Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Thursday, 27 March 2014

Bilangan Anak Dalam Keluarga

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ini saya nak bercerita mengenai tajuk di atas atau dengan maksud lain,

Anak Ramai?

Saya sudah ada dua anak yang kedua nya pun hero iaitu lelaki, sudah terasa kepenatan yang amat. Kerana apa, Ya Allah nakal nya dan aktif nya lah, sangat meletihkan untuk melayan mereka. Kena kuat fizikal dan emosi. Tidak boleh lemah dan patah semangat. Jika kita sakit, memang kesannya pada anak-anak, akan terbiar dan kurang kasih sayang.

Dan permintaan suami cukuplah untuk dua anak saja kerana dia sendiri sudah kepenatan kerana sejak kecil, anak yang no dua adalah di bawah jagaan nya terutama pada malam hari, buatkan susu dan pujuk anak bila menangis dan merengek malam-malam, kecuali bila tidak dapat senyapkan dan tidurkan anak barulah akan alih tugas kepada saya.

Biasanya saya jika anak menangis, dan menolak untuk minum susu, saya akan baringkan dan sapukan minyak angin di bahagian perut, dada dan belakang badan. Dan juga akan sapu di bahagian betis, urut-urut dan nampak lega, barulah akan tidur dengan nyenyak.

Kembali kepada tajuk asal, Berapakah bilangan anak yang anda mahukan jika sudah berkeluarga dan juga bagi mereka yang sudah pun berkahwin? Ini semua rancangan, Ya kita perlu merancang, selebihnya terserah kepada Allah untuk menentukan dan merencanakan rancangan kita.

Sekian dulu, dan seperti biasa, bagi anda yang nak membeli produk jualan saya, sila hubungi


Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Wednesday, 26 March 2014

Iklan Minyak Kelapa Dara Miracle Refreshing Spray



IKLAN HEBAT
Miracle Muslimah Refreshing Spray merupakan produk yang berasaskan minyak kelapa dara (VCO) dan formula khas dari MARDI Serdang yang membantu anda yang mempunyai masalah :

1. Keguguran rambut
2. Kegatalan kulit kepala
3. Kelemumur
4. Sering sakit kepala & migrain
5. Rimas dan kurang selesa bila terlalu lama bertudung.

* Diiktiraf oleh MARDI bebas daripada bahan kimia 

Hanya serendah RM 9.90 sahaja untuk Trial Pack. Harga sebenar adalah RM14.90.

Khas untuk pembaca blog www.wanrokiah.blogspot.com, diskaun 30% diberikan. 
Sah sehingga 4 April 2014 sahaja. 
Agen (pengedar dan dropship) amat dialu-alukan, hubungi saya untuk maklumat lanjut

SMS : " Saya nak diskaun 30% & info masalah rambut anda" ke 010-9336935


Untuk testimoni, anda boleh baca di sini

Pesan Mak : Jangan Berhutang

Assalamualaikum w.b.t,

Bila bercerita perihal hutang, selalu saya dengar kisah rakan-rakan yang ada hutang, kad kredit, hutang beli perabot, peralatan kelengkapan rumah dan macam-macam lagi.
Imej : carian google


Kami adik beradik selalu di berikan nasihat oleh mak supaya jangan berhutang, jika teringin nak pakai motor, nak beli TV ke Peti ke, simpan duit dulu, ada duit, kira jalan (boleh beli). Jika tidak ada duit, jangan mimpi nakkan barang tersebut.

Tetapi selalunya mak lah yang akan membantu untuk tambahkan duit yang kurang, kira kami berhutang dengan mak dan bayar bulan-bulan ikut kami mampu. Dari zaman saya belajar, mak belikan motorsikal untuk kegunaan saya dalam Universiti dengan duit biasiswa yang saya dapat dan dicampur dengan duit mak, begitu juga komputer dan printer untuk kegunaan semasa belajar juga dibeli secara tunai. Biarpun tak ada berjenama dan tak popular seperti orang lain, komputer saya jenamanya Futura, memang tak pernah dengar dan tidak canggih mana. tetapi dengan komputer itulah saya dapat siapkan assignment   masa belajar dan banyak lagi kegunaan lain.

Sama juga dengan adik-adik yang lain, semasa mereka dah mula bekerja, memang sangat memerlukan motorsikal untuk pergi dan balik kerja. Juga mak belikan sebiji seorang secara tunai dan anak-anak bayar secara tunai kepada mak.
Imej : carian google
 

Berlainan dengan adik saya yang lelaki, pada masa itu memang sangat gilakan motorsikal LC padahal baru beberapa bulan kerja. Atas alasan malas naik pengangkutan kilang, bas. Kerana kena bangun awal dari biasa dan menunggu kedatangan bas di tepi jalan. Jadi dengan belas ikhsan saya keluarkan duit simpanan yang ada dicampur dengan duit mak, kami beli motorsikal secara tunai juga padahal pada masa itu memang ikut hati, nak saja beli secara hutang supaya adik ini berdisiplin untuk bayar ansuran secara bulanan.

 Tetapi seperti biasa, pesan mak, jangan berhutang. Ya jika diikutkan rugi berhutang kerana kena bayar jumlah bunga kepada pihak peminjam, sedangkan jika beli secara tunai, sudah semestinya kos nya jauh lebih murah dan menguntungkan, Beza RM2,000 hingga RM3000 juga. Jadi jika tidak perlu berhutang, jangan berhutang. Usahakan duit dulu dan beli secara tunai.

Sekian dulu walaupun banyak lagi yang nak dikongsi. Tunggu entri yang akan datang sajalah.





Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi

Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah