Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday, 12 August 2015

Nak Kurus Dan Slim?

Assalamualaikum w.b.t,

Jika masih ada yang mengikuti secara setia atau menjadi pengikut setia blog ini walaupun agak jarang saya ke sini sejak akhir akhir ini, bukan sibuk tetapi masalah kurangnya hubungan dengan sumber internet, sangat terhad sekarang bagi saya, Tunggu lah jika ada rezeki lebih, mana tahu sepanjang masa dapat berada di rumah dan boleh bekerja terus dan sentiasa akan kerjakan blog ini cukup-cukup.
Jom baca entri saya kali ini mengenai 'kurus' 

Niat Nak kurus dan slim bukan sebab ada niat lain

Hanya semata-mata untuk keredhaan Allah S.W.T,
Sebab nak mudah bergerak, nak senang beribadat, rajin bangun malam. Bila perut tak terlalu kenyang dan kita memlilih apa yang perlu dimakan, bukan main makan apa yang ada di depan mata, maka badan kita akan lebih sihat.

Rentetan entri ini adalah kerana beberapa hari yang lepas saya ada naikkan status yang berat saya turun, dalam 9kg juga turun. Rupanya memang ramai terutama wanita ya yang nak kurus dan slim, nak cantik jika kurus. Bagi saya kurus bukan sekadar nak cantik tapi yang utama nak sihat.

Saya dapat ilmu untuk sihat bukan percuma tetapi berbayar dan masih belajar dari yang pakar. Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah, tabiat makan dan cara hidup kita yang mainkan peranan utama untuk kita sihat. Dari kelas dan kelab yang saya hadiri dan masih lagi belajar dan dipantau oleh mereka yang pakar, perkara utama adalah kita kena sumbatkan diri kita dengan ilmu makan makanan yang sihat bukan makan apa yang sedap di depan mata. Dan kita kena tahu cara hidup yang sihat, cukup tidur, rehat yang cukup diikuti dengan senaman yang membuatkan kalori dalam badan kita diguna pakai supaya tiada yang berlebihan dan menjadi lemak di dalam badan.

Bukan anda nak kurus dan slim, anda perlu kurangkan makan tetapi anda kena jaga makan, makan makanan yang sihat dalam kuantiti yang betul yang diperlukan oleh badan kita pada masa itu ikut pengambilan kalori. Kurangkan makan itu adalah untuk makanan yang tidak sihat, makanan berlemak, makanan segera, makanan berminyak dan lain-lain. Apa yang patut diambil adalah nutrisi yang seimbang sepadan dengan keperluan tubuh badan.

Jadi sekarang saya memang tengah amalkan
*Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang
*Amalan senaman untuk bakar kalori
*Cara hidup yang sihat, solat dan ibadah, tidur yang cukup.

Tiada ubat sampingan yang diambil sebagai bantuan untuk kurus cepat, jika habis makan ubat, badan akan di pam-pam semula.

Saya paling tidak suka ayat yang makan lah apa sahaja, jika anda makan ubat kurus ini, badan anda kan sentiasa dan kekal slim. Sebab setelah saya ada sedikit ilmu tentang pemakanan dan gaya hidup sihat ini, saya menjadi lebih peka dan tidak suka akan ubat-ubat kurus yang ada di luar dengan tag line sebegitu. Ya anda boleh ambil supplemen bukan ubat ya, untuk bantu sihat dan kurus tetapi dengan pemakanan yang sihat juga. Bukan semata-mata bergantung kepada supplemen tersebut.

Sekian dulu bebelan saya hari ini,
Maaf jika tak teratur cara penceritaan saya, In shaa Allah dari masa ke semasa saya akan turunkan ilmu yang sedikit ini supaya dapat dikongsi bersama-sama.

Iklan dulu :
 Jom beli bekas bawang dari Tupperware Brands sebab ini adalah keperluan yang harus ada di setiap rumah dan kali ini adalah istimewa kerana anda akan dapat dengan harga lebih murah disertai dengan bekas cili yang dapat secara percuma.
Bekas bawang 3.0L ini adalah item regular yang anda sentiasa boleh beli tetapi kali ini sahaja yang anda boleh dapatkan 2 set dengan harga yang lebih murah dan saiz 5.5L yang juga ada sekali dalam set ini
Harga  1set bekas bawang yang ada 1 biji 3.0L dan 1 biji 5.5L adalah RM165.80
Tapi kali ini jika beli 2 set anda akan dapat HANYA RM265 yang asalnya RM331.60, jimat dan berbaloi-baloi dibeli. Dan jika beli 2 set anda layak dapat bekas cili merah dan kuning 1 set


Bekas bawang dan cili untuk bagi kekal segar bawang kita 


Kegunaan Bekas Bawang Atau Garlic N All Keeper ini adalah:
* Simpan bawang, segala jenis bawang, putih, merah dan besar
* Simpan Kentang
* Simpan minuman pek 3 in 1 seperti milo, nescafe, nestum dan lain-lain
* Simpan biskut yang dalam pek kecil sangat sesuai untuk kaum ibu yang ada anak-anak kecil seperti saya, Jimat masa anda kerana tak perlu acap kali ke kedai untuk beli makanan seperti biskut atau makanan ringan untuk anak-anak.  

Jadi saranan saya, Patut beli. 
Hubungi saya ya 010-9336935

Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935

Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment