Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday 30 December 2018

Kurus Tak Bermakna Sihat Dalaman

Assalamualaikum w.b.t,

Gambar sekadar hiasan


Kurus tak bermakna sihat dalaman tau
Ada seorang kakak kenalan kita tu dia kalau kita tengok slim mlim comel dah
Dan katanya dia tak pernah gemuk pun
Tapi sejak umur 30an dia dah kena ambil ubat doktor sebab kolestrol tinggi
Tuan puan dan adik kakak tau ke apa tu?
Maknanya bacaan kolestrol tinggi dalam darah
Lemak dalam saluran darah,  yang kita tak nampak secara fizikal

Sekarang kakak kita tu umur nak cecah 50 tahun
1 bulan saja dia jaga makan dan diet nutrisi, dia buat pemeriksaan doktor semula, doktor terkejut dan kurangkan dos ubat kepada sedikit
Ini sebab bacaan kolestrolnya dah turun

Bukan nak menakutkan semua tapi inilah realiti hidup
Pentingkan kesihatan, jaga makan wahai pembaca sekalian
Buatlah pemeriksaan doktor secara berkala
Jangan terpedaya dengan perkataan gemuk itu ohsem lah
Bam bam itu comey lah
Kalau yang kurus boleh kena kolestrol tinggi, agak agak yang montel cam mana?

Saya pun suka buat pemeriksaan doktor secara berkala sebab nak tahu tahap kesihatan diri sendiri.
Pernah juga nak melebihi limit, masa ada anak 2 orang
Sampai doktor pesan, awak kalau tak jaga makan sikit lagi memang akan bergantung pada ubat doktor
Jadi? Sendiri mahu ingat dan insaf untuk jaga apa yang dimakan.
Kita adalah apa yang kita makan dan apa yang kita taknak makan

Setuju?


Sekian bebelan wan rokiah petang hari Ahad yang tenang ini. Terima kasih Allah. Terima kasih semua.

No comments:

Post a Comment