Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Thursday 26 February 2015

Riang Ria Majlis Makan Malam Team Prod 2014

Assalamualaikum w.b.t,

Sesekali nak juga lari dari hal perniagaan dan nak rehat seketika. Kerana saya adalah seorang pekerja di sebuah syarikat dan bukan full time bisnes. Dan saya juga seorang ibu dan isteri serta anak kepada keluarga saya. Menjadi tanggungjawab saya untuk bagikan sama rata. Dan kali ini saya teringin nak kongsikan penat lelah dalam menjayakan satu majlis makan malam untuk meraikan kumpulan kami yang berpenat lelah dalam menjalankan rutin kerja harian. Dan ini bukanlah kali pertama tetapi dah berkali-kali juga, atas hasil usaha kami sendiri yang dinaugi oleh bos kesayangan kami dan tiada sokongan walau 1 sen pun dari pihak syarikat. Ini adalah inisiatif kami sendiri untuk menjayakan atas dasar tanggungjawab bos kami sebagai penaung.

Tujuan utama hanya lah untuk kami sebagai pekerja dapat merasai keseronokan bersilaturahim sesama kawan sekerja di atas bumbung satu pasukan. Jika dengan syarikat sendiri mungkin tak dapat merasai nikmat yang sebegini seronok, yang mana buat pun sekadar saja. Tetapi ini adalah Grand hadiah dari kutipan kami sendiri dan disokong kuat oleh penaung.

Jom layan gambar-gambar yang ada,

Pada awal petang, persediaan untuk majlis


Antara orang kuat dan kreatif untuk menyiapkan dewan di hotel bagi majlis yang bakal berlangsung pada malam hari.


Ini pula bilik penginapan kami. Seronok tau walau rumah sejengkal kera saja tetapi dapat bilik untuk berehat sebentar, mandi sucikan diri dan solat memang seronok dan selesa.



Antara kerja-kerja dan persiapan yang dilakukan.





Bakal pengerusi majlis sedang uji suara.


Bersama orang lama dalam syarikat yang bermula dari bawah dan diangkat naik ke jawatan yang besar.


Sebenarnya jenuh juga nak siapkan dewan jika sedikit saja yang datang menolong dan bertindak berbuat kerja. Tetapi nasib baik ramai yang meyumbang tenaga untuk bersama-sama jayakan majlis yang gilang gemilang ini.

Gambar di bawah adalah gambar kami dengan penyambut tetamu dan kami yang dah bersedia dengan pakaian makan malam, tema korporat untuk malam ini.


Gambar di akhir majlis bergambar kenangan bersama boss dan rakan sejabatan. Opss saya seorang saja yang perempuan? Queen of the day?



Inilah dia saya yang biasa-biasa saja.


Bergambar  kenangan di belakang back drop dengan pakaian yang belum siap, pakaian basahan saja masa datang buat kerja.


Antara kami semua yang menghadiri majlis pada hari ini. Ada beberapa orang saja yang dah balik awal.



Sekian dulu, sebenarnya masih banyak gambar-gambar lain semasa majlis sedang berlangsung. Nanti di lain masa pula ya.


Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment