Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday 30 October 2016

Tilam Dreamland Percuma Set Cadar & Comforter

Assalamualaikum w.b.t,

Sementara promosi masih ada untuk nak dapatkan set tilam bujang, queen dan king dengan percuma set cadar dan comforter sedondon ikut saiz tilam yang dibeli, maka lebih baik anda beli untuk kegunaan rumah. Seperti saya juga yang dah mendirikan 8 tahun perkahwinan, tilam yang kami beli seawal perkahwinan dulu dah lunyai dan terkeluar besi spring. Harganya lebih kurang saja dengan tilam Chiromax Fresh Guard yang saya jual sekarang tetapi tilam ini tahan waranti selama 15 tahun, sebab ia memang dah diuji sehingga ketahanan itu. Berbanding tilam yang saya beli 8 tahun dulu, terpaksa dibuang saja lah sebab dah la tiada waranti, tilam memang selalu kena balik-balik supaya ia kekal rata walaupun ada juga tempat melendut.

Bagi yang selalu tidur atas toto dan belum ada tilam, paling elok beli tilam ini sebab sayangi badan anda, dah penat bekerja bagilah reward untuk dia rehat dengan baik. Lagipun sayangi duit anda dari habis tak tahu ke mana, baik beli benda yang boleh digunapakai dan berfaedah untuk diri dan keluarga. Sebab tilam ini bagus untuk kesihatan tulang belakang anda, dah diuji dan diyakini. Sekarang pun sibuk dengan masalah Nyamuk yang bawa penyakit zika, maka dengan beli tilam ini, anda akan terhindar dari gigitan nyamuk, in shaa Allah sebab tilam ini anti serangga seperti nyamuk dan pepijat.

Sebut pepijat, kawan saya dah pernah kena dah la habis badan dia dan anak kecilnya kena merah-merah dan sakit kena gigit, lama pula tu pijat tu bertapa dan membiak di tilam tersebut. Akhir sekali kena b uang tilam dan semua bantal dan cadar yang ada. Maka ini peluang yang baik untuk beli tilam yang anti seranggan seperti tilam chiromax fresh guard dari Dreamland ini. 

Baik, tawaran ini masih ada dan akan berakhir bila-bila saja iaitu dengan pembelian tilam ini, anda layak mendapat percuma set cadar dan comforter yang ada 2 pilihan warna iaitu biru dan merah jambu sama dengan saiz tilam yang anda beli. Sama ada single (bujang), queen dan king.

Tilam ini ada waranti 15 tahun
Tak keluar spring
Tilam tak yah nak balik
Baik untuk tulang belakang
Anti pepijat dan nyamuk (best woooo)
Tilamnya kalis air dan bau

Jika ada air tertumpah atau anak-anak kecil anda terkencing pada tilam, anda boleh lap dengan sapu sahaja dengan kain bersih. Ia tak akan meyerap masuk ke dalam tilam, lagi best bukan? Ini semua dah dibuat kajian dan diuji, kita sebagai pengguna hanya perlu buat pilihan bijak sahaja. 

Tilam ini jika anda beli di luar harganya jauh lebih tinggi dari harga yang kita jual. Ada pernah pelanggan buat survey ke kedai-kedai perabot yang jual tilam dan kembali kepada kita semula kerana katanya, tilam yang setanding kualiti seperti yang kita jual ini 3-4 kali ganda harganya lebih mahal dari harga yang kita jual. Dan biasa tilam tak akan ada waranti selama belasan tahun seperti tilam yang kita jual ini. 
Keratan Rentas Tilam Spring Dreamland
 Gambar yang dikirim oleh pembeli tilam yang dah sampai terus ke rumahnya (alamat yang diberi). Memang puas hati katanya.
Tilam Baru, sedapnya tidur (Tinggi)
 Ini juga salah seorang pembeli tilam yang dah terima tilamnya, siap pasang terus cadar dan comforter, ini kira ready terus untuk tidur lah ye. Seronok kan?

Percuma cadar & comforter (biru @ pink)
Bagi anda yang nak beli tilam atau ada sebarang pertanyaan mengenainya, anda boleh hubungi saya ya. cara paling cepat anda wasap saya ke 010-9336935

No comments:

Post a Comment