Cari di sini

iklan

Sunday, 9 July 2017

Resepi Gulai Kari Ayam Noxxa

Assalamualaikum w.b.t,

Semalam masak gulai kari ayam untuk menjamu raya kawan-kawan dan saudara yang sudi datang beraya di rumah.
Suami beli 2 ekor ayam, kita masak rendang ayam, goreng bahagian paha dan kepak, selebihnya gulai kari.

Resepi mudah saja
(Saya taip dan simpan di sini)
Sebab suami makan bertambah dan siap puji lagi sedap sampai tak percaya bini dia masak. Yelah saya memang tak pandai masak. Tapi memang tak sangka juga masakan semalam semua menjadi dan sedap sedap belaka.

Saya tumis bawang putih, merah dan halia yang dimayang halus sehingga layu dan naik bau. Guna mode stir fry noxxa.
Matikan api dan masukkan bunga lawang, cengkih, pelaga, kulit kayu manis dan kacau sebati.

Masukkan ayam yang dipotong dan dibasuh bersih. Tuang 2 pek rempah kari adabi yang dibancuh air terlebih dulu.
Tutup periuk dan on mode HP selama 7 minit.
Dah siap 7 minit, lepaskan wad dan buka penutup periuk, boleh lah masukkan santan dan air. Tambah garam dan gula.
Saya tambah kentang yang dipotong kecil.

Masa ini saya tuang gulai dalam kuali chefology sebab nak guna periuk untuk masak nasi putih.
Panaskan sehingga mendidih dan rasa. Boleh tutup api dan dihidangkan bersama nasi atau roti jala.

Mati awas dalam periuk Noxxa

Gulai dah siap dalam kuali chefology