Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Thursday 21 November 2013

Makan Nasi Ayam Penyet Wong Solo

Assalamualaikum w.b.t,

Saja nak kongsikan ayam penyet yang memang dah lama nak datang makan, sangat teringin, dah puas ajak Mr suami datang makan, akhirnya dapat juga. Tertunai hasrat pada Hari jumaat lepas 15hb November, lepas balik dari kerja dan ambil anak-anak dari taska, terus datang ke sini.

Tempatnya, restoran Ayam bakar Wong Solo, berdekatan sangat dengan tempat tinggal dan tempat kerja, dah namanya di Bangi. Sebelum ini pernah ke Ayam Penyet AP, makan tengahari semasa waktu rehat dengan kawan satu sekolah. Air teh Pandan 3 lapis dia memang sangat sedap. Highly Recommended, kata orang putih.

Ok, jom layan gambar Nasi Ayam Penyet di Wong Solo, Sepingan 1 set ini hanya RM10.90 termasuk air mineral. Kami order set yang sama, tambah ayam penyet seketul untuk anak sulung yang berharga RM6.90. Dan Masing-masing pesan air yang lain seorang satu. Saya cuba air bandung happy tapi anak yang minum, rasa best juga, ada rasa bandung dicampur dengan soda berharga RM5.50.
Air yang lain, air milo dan air Nescafe yang setiap satu berharga RM3.50.

Ayam nya kecil saja, sebab kena penyet kot, sebab itu lah tidak besar. Tapi sedap sebab garing dan rangup.


Tapi terus terang lah dikatakan datang makan dengan anak kecil yang sedang lasak memang agak mencabar, "Makan tak jatuh ke perut" kata orang kelantan sebab asyik main kejar-kejar dengan dia, memang kena pantau jika tidak habis lah semua. Tengok sajalah sebelah tangan kena pegang air, satu lagi dukung budak ini.

Tengok lagi, memang tak suka dipegang, nasib si Abah dah siap makan. Kami pilih ruang tempat duduk yang boleh bersila, memang senang nak lepas budak ini bagi main. Tapi susah juga, dia nak turun dan keluar dari tempat tersebut.
Jika anda nak datang makan di sini, memang sangat elok, pesanan juga cepat dihantar, senang membuat pilihan makanan kerana sudah ada menu. Sistem bayaran juga cepat kerana menggunakan perisian komputer.

Sekian.

Jangan lupa, jika nak beli apa-apa produk hanya hubungi saya, kedai saya buka 24jam, 7 hari seminggu. Juga, rajin-rajinkan diri untuk klik senarai blog saya yang lain, sudi-sudilah menjenguknya. Terima Kasih.
 
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL
 

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment