Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday 8 July 2019

Jannatul Mawa dan AMWAY

Assalamualaikum w.b.t,

Sejak pindah masuk ke Jannatul Mawa, memang niat dan fokus hanya untuk syurga ini saja. Fokus anak-anak, ajar anak-anak belajar, membaca dan mengaji serta jalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri yang baik untuk setiap ahli keluarga.

Tapi lain jadi nya selepas beli atmosphere sky, dan automatic dapat bonus 9% selepas diiktiraf dan diberi hadiah polishing mask yang berharga RM100 lebih oleh upline, saya jadi lebih teruja dan terus beli 3 tiket berharga RM80 menjadi jumlah RM240 untuk pergi 3 orang ke seminar net preneur. 
Jadi saya mula sibuk mengatur strategi untuk aktif bisnes semula sebab saya dah nampak jalan yang bisnes ini bukan untuk saya seorang tapi dapat bantu ramai orang lain dalam mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik.

Ia menjadi semakin bertambah bila adik saya sendiri yang join seminar semakin bersemangat untuk Bersama buat bisnes ini, tak sabar dan sangat energetik setelah disuntik semangat oleh para penceramah berkaliber. Sepanjang perjalanan balik dari seminar usahawan, bertalu-talu soalan bagaiaman nak bermula, bagaimana nak bermula.

Jawapan mudah saja sebab saya dah belajar dalam kelas bangi, iaitu guna produk dulu, dan cite kebaikan pada diri kita, kesan baik pada diri kita yang kita rasa, bercerita secara emosi, secara berperasaan akan membantu orang lebih faham dan berkeinginan nak yang sama seperti kita.
Lepas guna dan tukar barang rumah, baru slowly ajak buat bisnes.

Barulah bisnes sebenar bermula apabila menaja orang baru dan ajar orang baru yang mahu, sama saja tukar barang rumah dan citer kebaikan pada orang lain. Berkongsi cerita sentiasa, tanpa pernah jemu walaupun citer yang sama berulang kali.

Mudah kan
Jom kita

No comments:

Post a Comment