Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday 24 November 2013

Jalan-Jalan Hujung Minggu

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar anda semua? Diharapkan masih sihat dan boleh menjalankan rutin harian dengan baik. Ok di sini saya ingin menceritakan aktiviti hujung minggu kami sekeluarga pada minggu yang lepas.


Ini bukan dia jatuh ke apa ya, tapi memang sengaja berbaring meniarap di atas lantai, salah satu kesukaan dia sekarang ini. Nampak sangat bersih dan berkilat sangat lantai sebab itu dia suka kot.

Ini pula si abang suka sangat bila boleh keluar rumah dan berjalan ke mana-mana sahaja, jangan duduk di rumah sudah. Biasalah budak-budak mungkin rasa bosan bila berada dalam rumah sahaja. Jadi tidak salah jarang-jarang sekali bawa mereka keluar, sambil itu mama dia juga boleh cuci mata dan habiskan saki baki wang untuk membeli barang-barang yang berkenan di hati.


Ok. Inilah kedai yang kami kunjungi iaitu kedai Mr DIY, Do It Yourself. Pertama kali datang pun rasa sangat menarik sebab ada banyak barang, macam-macam jenis barang pun ada, Banyak dan pelbagai. Harga pun sangat murah. Kedai ini berada di tingkat 3, bangunan Warta di Bangi Utama.
Lepas itu, puas cuci mata, kami ke restoran makanan segera KFC untuk beli ayam goreng dan juga ke Big Apple Donuts. Pusing saja-saja untuk jalan-jalan sebenarnya, tetapi  tiba-tiba melayang juga duit untuk beli makanan yang banyak kolesterol ini. Tak apa, layankan anak saja kononnya.

Gambar donut, pelbagai jenis yang ada, padahal sama jenis saja, cuma hiasan dan perasa hiasan yang berbeza, Ini versi donut kecil.

Ok, saya akhiri dulu kisah perjalanan hari cuti dengan anak-anak. Sebenarnya dah terlalu panjang dah rasanya tulis cerita yang rasa mengarut dah ini. Jadi, baik saya berhenti dulu. Moga bertemu lagi di lain entri.

Sekian.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


No comments:

Post a Comment