Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday 11 November 2019

Tayar Ferrari Pancit

Assalamualaikum w.b.t,

Petang Jumaat yang tanpa disedari bawa kereta tayarnya kempis, patut berat semacam saja rasanya masa bawa.
Saya perasan pun masa datang untuk mesyuarat ke kilang satu lagi, nampak sangat tayar kempis dan tunjuk pada kawan yang kebetulan lalu di situ, katanya bocor tu dan ada paku di dalam.

Ni tak lain dan tak bukan pasti kena waktu kita parking dekat kedai makan waktu rehat tengahari tadi.
Balik kerja terus singgah bengkel tayar dan mekanik sarankan tukar ke empat empat tayar baru.

Yang bocor ini di tampal saja dan kena RM6 saja.



Alhamdulillah boleh jalan semula dan sebelum balik kita tanya tanya harga tayar baru jika jadi tukar, kata jurujual cina perempuan tayar yang saya pakai ini elok macam tak jalan jauh. Dia tanya adakah saya pakai kereta untuk ulang alik pergi dan pulang kerja saja, sebab katanya OK. 
Sebenarnya saya pakai kereta ini pergi merata dan mileage kereta pun bummmm banyak bukan sedikit. Kuat berjalan dan balik kampung juga.

Balik dari bengkel saya datang singgah bengkel dekat rumah yang Melayu, katanya tayar saya masih boleh pakai dan tak perlu tukar dalam waktu terdekat. Jadi selamat duit dan boleh berjimat ler.

Rahsia sebenar adalah Tyre Shine. Balik rumah, saya terus sembur keempat empat tayar dengan Tyre Shine. Ia berfungsi menjaga tayar kita agar tahan lebih lama dan elakkan dari merekah. Selepas sembur memang kelihatan seperti tayar baru. 

Jadi boleh lah plan tukar tayar baru lepas Bonus hujung tahun gitu.

Anda rasa anda pun perlukan Tyre Shine untuk kereta Ferŕari anda, boleh hubungi saya ya.

Sekian.

No comments:

Post a Comment