Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday 9 June 2021

Cekodok Kentang Mudah Dan Sedap

 Assalamualaikum w.b.t,

Benda mudah cam gini pun kadang jadi susah jika tak reti nak buat kan. Siapa setuju dengan saya, boleh komen kat bawah.


Masa buat ini, memang dah niatnak kasi kawan-kawan anak makan sekali, sebab tu terus bancuh banyak. Kebetulan ada baki 2 ketul kentang yang Encik Suami dah kupaskan untuk dimasuk ke dalam sup tulang paginya. Maka untuk tak buang saja, jadi kita masukkan dalam cekodok. Jadilah cekodok kentang mudah dan sedap.

mula ingat nak goreng sikit saja

Sekali goreng habis semua terus lah

Resipinya simple saja. 
Gandum 2 cawan (lebih sikit pun OK)
Air lebih dari 2 cawan, kita agak-agak saja bancuhan nya
Kentang 2 biji dipotong dadu
Bawang holland setengah biji juga dipotong dadu
Garam 1 sudu kecil
Gula dalam 5sudu besar (nak manis lagi boleh tambah, nak kurang manis, kurangkan lah)
sedikit soda bikarbonat

Cara buat:
Bancuh semua dalam bekas, gaul sebati
Biar seketika bagi adunan rehat dulu 
Panaskan minyak (pakai minyak baru ya)
Goreng lah ikut saiz yang nak

Tips:
Saya pakai 2 sudu semasa mengoreng
1 untuk cedok, 1 untuk bentukkan cekodok semasa nak curah kan ia dalam kuali
kerja jadi mudah, cekodok terbentuk elok
Tapi kali ini dia jadi ikut suka dia sebab adunan agak cair dari biasa

Tapi masa dah siap, alhamdulillah sedap sebab ranggup di luar tetapi moist di dalam, ketika gigit kentang, rasa manis kentang dan kerangupan nya.
Cubalah wahai pembaca semua.

Kalau dah cuba, boleh lah kongsikan di komen ya.

1 pesanan ringkas:
Setiap hari, fikirkan apa kita boleh beri manfaat pada diri sendiri dan orang lain.


No comments:

Post a Comment