Cari di sini

iklan

Wednesday, 27 January 2016

Resipi Mudah Nugget Homemade

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah bila bercuti, mulalah fikirkan aktiviti untuk anak-anak di rumah supaya sama-sama dapat buat sekali dalam satu-satu masa. Biar masa dengan mereka menjadi lebih menafaat dan tidak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia saja. Kebiasaan bagi mereka terutama anak yang sulung berumur 6 tahun akan mengadap televisyen atau laptop dan melayan kartun kesukaannya.

Jadi kali ini kami bercadang untuk memasak resepi mudah iaitu Nugget Homemade, memandangkan dah beli Fusion master dari Tupperware Brands dan anak kedua asyik meminta nak makan nugget. Jadi peluang begini kita gunakan sebaiknya.

 Bermula dengan mencari resepi yang mudah di internet dan memandangkan semua bahan ada di rumah, pandai-pandailah guna pakai apa yang ada, maka terhasillah Nugget dan bebola ayam buatan sendiri.

Baik resepi mudah yang saya buat adalah seperti berikut:


Resipi Mudah Nugget Homemade

 Isi ayam dalam 300gm
Garam buluh (guna garam halus biasa pun OK)
Bawang putih 5 ulas
Bawang Besar separuh...
Habbatus sauda serbuk 1 sudu kecil


Campur semua dan masukkan dalam fusion master
Pusing handle,mudah sangat
Gaul rata dan bentukkan nugget

Pecahkan telur dan kacau
Celupkan nugget dalam telur dan salut dengan serbuk kentucky
Goreng dalam minyak yang panas
Angkat dan toskan
Siap untuk dimakan begitu saja @ dengan sos kesukaan





Jika berminat untuk dapatkan fusion master, boleh lah hubungi saya ya:

Fusion Master Mincer