Assalamualaikum w.b.t,
Untuk tahun 2018 memang rasanya saya tak begitu aktif dan tekankan hal bisnes dan perniagaan yang sedia ada saya jalankan. Saya lebih senyap dan buat apa yang masuk sahaja. Orang kata tak ada usaha lebih atau mencari lebih, ikut aliran sahaja. Jika ada pelanggan yang order, urusan akan berjalan seperti biasa. Jika tiada, makan tiadalah.
Rupanya hidup begini lebih tenang dan tidak ada banyak masalah.
Saya lebih fokus hal kerja dan bila di rumah, masih ada urusan kerja yang ringan-ringan dilakukan.
Bila di tempat kerja memang fokus hal kerja dan ada juga fikiran melayang ke rumah teringat rumah dan keluarga. Itu biasalah kan.
Sama juga bila di rumah, saya uruskan apa yang ada depan mata, cuba jadi isteri, ibu yang baik untuk keluarga. Kerja rumah biasa yang mudah tapi perlu perhatian dilakukan dengan baik walau tak sempurna mana. Sekadar yang saya mampu.
Tugas masak, basuh pakaian, kemas rumah dan jaga anak-anak yang sedang nak membesar, mengajar mereka membaca dan buat latihan matematik, ajar speaking sikit-sikit jadi semakin baik. Hidup lebih tenang tau.
Kurang pergaduahan dengan suami sebab kebiasaan jika saya aktif bisnes, kat tangan memang tak jauh dari telefon dan biasanya fokus ke situ. Jadi banyak kerja rumah tertangguh dan akan bangkitkan kemarahan ahli keluarga.
Bila hidup begini, ia jadi lebih tenang. Anak-anak dan suami pun rasa mereka lebih terurus bila saya boleh masakan mereka makanan untuk dimakan, susun pakaian bersih mereka untuk dipakai, kemas rumah bersama-sama. Hubungan kami jadi lebih erat.
Itulah katanya bila kita kembali kepada fitrah, hidup mengikut suruhanNya. Rumahku Syurgaku.
Berbalik kepada urusan kerja, masih nak teruskan kerja?
Setakat ini tiada apa sangat yang menekan di tempat kerja, terkejar-kejar dan dikejar itu biasa, kita juga mengejar orang untuk jalankan tugas mereka, jadi tiada apa hal sangat.
(Entri ini telah ditulis beberapa bulan yang lalu. Jika tak silap tarikhnya adalah 19.8.2018 tetapi saya baru saja poskan sebagai publish)
Begitu cantik susunan yang Allah dah aturkan kepada kita, tinggal kita sendiri saja untuk berfikir dan menghayatinya.
Alhamdulillah.
Jumlah Pengunjung
656,665
Cari di sini
iklan
Monday, 29 October 2018
Friday, 26 October 2018
Badan Mengecil di Usia 36 Tahun
Assalamualaikum dan selamat pagi
Beberapa bulan yang lepas, awal tahun mungkin
Lama sangat dah
Ada staff vietnam hadiahkan seluar best ini (tebal dan selesa dipakai)
Dalam hati, dia ni perli aku ke
Mana la muat kan
Ada bagitau adik adik kandung dan adik adik sekerja
Semua pelawa diri nak ke dia orang
Mana bolehkan, orang bagi kita
Balik rumah try pakai memang sampai peha saja tak lepas ke atas
Gantung saja dalam bilik tanpa niat apa apa
Awal Oktober hari tu saja nak try semula
Lepas diet sihat agak 1 bulan la istiqomah
Dah turun kilo beberapa kg dan lemak beberapa %
Pakai lagi
Allahuakbar happy tatau nak kata
Bagitau suami jer, tapi dia wat wat tak dengar jer
Semalam bagitau staff yang hadiahkan tu, seluar dia bagi dah muat pakai
Katanya nanti dia balik Vietnam, dia nak belikan lagi
Auwww aduh seluarnya seksi fit
Pakai di rumah sajalah
Memang selesa wat tido
Itu le nak cite panjang lebar nya
Tapi bila kita kuat dan yakin diri boleh
Orang sekeliling pun terikut
Kesan paling besar orang sebelah ni haaa
Dah bunyi bunyi dia nak turun 10kg 🤣🤣🤣
Nak start diet laa
Ha ha ha
Beberapa bulan yang lepas, awal tahun mungkin
Lama sangat dah
Ada staff vietnam hadiahkan seluar best ini (tebal dan selesa dipakai)
Dalam hati, dia ni perli aku ke
Mana la muat kan
Ada bagitau adik adik kandung dan adik adik sekerja
Semua pelawa diri nak ke dia orang
Mana bolehkan, orang bagi kita
Balik rumah try pakai memang sampai peha saja tak lepas ke atas
Gantung saja dalam bilik tanpa niat apa apa
Awal Oktober hari tu saja nak try semula
Lepas diet sihat agak 1 bulan la istiqomah
Dah turun kilo beberapa kg dan lemak beberapa %
Pakai lagi
Allahuakbar happy tatau nak kata
Bagitau suami jer, tapi dia wat wat tak dengar jer
Semalam bagitau staff yang hadiahkan tu, seluar dia bagi dah muat pakai
Katanya nanti dia balik Vietnam, dia nak belikan lagi
Auwww aduh seluarnya seksi fit
Pakai di rumah sajalah
Memang selesa wat tido
Itu le nak cite panjang lebar nya
Tapi bila kita kuat dan yakin diri boleh
Orang sekeliling pun terikut
Kesan paling besar orang sebelah ni haaa
Dah bunyi bunyi dia nak turun 10kg 🤣🤣🤣
Nak start diet laa
Ha ha ha
Subscribe to:
Posts (Atom)