Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday 28 July 2015

RAYA PERTAMA DI RUMAH TOK AYAH

Assalamualaikum w.b.t,

Rasa sangat terharu dan sayu di pagi Raya tahun 2015 kerana kami sekerluarga berseorangan dengan tok ayah yang menyambut raya di rumah mertua di Machang,

Yang lain ada hal masing-masing dan masalah yang tidak dapat dielakkan untuk bersama-sama beraya dengan kami.
Yang sepatutnya ada 2 buah malah 3 buah keluarga yang sama-sama tetapi satu tak dapat pulang sebab tiada kenderaan, sebuah lagi kerana sakit yang tak dapat dielakkan dan belum sembuh sepenuhnya. Jadi di pagi raya tinggal kami 4 beranak dengan tok ayah seorang saja. Bila si abah dan tok ayah dah keluar ke Masjid untuk menunaikan solat Sunat Aildilfitri, tinggallah kami 3 beranak. Si adik minum seorang di meja makan di dapur sementara menunggu si abang siap berpakaian.



Lepas makan dan minum, bebudak ni bukan nak makan sangat, kami lepak depan tingkap, tengok ayam dan pokok-pokok . Sayu lagi bertambah dalam hati, tapi apa nak buat. Terbayang yang selalunya tok ayah duk sorang-sorang mesti lagi sayu dan sunyi dia rasa kan.



Dalam tengahari ada abang ipar dan kak ipar 4 sekeluarga datang dan itu pun sekejap cuma. Sebab lepas itu mereka sibuk dengan urusan adik belah sana yang nak kahwin pula.
 Jadi kami teruskan beraya seperti tradisi setiap 2tahun, aktiviti di kampung ini berjalan ramai-ramai menziarahi jiran tetangga. Memang meriah sekeluarga berpakaian sedondon turun naik rumah yang berdekatan antara satu sama lain.

Kemudian baru balik rumah dan menanti tetamu yang lain pula datang berkunjung.

Sedikit gambar keangan sepanjang raya, kami tak berkesempatan untuk merakam potret keluarga masa hari raya pertama. Yang ada gambar-gambar sepanjang beraya yang mana sempat diambil. Jadilah sebagai kenangan raya 2015.


Selfie sementara menunggu tetamu tiba

Masa ni habiskan masa dengan bergambar

Dengan satunya anak buah perempuan

Beraya rumah makcik sebeah arwah ayah

Beraya rumah mak saudara mak, Tupperware Counter part di atas meja

Rumah wajib setiap tahun datang beraya

Gambar malam raya lepas bebudak ini main bunga api dengan anak-anak jiran, rajin mereka menolong masukkan kuih-kuih raya ke dalam balang.

Sambil buh kuih raya, sambil makan sekali




 Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


No comments:

Post a Comment