Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday 27 November 2013

Tips Bercuti dengan Kos Bajet


Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah sudah selesai urusan lawatan kami bersama syarikat di Prima Inland Resort. Ada kenangan pahit dan manis tetapi yang banyak dan ramai orang-orang bercerita sekarang adalah dari segi yang pahit lah. Sehinggakan ada yang berasa seakan-akan mengalami mimpi yang buruk sepanjang bercuti di situ.

Tujuan saya menulis entri ini adalah bukan untuk bercerita pahit manis kenangan percutian tersebut tetapi mengenai tips bercuti dengan kos bajet. Mengapa saya katakana ia percutian bajet? Ini kerana hanya 24 jam sahaja waktu percutian bukannnya 2 hari dan 1 malam.
Bajet juga kerana waktu makan yang diaturkan hanya 3 kali sepanjang 24 jam tersebut. Ini memang Nampak tidak padan sengan syarikat yang gah dan bertaraf antarabangsa. Sepatutnya paling kurang pun , aturkan sehingga 5 kali waktu makan iaitu makan tengahari kerana kami sampai di tempat tersebut dalam waktu tengahari, waktu makan petang, makan malam, sarapan pagi dan makan tengahari nsekali lagi sebagai penutup. Ok, tidak mahu komen dengan panjang lebar dan bercerita keburukan tersebut. Jom terus lompat ke topik asal untuk tips.

Tips yang pertama:
Sediakan barang keperluan terutama yang mempunyai anak-anak kecil dan besar iaitu barang keperluan seperti
1) Pakaian yang mencukupi merangkumi pampers jika masih bayi atau kanak-kanak kecil, seluar dan baju
2) Makanan bekalan di bawa dari rumah seperti roti, biskut, sosej dan nugget yang telah digoreng.
3) Sediakan barang mainan, bawa dari rumah untuk anak-anak
4) Pelampung kerana bercuti di kawasan pantai, kolam mandi, taman tema air
5) Peralatan persiapan diri, berus gigi, ubat gigi, sabun dan sebagainya
6) Makanan segera yang lain seperti mi segera, kopi dan minuman 3 in 1

Tips yang kedua:
Ambil tahu program atau aktiviti yang telah ditetapkan, jika tidak mahu mengikuti nya pun yang penting kena tahu waktu makan jam berapa dan di mana tempatnya

Tips yang ketiga:
Sediakan maklumat yang lengkap mengenai tempat yang ingin dilawati dengan membaca maklumat-maklumat mengenainya di laman web dan blog-blog yang berkaitan. Ini bertujuan untuk kita mendapat gambaran awal mengenainya supaya tidak terkejut beruk apabila sampai di sana.

Sedikit tips dari saya berdasarkan pengalaman yang baru dilalui dengan kos percutian yang bajet.


Sekian.

Untuk sebarang pembelian dari blog saya atau kedai saya di fanpages, anda boleh hubungi saya seperti berikut:

Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment