Jumlah Pengunjung
Cari di sini
iklan
Tuesday, 25 June 2013
Kerenah Pelanggan...
Assalamualaikum w. b.t ,
Kali ini saya terpanggil untuk mencoretkan sedikit kisah dan pengalaman yang sedang saya alami sendiri di kala ini. Semoga cerita ini boleh dijadikan panduan untuk kita semua dalam melayani dan mengatasi setiap kerenah pelanggan.
Kadang-kadang orang membeli dengan kita kerana mereka sedia kenal dengan kita. Mereka suka dengan kita dan bukannya terlalu sedap atau bagus barangan yang kita jual tetapi mereka sangat suka dengan keperibadian kita.
Ada juga orang memang niat tak nak membeli dengan kita tetapi selalu suka bertanya perihal produk dan membuat permintaan nak cuba sampel sedangkan orang lain yang tidak pernah ingin mencuba sampel terlebih dahulu pun beli banyak barangan dengan kita.Akhir sekali mereka tak membeli pun kerana hanya ada niat nak mengenakan para peniaga, biarkan sahajalah sebab Allah lebih tahu niat mereka. Semoga mereka beroleh sesuatu daripada kebaikan kita dan mereka insaf dengan perangai mereka itu yang sering meminta-minta.
Ada sesetengah produk atau barangan tidak ada sampel, hanya perlu dibeli dan dirasai sendiri bila sudah dibeli, jika suka akan produk tersebut maka mereka akan ulang membeli lagi serta secara tidak langsung bercerita akan kebagusan produk tesebut dengan orang-orang rapat.
Ada sesetengah memang suka membeli dengan kuantiti yang banyak kerana ada promosi jika beli lebih dari satu akan dapat pengurangan harga. Memang seronok lah jika berurusan dengan orang yang sebegini.
Ada juga pelanggan yang dah membuat pesanan tetapi bila barangan sudah ada dibatalkan semula, jadi peniaga harus menanggung. Ada tip untuk elakkan perkara sebegini berlaku adalah dengan menyuruh si pembeli membayar dahulu secara penuh jumlah harga barangan atau separuh dahulu seperti deposit. Ini juga untuk membantu peniaga menggunakan wang tersebut sebagai modal terlebih dahulu dan sebagai jaminan.
Apa-pun sebagai peniaga kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi seribu ragam kerenah pelanggan atau pembeli kita. Yang mana boleh puaskan hati, boleh, yang mana tak boleh, sila cari jalan untuk perbaiki lagi.
Sehingga berjumpa di lain hari dan di lain coretan…
Semoga anda sentiasa ceria dan jadikan hidup ini bermakna untuk diri sendiri dan orang lain.
Monday, 24 June 2013
Kerepek Terbaik Untuk Raya
Assalamualaikum w. b.t
Walaupun raya masih lambat lagi, tetapi saya kira sudah ramai yang telah membuat persiapan raya kan..o ada yang belum membuat persiapan rupanya, dan ada yang mendahulukan persiapan untuk berpuasa dahulu.
Apa-apa pun sama ada anda sudah membuat persiapan atau belum, saya di sini hanya nak berkongsi atau mempromosikan kerepek yang biasanya menjadi makanan untuk hari raya, bukan sahaja biskut yang menjadi idaman tetapi biasanya kerepek atau kekacang juga adalah antara makanan sampingan yang menjadi minat tetamu yang berkunjung ke rumah.
Untuk tidak membuang masa pembaca dengan terlalu banyak celoteh, saya teruskan dengan senarai kerepek yang ada dijual di sini.
Boleh tengok-tengok dulu gambar kerepek untuk cuci mata dan pilih yang mana berkenan.
Ada yang ada dalam senarai tetapi tiada dalam gambar di atas, contohnya jagung pilus. Jarang dengar nama ini kan, jom berkenalan bagi yang belum kenal. Andakah anda berminat?
Boleh terus pm saya dengan segera kerana tarikh tutup untuk order adalah hanya 1/7/2013. Tinggal beberapa hari lagi bukan, jadi apa anda tunggu lagi? sila pm saya kerepek mana yang berkenan dengan kuantiti sama ada setengah kilo atau sekilo.
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog : wanrokiah.blogspot.com
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Kedaionlinecikroki
Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122
6908 0045
Akaun Bank Rakyat : 2208
0606 1357
Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan
kuantiti
Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog
ini.
Sunday, 23 June 2013
Target like untuk kedaionlinecikroki
Salam hari Ahad…salam
ceria..
Selamat berhujung minggu bersama keluarga bagi yang
memang cuti dan tidak bekerja lebih masa pada hari ini.
Saya ingin berkongsi tentang satu cerita benar
mengenai blog ini dan fan page saya.
Mula-mula saya berminat untuk belajar menulis blog, yang
sebenarnya bukan minat sangat nak menulis pun, tapi tarikan pada (boleh rujukdi sini). Saya tekadkan target untuk siapkan satu entri pada setiap hari, tapi
kadang-kala idea terlalu banyak, jadi saya menulis dua entri pada satu hari, dan
ada kalau masa tak ada idea, saya senyap saja. Tapi bukan erti kata betul-betul
senyap, saya sibuk melayan satu lagi pekerjaan baru iaitu kedai saya di alam
maya “kedaionlinecikroki”.
Target guru saya untuk saya adalah dua hari ke 1
minggu untuk siap satu blog dan satu entri. Tetapi dengan cepatnya saya dapat
siapkan kerana bimbingan guru ZailaMohamad dan kak Masayu Ahmad yang sangat
cekap. Ingin belajar dengan dua guru ini, anda boleh hubungi mereka atau saya dengan segera.
Di sini saya nak nyatakan target saya untuk bilangan
orang yang like “kedaionlinecikroki” haruslah 80 peratus daripada bilangan
friend di facebook. Pada masa saya menulis entri ini, bilangan kawan adalah
914 orang, bermakna jika 80% dari itu adalah lebih kurang 731 orang dengan
mengambil kira tidak semua kawan saya yang aktif facebook, dan ada juga kawan yang sama
tetapi mempunyai lebih dari satu akaun facebook.
Jadi untuk melaksanakan impian dan target ini, saya
harap semua pembaca yang sedang baca entri ini untuk like dengan segera
fanpages saya. Jangan malu jangan segan. Di atas sokongan anda, semoga saya
lebih maju dan dengan itu saya akan berkongsi semua kebaikan dengan anda semua
supaya dapat menambah nilai hidup diri anda dan keluarga. Jadikan diri anda
lebih bermakna untuk orang lain.
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)






