Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday, 30 September 2015

Kerja Di Tempat Baru

Assalamualaikum w.b.t,

Walaupun syarikat yang sama tetapi bila bertukar pejabat dan tempat duduk yang baru memang rasa kelainan. Sebenarnya ini bukan kali pertama yang saya kena tukar tempat, tukar jawatan, tukar jabatan tetapi banyak kali juga, tapi nasib baik dan saya berpeluang merasa kerja yang semakin lama semakin senang. Walaupun tempat kerja ini gajinya tak la banyak seperti mana rakan-rakan sejawat saya yang kerja di tempat lain, namun persekitaran kerja dan seronoknya saya di sini bekerja yang menyebabkan saya masih bertahan dan masih bekerja dengan jayanya. Bila dah lama bekerja apa yang terfikir adalah untuk berhenti dan sambung komitmen kepada rumahtangga dan keluarga saja. Tiada lagi berfikir untuk berhenti dan mencuba peluang lain. Sebab apa yang saya fikirkan adalah hidup ini sementara mati saja, jadi adalah baik kita kejarkan akhirat dan cari serta banyakkan amalan untuk bekalan ke sana.

 Melalut pula saya sedangkan tujuan asal entri ini adalah nak ceritakan pengalaman berada di tempat baru, perasaan saya kerana saya sedar ini tempat untuk saya berkongsi dengan anda yang sentiasa mengikuti kisah saya, jika adalah dan anda mungkin salah seorang darinya.  Memang agak kekok sebab dah hamper 4 tahun bekerja di tempat dan ruang sendiri yang mana katanya agak ‘privacy’ tetiba anda kena berdepan dengan ramai orang dalam ruang yang lebih besar, anda berjumpa dengan pelabagai ragam manusia lain. Biarpun mereka itu orang yang biasa anda kenali tetapi bila duduk bersama pada ruang kerja menjadikan anda agak kekok pada awal-awalnya. Perasaan memberontak memang tak dapat lari. Tetapi lama kelamaan perasaan tersebut hilang dengan sendiri dan anda lebih kepada redha serta menerima.

Baik, setelah berpindah ke tempat baru, perasaan risau, rasa terpinggir dapat dirasai pada awal-awal, lama-lama ia hilang sendiri dan anda dapat menyesuaikan diri dengan baik. Cuma mungkin ada masa-masa gurauan dari merka di sekeliling agak kasar dan tidak dapat diterima, tipnya di sini, anda jangan ambil berat, sekadar layan sekejap saja dan baik diamkan diri supaya hati anda tenang dan tidak terganggu dengan perkara sebegitu lagi.

 Ingat di mana pun anda berada, anda adalah diri anda, ada jati diri. Kuatkan semangat dan tetap teruskan perjuangan selagi mana diperlukan.
 
 
Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware
 
Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
 
 
Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
 
 
Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.
 
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

 
 

No comments:

Post a Comment