Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Thursday, 20 October 2016

Kelas Artistry : Belajar Jaga Wajah dan Kenali Jenis Kulit

Assalamualaikum w.b.t,

Pernah dengar jenama produk Artistry?
Ia Setanding malah lebi hebat dari jenama mahal yang lain kerana ianya 100%organik, apa yang kita makan, itulah bahan-bahan yang diguna pakai dalam produk ini. Ia adalah jenama 5 ke atas di dunia.

Ramai kata tak pernah dengar pun. Macam tak glamor je sebab itu tak pernah dengar.
Kita tak pernah dengar sebab kita tak pernah ambil tahu, belum ada orang yang bercerita kepada kita tentang produk ini. Produk ini tidak diiklan di TV seperti jenama besar yang lain seperti Lancome, SKII, Estee Lauder, Loreal dan pelbagai yang lain.

Dulu ingat artis sahaja yang boleh pakai jenama artistry ini. Sebab namanya pun dah dekat-dekat artis.

15hb yang lepas sama hari ulangtahun kelahiran saya, saya hadiri kelas kecantikan untuk belajar cara jaga wajah kita. Setiap dari kita hanya ada 1 wajah di dunia ini sehingga kita mati nanti.
Jadi tanggungjawab kita untuk jaga dengan baik.

Bayar RM30 sahaja untuk kelas belajar bagaimana cara cuci muka dengan betul, pakai toner (penyegar), 2 langkah yang tidak boleh ditinggal, memang asas dalam penjaggan wajah.
Yang paling seronok dalam kelas ini kita boleh guna pakai dan rasai sendiri kehebatan produk yang harganya ratusan dan ada yang cecah ribuan ringgit tau.

Ini muka saya yang dah siap dijalankan asas-asas penjagaan wajah seperti cuci muka dengan makeup removal (penaggal make up), cleanser (pencuci muka), toner (penyegar), krim pelembap, serum dan banyak lagi produknya. Kemudian pakai foundation (bedak asas) dan make up yang ada.
Saya diajar dan kami buat sendiri muka masing-masing.
Balik rumah, terus boleh praktik buat di muka prospek.

Muka saya selepas habis belajar Make Up (Sendiri saja)

Dengan kakak kesayangan Uplineku dalam bisnes ini
 Banyak yang dipelajari, dari asas penjagaan menggunkan set essential (botol warna pink pinky), kepada hydra V yang mana berasaskan air laut dalam (botol bewarna biru), Set ideal radiance yang botolnya bewarna putih, khas untuk penjgaan wajaah bagi yang suka mukanya lebih putih dan cerah. Akhir sekali set lx supreme untuk warga emas dan botolnya pun bewarna emas, produk yang paling mahal dalam rangkaian produk artistry sesuai dengan gold nya. Ada satu lagi youth extend yang mana botolnya seakan warna perang, dan sesuai untuk orang yang berumur 40 tahun dan ke atas.
Ini dia rangkaian produk Artistry (penjagaan dan perapian wajah)
 Selain belian online di web Amway, kita juga boleh terus ke PJ atau ke shop yang ada dalam senarai untuk cuba test produknya dan beli di sana.

Apa yang menariknya, jika kita buat belian dengan produk ini, contoh kita beli lipstik dan rasa warna atau tak sesuai dengan kita atau kita rasa tak selesa dengan produknya, kita boleh tukarkan dan dapat waranti serta merta. Boleh gunapakai untuk beli produk yang lain.
Ini pula Kedai di HQ yang menjual semua produk Artistry

Saya ada promosi, untuk anda yang buat belian produk Artistry pada bulan ini dengan harga RM600 dan ke atas, anda layak dapat beg dalam gambar di atas dengan harga RM69 sahaja, harga sebenar RM299. Jdi jika anda berani nak mencuba, nak membeli produk artistry, tak kira produk jaga muka, produk make up. Sila hubungi saya ya.

Sekian dulu,
Jika anda berminat untuk belajar jaga wajah dan disertai dengan make up, RM30 sahaja kelasnya, anda boleh hubungi saya, kita setkan masa dengan pakar dalam menjaga kecantikan wajah.



Sunday, 9 October 2016

Teruskan Hidup : Jangan Bimbang

Assalamualaikum w.b.t,

Semasa nak pergi kerja, saya selalu buka radio dan dengar siaran IKIM fm, boleh betulka  diri dan selau bernasib baik dengan tazkirah dari ustaz atau ustazah jemputan. Habis saja tazkirah atau diberi nama motivasi pagi, disiarkan lagu yang sangat memberi saya semangat iaitu tajuknya 'Jangan Bimbang'.

Mari kita hayati lirik dan bait-bait dalam lagu ini.

Trak JANGAN BIMBANG dibuka dengan baik dengan berteraskan lirik yang mudah difahami tentang perjuangan  dalam mengharungi setiap cabaran getir yang melanda dalam hidup. Teruskan berdoa dan bertawakal. Muzik yang catchy dan Trak korus yang berulang ulang adalah tindakan yang bijak agar lagu ini mudah diingati. Terus terang pertama kali mendengar lagu ini korusnya sudah bermain diminda.

Teruskanlah hidup walau terluka
Teruskanlah hidup jangan mengalah
Teruskanlah hidup dengan percaya
PadaNya kita berdoa

Rap oleh Altimet merupakan kekuatan lagu ini. Penyampaian yang bersahaja bagaikan mendengar nasihat dari seorang sahabat. Sangat adore dengan part lirik oleh Altimet, kata-katanya bagaikan syair moden:

Rap 1
Mati kutu jalan buntu
Tak tahu langkah seterusnya tapi hati melulu
Mata kalut otak serabut
Usah kabut tapi hasilnya ke laut
Keluh hati siapa perasan
Titik peluh selautan aku berselaman
Mandi air matanya berapa tempayan
Harap mentari esok selepas gelap semalam
Aku terus melangkah satu persatu
Terus kehadapan kalau kamu di sisi aku
Walau nampak tak bergerak aku tak pernah kaku
Tak pernah mengalah hingga mendung ini berlalu

Rap 2
Tiang rumah ku harap ada lima
Kejayaanku kakinya tiga
Pertama usaha gerak kaki tangan kerja
Subuh ke senja ke subuh ke senja
Kedua aku cuma buat doa
Aku pengemis aku meminta semua
Akhir sekali tawakal pada yang Awal
Serahkan segala pada Terhandal
Jadi kerjakan yang ada dalam kawalan
Lepas tu, kita tadah tangan
Lepas tu, kita lepaskan
Itu saja cara
Dah jelaskan?
 
Secara keseluruhannya, lagu ini adalah sesuatu dan sangat istimewa! Secara peribadi, ia juga satu medium ‘self help’ untuk setiap pendengarnya. Setiap seorang dari kita mempunyai isu dalam diri mereka. Mungkin lagu ini dapat diterima sebagai panduan, nasihat dan motivasi.Tahniah KENGKAWAN PROJECT kerana berjaya menerbitkan halwa telinga yang sempurna ini.

Saya salin balik lirik-lirik lagu ini dan jadikan ia perkongsian untuk kita pembaca sesame kita memotivasikan diri kita sentiasa supaya jangan bimbang dengan hidup ini, teruskan saja. Kita ada tempat pergantungan pada yang maha Esa.

Sekian dulu.

 

Wednesday, 5 October 2016

Katalog Tupperware Oktober November 2016

Assalamualaikum w.b.t,

Mari kita cuci mata dengan katalog Tupperware terkini dengan pelbagai variasi barangan yang baru dan bewarna warni. Jika ada teringin, terus hubungi saya dan buat tempahan kerana kebiasaan barang yang hot dan laris akan habis dahulu.



















































Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.my/
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah