Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Thursday, 18 February 2016

Beli Belah Vs Cuci Mata di IKEA Cheras


Assalamualaikum w.b.t,

Dan salam sejahtera diucapkan untuk pembaca blog saya, mungkin anda salah seorang yang rajin mengikuti perkembangan saya atau anda terklik dan terbaca entri ini apabila anda membuat carian mengenai tajuk atau isi-isi yang berkaintan dalam entri ini.

Baiklah ini cerita ringan sahaja mengenai kehidupan kita sebagai manusia, rutin sebagai manusia biasa memang akan terpengaruh dengan iklan yang ada di sekeliling. Jadi saya dan suami tidak terkecuali, kali ini suami pon terpengaruh, selalunya dan kebiasaanya hanya saya atau kaum wanita sahaja yang mudah untuk terpengaruh kan.

Kebetulan hujung tahun memang ada banyak cuti umum dan juga cuti syarikat, jadi kami gunakan masa ini untuk habiskan masa dengan meninjau keadaan di IKEA Cheras, kebetulan IKEA ini adalah yang baru dibuka berbanding IKEA Damansara (saya memang tak pernah jejak kaki ke IKEA sebelum ini) kiranya ini kali pertama. Dan dalam masa yang sama, suami ingin beli sofa baru (niat lama dah-bertahun-tahun) menggantikan sofa lama yang kami beli di awal perkahwinan lagi, yang telah uzur dimakan usia katanya padahal dirosakkan oleh anak-anak lelaki yang sedang membesar dengan giat, yang ingin tahu segalanya.

Jadi kami buat keputusan keluar selepas Zohor dan balik selepas Maghrib. Sempat solat Asar di Surau IKEA itu dan solat Maghrib di stesen minyak Petronas berdekatan.

Penat dan sangat penat memandangkan IKEA Cheras ini luas dan besar, segala bagai ada dalam ini. Dan kami pula pertama kali jejak kaki mestilah nak meneroka dan meninjau apa yang ada dalam ini, bak kata orang betul-betul cuci mata sebelum cuci beg duit.

Sebelum pergi kami memang dah tinjau sofa dalam laman web www.ikea.my, dan buat pilihan sofa mana yang ingin dibeli, mestilah yang palig murah kan. Dan Alhamdulillah sofa yang diingini ada, lebih kepada pilihan saya. Yang suami idamkan sebab murah, kehabisan stok. Katanya akan tambah stok baru tetapi dengan harga yang lain, leih mahal dari harga promosi.

 Dipendekkan ceritalah, kami sampai sahaja, kami naik ke tingkat atas dulu yang mana di sini ada food court dan surau serta bahan-bahan pameran seperti perabot siap hias sebijik macam rumah betul ala macam mana-mana kedai yang jual perabot lah macam home living, index living dan lebih kurang sama macam dalam katalog IKEA. Memang dapat cuci mata habis lah, dari ruang tamu, dapur, bilik tiduk dewasa, anak-anak hinggalah barang-barang hiasan, alat permainan anak-anak semuanya ada di sini. Haa, taman permainan pun ada seperti dalam gambar, tempat kesukaan anakanak. Jika ada masa panjang, boleh lah datang lagi dan tempatkan mereka kat sini.



Semasa meninjau dan buat pilihan perabot, sofalah kan sebab saya nak beli sofa, memang ada dibekalkan kertas nota dan pensil serta beg beli belah IKEA, ini mudahkan kita untuk mencatat spesikasi barang yang nak beli iaitu di rak mana, bahagian mana. Ini yang akan mudahkan kita untuk cari barang yang kita nak beli di gudang bahagian bawahnya pula. Kira ni sendiri servis lah ya. Kita juga dibekalkan dengan pembaris kertas yang ada ukuran meter, mudahkan nak ukur panjang perabot, sesuai tak dengan rumah kecil kita.

 

Baik, dah selesai catat, tapi saya tak catat pun (jakun lagi bab ini), kami berehat dulu dengan makan di Food Court IKEA, nak cuba meatball tetapi sampai giliran saya dah habis, jadi boleh cuba Chicken ball sahajalah dan ayam panggang untuk anak-anak.Beratur panjang dan makan masa juga semasa nak memilih dan membeli makanan disebabkan ramai orang. Ini kali pertama saya jumpa system beratur yang begini, kami beratur seperti bentuk S dalam linkungan besi yang dah direka, ada disediakn troli dan tray untuk mudahkan pembawaan makanan. Satu lagi untuk belian air, kita hanya perlu ambil cawan shaja, yang panjang untuk air bergas dan yang pendek untuk kopi dan the. Boleh tambah sendiri jika dan habis secara percuma sampai kembung perut. Bayaran di kaunter akan dikira berapa cawan dan gelas yang kita ambil. Kat sini pun saya jakun sebentar, sebab ingat minuman belum dikira, rupanya bila periksa resit dah ada. Airnya sendiri servis juga, boleh beratur dan ambil di tempat yang disediakan.



 

Dah habis makan semua, kami solat dulu di surau yang sesak dengan orang. Terpaksa ambil wuduk di tandas, sebab kat surau terlalu ramai manusia. Itu pon ada memang ada geng di tandas itu syorkan saya terus berwuduk di tandas disebabkan di surau sesak.


Makan dan kenyang, solat pun dah, bermulalah aktiviti shopping. Lama kami di sini tetapi barang yang dibeli hanyalah sofa sebijik, satu jer tau, jam 2 biji (banyak en suami yang beli-berminat sangat dengan jam IKEA yang sangat simple), selimut seakan tidur dalam salji sebab selimutnya sangat selesa, harga pon boleh tahan. Itu saja.



Padahal jika ikut saya mungkin banyak lagi yang nak dibeli. Tapi cukup untuk kali ini. Kata en suami, lain kali kita datang semasa hari orang lain sedang bekerja dan kita minta cuti khas untuk datang ke sini. Semangatnya dia.

Sebelum balik,kami beratur lagi untuk makan, eh kali ini beli ais krim sahaja. Sedap. Suka anak-anak dapat ais krim berkon. Kopi panas untuk suami. Ok boleh keluar dari IKEA.
Sekian dululah cerita saya kali ini.

Ada masa saya sambung ya, tetiba terasa seperti nak berhenti  kerja dan jadi Shopper IKEA untuk sesiapa yang berminat nak jadikan saya (Asyik berangan saja)

No comments:

Post a Comment