lebih makan garam atau lebih matang dari pegalaman hidup, mestinya pendapat mereka sangat berharga dan boleh diguna pakai.

Apa yang diberitahu adalah sama seperti mana pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah

Iaitu fikirkan, apa sebab nak berhenti?

Itu yang utama, sebabnya mesti kuat contohnya

1-      Nak bagi tumpuan pada keluarga dan anak-anak

2-       Nak menjaga ibu atau bapa yang semakin uzur

3-      Komitmen kepada  suami

4-      Sudah ada pendapatan yang kukuh dari sumber pendapatan yang lain

 

Jika alasan itu kuat, maka memang patut lah kita berhenti kerja dan bagi tumpuan kepada sebab utama kita berhenti tersebut.

 

Tetapi jika alasan kita semata-mata kerana sakit hati, ia perlu difikirkan semula. Apa yang dikongsikan kepada saya adalah belajar untuk terima dan redha bagi mengurangkan sakit hati dari kerja yang ditimbun atau dihumban jika tidak setimpal dengan apa yang kita perlu dapat.
 
Sekadar perkongsian ringkas, sehingga berjumpa di lain masa.

No comments:

Post a Comment