Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday, 9 August 2014

Jamuan Raya Makaroni Goreng dan Sirap Laici

Assalamualaikum w.b.t,

Pagi ini nak kongsikan sedikit cerita yang berlaku pada pagi semalam, 8/8 cantik tarikh 8hb 8, 2014. Saya sedar agak lewat untuk bersahur kerana tidur sudah agak lewat dan dengan melayan anak kecil yang tak nak tidur, bangun tengah malam semata-mata nak bermain permainan dan baca buku kartun, terpaksa layankan walau separa sedar.

Seperti biasa, malam sebelum tidur, saya dah sediakan semua bahan-bahan untuk memasak pada pagi itu, siap-siap potong dan simpan di dalam peti sejuk. Segala bawang (putih, merah dan besar), lauk ( ayam,daging dan bebola ikan), sayur. Saya guna lobak merah sahaja untuk masakan makaroni goreng kali ini. Makaroni pula awal-awal lagi direbus dengan bantuan anak sulung Amirul Hakim yang berusia 4 tahun. Sangat rajin dia membantu.

Baik ini cerita paginya, lepas saya bersahur, saya terus panaskan kuali dari #tupperware dan masukkan semua jenis bawang, tunggu sehingga agak garing, masukkan ayam dan daging, tutup kuali dengan penutup seketika, kemudian masukkan lobak merah, bebola ikan dan sedikit gula serta perencah kiub ayam, juga sedikit rempah kari. Lepas itu barulah masukkan makaroni dan kacau sebati.


Inilah rupa makaroni goreng yang telah siap dikacau, boleh masukkan telur jika suka.



Tutup kuali seketika dengan penutup tupperware, ini yang best dan menarik dengan set periuk tupperware, yang saya gunakan adalah salah satu darinya, kuali (fryer).
 

Bila agak dah masak, boleh lah matikan api dan masukkan ke dalam bekas. Sedia untuk ditapau ke Pasti dan Taska anak untuk jamuan raya mereka.


Bagi anda yang suka makaroni bakar, boleh lah pecahkan 2 biji telur dan taburkan keju di atas permukaan makaroni ini dan bakar dalam oven. Jika tiada oven atau microwave (sebab selalu nya saya gunakan microwave saja), boleh gunakan fryer dari tupperware juga, cuma kena letak sedikit sahaja minyak di permukaan kuali untuk elakkan makaroni melekat pada dasar kuali.

Baik, saya bekalkan juga sirap laici yang siap dibancuh dengan air gula ke jamuan mereka. Ini untuk memudahkan cikgu di sana. Untuk resepi eh resepi juga ke, air sirap laici ini, boleh ke link ini.



Ok, anak-anak dah mama siapkan dengan pakaian raya, baju melayu oren yang tahun lepas punya. Mama pun sekali excited nak pakai baju oren raya tahun lepas juga, padahal hari tu bekerja. Jadi apa lagi abahlah yang jadi photographer kami.

Gambar mama dengan anak bongsu, umur hampir 2 tahun, buat masa ini bongsu ler. Ammar Husaini, nasib baik mood dia pagi ini amat baik.


Ini gambar dua teruna mama yang telah siap sedia untuk ke Jamuan Raya di Taska dan Pasti mereka yang mana satu tempat sahaja. Si adik suka sangat tanggalkan kupiah.

Saya muat naik semua gambar mereka sebagai kenangan untuk pagi ini.
Pelbagai gaya, yang penting mereka gembira.
Bergamabar bersama dengan mama.



Susah juga si abah nak ambil gambar sebab masing-masing tak duk diam, ada saja gambar yang blur sebab mereka tengah bergerak. Al maklum lah si abah bukan tukang ambil gambar yang mahir, guna pun kamera handphone biasa.

Cukup dulu cerita catatan dari saya, dah lama tak menulis cerita begini. Syukur dikembalikan semula perasaan dan kerajinan untuk terus bercerita dalam blog.

Sekian, seperti biasa, pesanan penaja iaitu tuan punya blog.



Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment