Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday 26 August 2015

Tupperware Golden Jubilee 50th Annivesary

Assalamualaikum wb.t,


Berakhir sudah sambutan acara tahunan Tupperware dengan kami yang agen jualan dan konsultan kepada produk berjenama dan ternama ini, Dah 50 tahun jenama ini di Malaysia dan Singapura. 2 buah negara kami bertemu seramai 2300, berkumpul di dalam dewan besar Sunway Pyramid Convention Centre hanya satu misi, sama-sama untuk meraikan kejayaan dan saling berkongsi suka duka yang membawa kepada kejayaan, satu impian tetapi pelbagai cata dan usaha.

Bermula dari Sabtu 22hb Ogos 2015, kami sepasukan memakai pakaian hitam, seluar dan baju hitam dengan kepala (tudung bewarna emas), memang masuk tema merdeka sebagai pendekar lah yang berjuang dalam perniagaan Tupperware. Dan tahun ini juga pasukan kami berada di tengah-tengah dewan, depan pentas. Ini antara kebanggaan jika anda join dan daftar sebagai agen melalui kami. Sebab kami adalah Top antara yang lain. Kumpulan kami lah yang paling tertinggi jualan dan komisen bagi setiap bulan dan juga 6 bulan serta setahun untuk bonus. Kumpulan kami diketuai oleh orang yang sangat Berjaya dan menurunkan resepi kejayaan beliau kepada kami.

Jadi jika anda masih terfikir dan mencari hala tuju dalam perniagaan terutama jika anda berminat untuk buat bisnes ini, maka anda telah buat satu keputusan yang tepat untuk join dengan saya. Dalam pasukan kita ada contoh dan turutan barisan yang dah berjaya, kita hanya perlu ikut dan berbuat seperti mereka jika kita benar-benar inginkan kejayaan seperti mereka. Maka jangan membuang masa dan buat keputusan untuk hubungi saya. Saya kan jar dan tunjukkan satu persatu caranya sama seperti mana yang saya juga telah ditunjuk ajar.

Antara gambar-gambar sempna jubilee yang sempat dirakam dan dikongsikan di sini

Sesi demo Juicer, produk baru yang kita boleh cuba dan guna sendiri, saya buat jus nenas, SEDAP

Produk baru yang sangat hebat, click to go yang boleh klik saja dan bawa dengan mudah

Antara kegembiraan kami untuk dikongsi, sangat meriah, sangat seronok tak dapat digambarkan

Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan dalam bekas Tupperware semestinya


Sambung semula cerita jubilee;
Pengalaman meninggalkan anak-anak dalam jagaan suami kali ini, Alhamdulillah sangat puas hati dan Allah mudahkan urusan kerana apabila balik rumah, rumah dalam keadaan kemas dan anak-anak dah kekenyangan makan. Suami mainkan peranan, ajak anak-anak sama-sama mengemas rumah, itu nasib baik sebab ada tetamu yang datang ke rumah masa Sabtu itu. Ahad pula balik rumah dalam kepenatan setelah bersesak-sesak dengan ribuan orang untuk dapatkan hadiah kehadiran, rumah masih dalam keadaan terkawal dan di dapur pula ada daging goreng siap dengan kacang buncis dan cili besar merah, sangat berpuashati.

Jadi apa lagi sesi mengenyangkan perut dan berehat-rehat untuk pulihkan semula badan yang kepenatan. Lepas mandi dengan air suam dan mandian citrus dari Nutrimetics yang juga keluaran Tupperware Brands, segar dan boleh sambung buat kerja-kerja persediaan untuk anak-anak ke sekolah dan pakaian kerja kita.

Semangat yang sedang membara hasil dari menghadiri jubilee memang susah nak dipadamkan, apa yang boleh dibuat adalah pindahkan ia segera supaya ia juga membuahkan hasil kejayaan yang memberi kesan yang besar pada kehidupan kita.

Saya berhenti di sini dulu, ada masa nanti saya sambung lagi kisah Jubilee dan kejayaan demi kejayaan yang dirai ya.


Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah




No comments:

Post a Comment