Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Thursday, 22 October 2015

Bahaya Smart Phone

Assalamualaikum w.b.t,


Sekarang banyak kes sejak manusia terlalu leka dan asyik dengan smart phone saja, di mana-mana saja walaupun kadang kala sedang menguruskan sesuatu yang sedang penting, manusia masih tak lekang dengan smart phone. Contoh sedang uruskan mesin, memasak di rumah dengan periuk dan api yang panas, menandu kereta dan juga membawa motor.

 

Kisah benar yang berlaku pada diri saya sendiri apabila terlalu leka semasa memandu dan dalam masa yang sama fikiran dan mata tak lekang dari smart phone, akhirnya membawa padah apabila saya melanggar bonet kereta seorang pemandu cina yang berada di hadapan saya dekat dengan lampu isyarat. Sepatutnya memang lampu dah hijau dan kereta depan perlu jalan tetapi dia terlambat sedikit untuk bergerak, sedangkan saya terlebih dahulu menekan minyak dan perlanggaran berlaku.

 

Dan kisah terbaru adalah juga kes benar apabila kawan saya sendiri mengalami kemalangan. Kereta nya remuk di bahagian sisi kerana kecuaian pemandu lori yang sedang leka dengan smart phone semasa memandu. Nasib masih baik kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku, hanya perlanggaran kenderaan tetapi  walaupun nyawa selamat, duit ringgit melayang jua.

 

Seperti kes saya, lebih kurang RM500 melayang untuk membaiki bonet kereta dan cat semula bahagian yang tercalar.

 

Tetapi apa yang berlaku itu tidak menyedarkan diri saya, saya masih leka dengan tabiat lama yang tak boleh lekang dengan Smart phone semasa memandu. Kesedaran saya mula timbul setelah dengar dan tahu sendiri kisah kawan-kawan rapat yang mengalami nya. Jadi kena sematkan dalam kepala yang memandu sambal ber smart phone adalah sangat tidak selamat.

 

Tipsnya untuk mengelak dari terlalu leka dengan smart phone adalah:

1-      Biarkan orang lain yang memandu

2-      Jika kita terpaksa sendiri memandu, letakkan smart phone ke dalam beg tangan atau jauh dari kita

3-      Biarkan penumpang yang pegang smart phone kita semasa kita memandu.

 

Sekian dahulu info ringkas dari saya, sehingga kita bertemu lagi di lain ruang dan masa. Izinkan saya terus menulis dan mempromosikan barangan jualan saya di blog kesukaan saya ini.

No comments:

Post a Comment