Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday 15 April 2015

Diet Sihat: Makan sup sayur dan ayam rebus saja



Assalamualaikum w.b.t,

Ayam rebus dengan meal maker dalam microwave

Ikan stim menggunakan fryer inspire cookware


Pasti siapa yang ikut blog saya dah mula tahu yang saya sedang nak diet secara sihat sebab saya target nak kembali kepada berat badan ideal, sesuai dengan BMI diri sendiri. Bukan apa. Ia adalah satu langkah untuk sihatkan diri dan elak dari terkena pelbagai penyakit kronik dan moden yang ada sekitar masa kini. Dah hampir seminggu juga diet secara sihat tetapi saya ada jurulatih yang monitor dan memantau, masuk hari ketiga saya dipantau. Rupanya diet saya tak ikut jadual, sebab saya hanya makan 3 kali sahaja bukan 4 kali seperti yang disyorkan, saya ikut pemakanan setengah genggam nasi dan lauk tetapi untuk malam saya skip sebab saya rasa kenyang dan dengan 3 kali makan sebab petang saya minum minuman sihat yang dicampur oat dan kurma, itu yang membuatkan saya kenyang sampai  malam. Rupanya menjadi salah kerana saya ambil kurang dari 1100kcal sehari,ingat dulu saya ada cakap jika saya ambil kurang kalori dari 1000kcal, badan akan mengecut dan otot hilang, dan badan kurang antibodi. Maka mudah untuk kena penyakit seperti demam, selsema dan seangkatannya.

Dan sekarang saya memang tengah tak sihat, kepala pening, tekak sakit dan hidung selsema dengan tersumbat. Hari ni mata pun dah berair dan rasa berpinar juga kadang kala. Itulah untung bila ada coach atau jurulatih yang beri petunjuk kepada kita, bantu kita bila ada salah silap dan betulkan semula kesilapan kita. Jadi masih belum terlambat, jika nak sihat, nak turunkan berat badan dan nak diet sihat, boleh cuba ikut apa yang saya sarankan dengan disiplin diri yang kuat dan ikut sehabis boleh.

Ingat jangan biarkan perut kita berlapar lebih dari 4jam. Jika berpuasa itu lain sebab kita dah set kat otak kita yang kita akan berpuasa, jadi semua sistem dalam badan akan berjalan seiring dengan apa yang dah disetkan. 

Jadi jika anda nak kongsi tip diet sihat, boleh tuliskan di ruangan komen pada entri ini. Nak tahu cara saya, boleh terus ikut perkembangan blog ini.

p/s: entri ini adalah cerita benar saya pada hujung bulan  Mac, lambat disiarkan kerana ceritanya tak siap dan hari ini baru boleh di publishkan.

Blog saya ini lebih kepada blog bisnes yang menjual pelbagai produk yang saya sendiri gunakan dan ada juga cerita sendiri yang nak dikongsikan dengan pembaca.
Sekian dulu.

Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment