Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday 18 March 2020

Baiki sinki sumbat musim covid19

Awak awak dah keluar rumah ke hari ini?
Ke ada yang tak keluar bilik pun 🙄
Jangan tidur dan rehat berlebihan, bawa mudarat juga

Kita dah keluar rumah tapi belum keluar pagar rumah lagi
Duk tumuh dalam rumah jah (kecek kelate)
Layan budak laki 3 orang sambil buat kerja rumah

Pagi pagi dah selesai siang ikan
Yang rasanya dah lama giler abah stop beli ikan sebab mama tak masak!
Hikmah covid19 dan perintah sekatan pergerakan, mama jadi kembali rajin masak
Masak dan makan dan makan (harap tak lama lah kerja makan ni)
Nasi masak 2 pot habis
Nasi masak 4 pot habis
Dah guano tu





Sampai sinki pagi ini buat hal
Tersumbat
Dah nampak tanda nak jadi dari malam tadi
Pagi ini bila buat kerja kerja siang ikan, dia benar benar sumbat
Puas jolok dia tak turun
Pam dengan tangan dia naik belah sana pula

Ambil nafas dan cuba kaut semua air keluar
Siram pokok pokok di luar ikut saranan moktih
(bijak pengalaman dan tips ini)
Katanya akan lebih suburkan pokok pokok
Alhamdulillah

Lepas itu, kita siram dengan campuran soda dan cuka
(ini cara kita dapat dari google)
Tuang air panas pula
Bukan air mendidih tau
Jangan jadikk cam kawan kita, dia tuang air mendidih kalau tak silap dari periuk noxxa
Habis mencair dan bocor paip di bawah sinki
Dah jadi masalah bertambah
Nak selesai sinki tersumbat, masalah lebih besar timbul pulak. Takpelah sebab Allah nak gantikan set baru piping bawah sinki tu
Sangka baik dengan Allah dan tingkatkan level kesyukuran, pasti Allah bagi hadiah lebih hebat

Taraaa
Sinki kita OK selepas kita pam guna pelocok
Abis naik mender lendir lendir hak lama kot duk lekat kat batang paip dia
Kita kaut buang luar jelah
Kita tak geli pun sebab sisa dari makanan je pun
Bukan virus ke apa
Kalau semua nak geli, tak jadi kijo la mu
Duk rumah sendiri, wat keje sendiri takleh nak manjo sangat
Sebab sedar diri takde ore lain akan buat dan takde ore gaji ko bibiks ko
Jadi behave dan laksanakan saja
Tak usah banyak mikir lah

Hasilnya kerja selesai

No comments:

Post a Comment