Assalamualaikum w.b.t,
Kalau anak saya, mereka suka sangat bergurau senda dan main
sorok-sorok semasa di pasaraya, terutama di kedai-kedai baju yang boleh
menyorok dan ada bahagian-bahagian tertentu yang mudah untuk menyorok. Mereka
gembira jika kita tak dapat cari mereka, jadi anda boleh bayangkan jika berada
di pasaraya, bagaimanakah reaksi saya, memang tak senang dan tak tenang untuk
membeli belah tau. Risau akan kehilangan anak-anak, takut diambil orang
memandangkan dah banyak kes yang berlaku di sekeliling kita.
Jika berada di kedai makan pula, mereka akan bergurau juga,
akan berlumba untuk habiskan air minuman dan juga ukur-mengukur air yang masih
berbaki dalam gelas. Selepas habis makan, mereka akan bangun dan main kejar
mengejar juga sehingga kadang kita yang risau kerana takut mengganggu
ketenteraman pelanggan lain.
Saya rasa kelakuan anak-anak kita tak sama semuanya namun
ada juga ibu apa yang ada anak lebih kurang perangai macam ini kan. Siapa pun
anak kita, bagaimana kelakuan mereka, terima dan perbaiki yang mana buruk,
supaya jadi baik.
Dan satu lagi, zaman kanak-kanak sekarang memang begini,
bila dah besar nanti mungkin dah tak buat perangai lagi.
No comments:
Post a Comment