Assalamualaikum w.b.t,
Ammar dah 2 bulan tak demam, bulan April dan Mei yang lepas.
Masuk saja tahun 2017 dia demam setiap bulan, mula dari bulan Januari sampai Mac,
memang saya terpaksa ambil cuti 1 atau 2 hari untuk menjaga dia yang demam. Ini
masuk bulan Jun, demam lagi. Kali ini sebelum demam yang agak panas badannya,
dia selsema dan berair hidung sangat teruk. Masuk hari Sabtu lepas, badan dah mula panas dan tonsil bengkak, kami memang ada bekalkan ubat hisap untuk legakan tekak jika tonsil datang menyerang. Malam Ahad badannya makin panas dan ubat demam pula kehabisan stok di rumah. Suami bergegas beli di Az Zahra juga kehabisan ubat yang biasa, Uphamol. Terpaksa ke Klinik As salam yang agak jauh dari rumah dan ada ubat Paracetamol saja.
Tonsil cepat surut lepas bagi ubat hidap dan ais krim vanilla. Cuma kali ini demam Ammar datang sekali pakej ulser 2 biji di dalam mulut, rasanya sebab tergigit sendiri.
Nak jadikan cerita saya bagi Appeton untuk dia makan sebab
dia tak mahu makan Vitamin C untuk kanak-kanak dari rangkaian Nutrilite yang
saya jual juga. Tak seperti abangnya yang suka makan malah setiap hari makan
1biji, bukan setakat demam tak kunjung tiba tetapi selera makan bertambah,
Alhamdulillah sebagai ibu, saya sangat gembira melihat perkembangan anak saya
yang sulung ini. Memang tak demam dan tak mudah kena batuk atau selsema.
|
Ini dia sebotol Vitamin C untuk kanak-kanak |
|
1 biji 1 hari saja sudah cukup untuk kanak-kanak |
Cuma pertengahan Puasa, dia ada batuk sedikit, badan panas dan naik ulser di mulut, mungkin kurang pengambilan air masak putih.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya ini orangnya baru berjinak menggunakan produk suplemen kesihatan dari Nutrilite. Alhamdulillah dengan pengambilan yang sekata dan berterusan, Nampak kesannya yang sangat baik untuk diri sendiri dan anak. Sekarang ini suami pula berjinak-jinak makan suplemen Nutrilite, Alhamdulillah.
JIka anda mahu dapatkan nasihat tentang pemakanan sihat dan ingin dapatkan nutrilite dari saya, anda boleh berbuat begitu dengan hubungi saya Wan Rokiah 010-9336935.
In shaa Allah saya bantu, saya dalam proses belajar dan menggunakannya juga.
Sekian.
No comments:
Post a Comment