Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Thursday 14 November 2013

4 hari cuti yang penuh aktiviti dengan keluarga tersayang

Assalamualaikum w.b.t,

Terpanggil untuk bercerita tentang hari cuti yang penuh dengan aktiviti keluarga setelah terbaca dari blog cikgu saya yang mengajar kelas blog ini, biasa lah apa saja yang cikgu buat mesti sedikit sebanyak akan terpengaruh dan terikut. Setakat ini memang akan terikut perkara yang baik sahaja dan cikgu juga hanya buat perkara yang baik.

Ok bermula hari pertama cuti yang bertarikh 2 november 2013, hari minggu biasa setelah gaji pada 1haribulan. Kami memang rancang untuk ke zoo Negara. Walaupun pada saat akhir macam tidak jadi untuk ke sana kerana ada jemputan mengejut dari makcik saudara yang tinggal di Meru, Klang untuk buat majlis makan-makan. Katanya ingin masak laksa lemak, dan jemput sekali adik yang tinggal di Gombak. Terpaksa menolak dengan lembut kerana sudah ada rancangan lain.

Sebenarnya malam 1haribulan lagi havoc memang teringin nak bawa nak berjalan-jalan dan rileks di luar rumah. Maka tempat yang dituju adalah PKNS yang kebetulan ada pasang gelembung angin, pelampung berbentuk ikan paus dan replika binatang. Malangnya tidak boleh bermain kerana basah ditimpa hujan pada sebelah petang.

Jadi kami habiskan masa meninjau-ninjau kedai yang yang dibuka sempena festival ini.  Plan asal memang nak pergi makan di New Horizon Garden di seksyen 8, seri Bangi. Sudah lama berniat nak pergi tetapi di New Horizon garden kota bharu Kelantan. Ini dibuka cawangannya di Bandar baru bangi.

Sampai di restoran tersebut agak segan dan malu untuk masuk, kebetulan pula teringat semasa sesi makan di Ana petai Ikan bakar, makan tak jatuh ke perut sebab melayan kerenah dua anak. Anak yang bongsu terutamanya tak duduk diam sekali. Rasa rugi pula bayar mahal-mahal tetapi tidak selesa nak makan, tunggu si anak besar dan pandai sikit lagi lah kami datang kembali.




Maka kami melencong ke seksyen 7, cik abe ajak jalan-jalan di Down Town jalan reko, tetapi memandangkan baru jam 8 malam lebih, belum dibuka lagi, jadi kami ke seksyen 7 mymart dulu sebelum ke nina Tomyam untuk makan. Apa yang best di kedai ini yang kami order adalah milo ais dan mi goreng biasa. Sangat kick. Kami sebenarnya main masuk sahaja kerana perut dah minta diisi.

Dah kenyang kami sambung ke down town, kebanyakan kedai dan gerai baru nak dibuka. Kami jalan-jalan cuci mata sahaja. Saya ada terpandang satu kedai kereta di sini. Terus menonong masuk, akan saya ceritakan di entri akan dating akan kisah di sini.

Sambung semula cerita nak ke zoo Negara,


Kononnya nak pergi awal pagi tetapi anak yang kecil merengek dan ingin tidur, jadi layankan dulu. Sekali denganbapanya sekali sambung tidur. Manakala anak yang besar, anak sulung pula merengek nak pergi  taman, nak tengok ikan. Maka layankan juga, di samping memang niat nak keluar pergi ke bank keluarkan duit dan nak bayar kereta serta sewa rumah dan masukkan ke akaun mak di kampung. Ada pula pelanggan yang tak sabra-sabar nak terima barang dia, maka hantarkan dulu, sebab orang tu tak sabar nak gebu-gebas dengan Aura white.

Sebelum pulang ke rumah, penuhi la rengekan si anak nak ke taman tengok ikan dan bawa beli belah barang mainan sikit.

Balik kerumah, goreng mi dan siapkan bekalan untuk ke zoo. Lepas zohor dalam jam 2 petang kami bergerak 4 beranak ke sana. Dalam perjalanan hujan, ingat nak patah balik sebab tak berbaloi nak ke zoo jika hujan. Dalam hati dah terasa sedikit hampa dan kecewa.


Tapi keraskan juga hati ke sana. Nasib baik hujan dah lepas dan kami sampai sudah elok cuaca sudah cerah dan sangat sempurna. Alhamdulillah. Sempat la tengok binatang-binatang sehingga penat berjalan tidak terasa. Bila sampai rumah baru rasa lenguh-lenguh kaki dan sebagainya.

Hari kedua, iaitu hari Ahad, kami penuhi aktiviti dengan mandi kolam di putrajaya  presint 9. Ramai yang belum tahu di sini ada kolam kanak-kanak untuk 12 tahun dan ke bawah sahaja. Dalam perjalanan ke sana, saja suami saya atau cik abe bawa melalui jalan sungai merab, teras jernang, desa pinggiran ke putrajaya. Sambil-sambil itu, kami pergi tinjau rumah-rumah baru yang sedang rancak naik. Memang kami dalam  proses mencari rumah teres yang mampu dimiliki, rumah pertama.

Tak lama, dalam 20 minit kira-kira dari rumah kami, Bandar baru bangi ke putrajaya, kami dah sampai ke tempat yang dituju iaitu kolam mandi. Si anak kecil pula baru layan tidur, nyenyak sangat. Jadi anak sulung sahaja yang turun dan main air. Nampak tidak berapa berani pada mulanya sebab tiada kawan bermain. Sekejap sahaja kami terpaksa balik kerana si anak luka di kaki bergeser dengan batu-batu tangga di kolam tersebut.

Balik rumah saja, perut rasa berkeroncong minta disi, nasib baik lah, ada lebihan nasi goring yang.    

Hari isnin yang saya memang cuti, syarikat yang baik hati bagi cuti hari isnin ini dan akan kerja seperti biasa pada sabtu nanti, nasib lah bekerja dengan orang dan syarikat orang. Manakala cik abe pula kerja. Si anak boleh ke Pasti dan taska kerana buka. Tetapi apalah nasib si anak sulung merengek tak mahu ke pasti.

Sedangkan mamanya ada temujanji dengan klinik untuk buat ‘normal medical check up’.
  


 Maka diangkut sekali lah ini budak ke klinik. Sebelum pergi terpaksa goreng bihun sebagai bekal supaya dia tak merengek lapar kerana memang akan ambil masa yang lama jika tidak silap untuk siapkan semua prosedur biasa check up. Nanti boleh lah mama dia sekali makan bihun tersebut kerana berpuasa dari jam 10 malam dan belum makan apa-apa lagi.
  
Dah tersangat panjang, nanti ada masa saya sambung lagi. Mata sudah minta untuk tutup dan rehatkan diri.

Sekian, Jangan lupa dan segan-segan untuk beli barangan dari kedai saya.

 
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah






2 comments:

  1. panjenya bobellllllll

    meh join giveaway SEJUTA Viewers Blog Zaila 2013 pulok di sini

    http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/11/giveaway-sejuta-viewers-blog-2013.html

    ReplyDelete
  2. Konon konon nak ikut macam gaya cikgu zaila bobell..tp xbrapa nk reti..hehe.
    ni pun tersekat-sekat..hehe
    nti nk blaja n karang betul2

    ReplyDelete