Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Friday 8 November 2013

Motivasi: Nak Pikat Hati Bos

Assalamualaikum w.b.t

Ini bukan gambaran bos saya: Ilustrasi saja


Tajuk di atas memang rasa sangat mengujakan bagi pekerja seperti saya dan juga semua pekerja yang sedang bekerja. Ada dua tips berguna yang utama saya  ingin kongsikan di sini. Selebihnya ada tips lain untuk pikat hati bos dalam kerja kita. Ini bukan bodek ya. Tetapi semua hasil kerja kita.

Saya mendapat tips ini dari rakan kerja yang dah lama bekerja, senior saya dan juga seorang yang sudah pegang jawatan besar dalam syarikat. Apa yang saya nampak dia memang 'work smart', bekerja dengan cara bijak, pandai uruskan kerja dan anak buah di bawah jagaan nya.

Baik, di sini ada dua tips utama:
1) Wujudkan Chemistry antara bos dan diri sendiri
2) Selalu jumpa bos dan report apa yang kita sedang buat dan akan buat pada masa akan datang

Antara tips yang lain:
i) Rapat dengan bos (bunyi macam sama dengan ayat di atas)
ii) Report hal kerja kepada bos (bunyi ayat pun sama seperti di atas)
iii) Elakkan borak hal personal dengan bos

Ok, itu antara apa yang rakan saya beritahu saya. Saya percaya ada beratus malah beribu lagi tips untuk pikat hati bos ada di luar sana,

Walaubagaimanapun, saya belum pernah ikut tips yang beliau sarankan ini kerana saya sendiri susah berjumpa bos saya. Dalam setahun, boleh dikira dengan jari. Kata nak report hal kerja lagi lah, dah lama sangat tak jumpa. Selalu kami berhubung melalui emel sahaja.

Apa-apa pun, rezeki semua terletak pada Allah S.W.T, Siapa yang berusaha dia dapat.

Sekian.


Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment