Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Thursday 20 December 2018

Ke Nursery Hujung Minggu

Assalamualaikum w.b.t,

Tengah ada mood dan kerajinan untuk menanam eh membeli tanaman untuk banyakkan oksigen di rumah. Sebenarnya timbul kesedaran dah lama dan pernah beli pokok hidup dari IKEA tapi tak bertahan lama, mati semuanya. Padahal pokok yang dibeli itu adalah pokok paling mudah penjagaan dan ikut pengalaman orang pandai soal cucuk tanam ini, benda ini tahan lama walaupun tak dijaga.

Kebetulan cuti hujung minggu lepas berjalan dengan anak-anak, musim cuti biasanya tak boleh lama melepak di rumah, tahap tekanan akan bertambah menjadi lebih tinggi, ada baiknya kita cari ruang dan masa untuk lari keluar sebentar. Dalam perjalanan balik kami singgah sebentar ke tapak semaian Bumi best yang sangat dekat dengan rumah.

Tengok-tengok dan jiwa memang dari dulu tertarik akan pokok ini. Jadi beli 2pohon dalam 1 pasu iaitu pokok lidah jin serta 1 pohon lain iaitu pokok lidah biawak. Secara lanjut pembelian dan jenis pokok adalah seperti di bawah:
Harga Pokok lidah jin 2 pohon RM40
Pasu sederhana besar dan bercorak RM22 dapat RM20
Tanah 1 beg RM2. 50 dapat RM2 , sebab nak kena tambah tanah ke dalam pasu ini
Pokok lidah biawak RM15
Jumlah semua dalam RM77



kena tambah tanah dalam pasu

Sedang elok masuk dalam pasu


sebelum balik, mata intai lagi susunan pasu yang cantik
Untuk pokok lidah biawak, kita dah ada pasu dari IKEA yang pokoknya dah mati dulu, jadi boleh masukkan sebagai ganti saja. Anak-anak pun sebenarnya teruja dan saya dah amanatkan kepada anak sulung untuk menjada pokok ini dengan baik. Semoga kekal lama dan beranak pinak lah pokok.

No comments:

Post a Comment