Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday 25 November 2013

Perbandingan Harga di Kedai Biasa dengan Tempat Percutian

Assalamualaikum w.b.t,

Perbezaan Harga

Bola yang hanya berharga RM 2 yang ada lampu kelip-kelip bila terjatuh atau kita ketuk dengan benda keras itu dijual dengan harga RM 8 di pusat penginapan yang kami duduki semalaman.

Harga pelampung yang hanya RM5.90 dijual di kedai-kedai biasa sekitar tempat tinggal kami telah dijual dengan harga RM20 hingga RM25 di persisiran pantai Port Dickson. Saya rasa sama juga di mana-m,ana kawasan pantai yang lain.

Saya sekadar ingin meluahkan dan membuat kira-kira ini kerana saya juga sorang peniaga, jika saya hanya pengguna biasa, sudah pasti tidak akan ambil kisah. Hanya beli dan bayar sahaja apabila anak-anbak merengek mahukan barang tersebut.
Tetapi kerana sekarang saya seorang yang kuat berbisnes, saya sangat mengambil kira akan hal ini dan saya berasa berminat untuk berbicara mengenainya.

Adakah perkara ini normal dan biasa sahaja bagi anda? Ya saya juga kan berasa biasa sahaja. Tetapi ada kala terasa sangat melampau. Oleh sebab itu, memang saya suka kiranya dari awal menyediakan semua kelngkapan dan kemungkinan barang yang anak-anak mahukan supaya nanti tidak perlu berbelanja sehingga lebih dari 4 atau 5 kali ganda.   

Sama juga situasinya jika anda membeli sebarang minuman dan makanan yang pek atau kotak di tempat percutian dengan kedai runcit sekitar rumah anda, harga akan jadi 2 atau 3 kali ganda lebih mahal. Oh, saya lupa dan tidak terfikir untuk memeriksa hal ini semasa bercuti tempoh hari. Hanya nampak dari jauh ada kedai makan yang menjual mee Maggie yang dalam cup tetapi tidak terasa untuk bertanya harga.
Maka saya memang sudah ambil langkah bijak dengan membawa minuman kotak untuk anak-anak dan pek 3 in 1 untuk kami yang dewasa. Bekal seperti jajan, biskut, roti juga memang sangat perlu untuk dibawa dari rumah bagi mengelakkan anda berhabisan begitu banyak wang di sana. Satu pelaburan yang sangat merugikan.
Sudah panjang lebar saya membebel mengenai perbezaan harga, lebih baik saya berhenti dahulu dan menyambung kerja-kerja sebagai surirumah. Hari ini saya bercuti dari kerja rutin tetapi masih ada banyak hal yang perlu dilakukan. Kerja rumah yang tidak pernah habis dan kerja luar yang ada banyak urusan.
Baik, saya berhenti di sini.

Sekian.
Untuk sebarang pembelian dari blog saya atau kedai saya di fanpages, anda boleh hubungi saya seperti berikut:
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935

Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment