Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday, 15 February 2014

Taman Permainan Tengku Anis

Assalamualaikum w.b.t,

Taman Tengku Anis yang berada di kawasan Kota Bharu berhampiran dengan pengkalan Chepa.
Tempatnya tidak jauh dari rumah tetapi memang saya tak pernah samapi di sini sebelum ini. Yang boleh sampai ke sini adalah kerana belas ihsan dari adik yang sudi bawa saya dan anak-anak bermain dan berlibur di Taman ini pada waktu petang.

Ini kerana desakan anak-anak untuk bermain di taman dan sangat bosan berada di rumah.
Mari kita layan gambar-gambar yang diambil semasa saya datang ke taman ini.

Ada kolam mandi kanak-kanak juga disediakan di sini, Seperti biasa, kami hanya meninjau dari luar kerana tidak membawa baju persalinan dan kelengkapan lain. Ini juga dikenakan bayaran jika tidak silap RM2 sejam atau sekali masuk, ada kenyataan di papan tepi kolam ini.

Dalam kami tengah tengok kanak-kanak mandi manda tak perasan si kecil saya sudah nak masuk ke kolam melalui celah pagar kerana gak muat dengan badannya yang kecil itu.

Nasib baik sempat tengok. jika tak, naya nak kena masuk dalam ambil dan berkejaran.
Dah kepenatan berjalan di sekeliling dan tengok orang mandi manda, kami berehat di pondok yang disediakan. Anak sangat seronok siap boleh main cak cak lagi dengan saya, yang pak su nya tak payah cakap lah, sangat kepenatan melayan kerenah dua beradik ini.

Kebetulan pada hari kami datang, ada orang yang memasang belon besar ini sebagai satu lagi pilihan mainan untuk kanak-kanak, yang ini dikenakan bayaran tetapi amat murah jika nak dibandingkan di tempat lain, Cuma kami anak-anak hanya meninjau dari jauh dan luar saja. Tidak masuk bermain pun.

Agak ramai juga kana-kanak dan ibu bapa yang ada pada masa ini.

Lepas saja budak kecik ini di taman, habis satu taman dijelajahi nya, berlari ke sana ke mari tanpa henti. Seronok betul dia. Siap boleh baring dan meniarap lagi di atas padang. Silalah anak, ini saja peluang awak nak berpuas main.
Itu saja perkongsian masa lapang saya bersama anak-anak semasa pulang bercuti di kampung.

Seperti biasa jika anda ingin membeli sebarang produk dari saya, sila hubungi.

Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)

Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti

Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Friday, 14 February 2014

Keropok Lekor dari Kampung

Assalamualaikum w.b.t,

Biasalah, cerita masih berkisar tentang kampung, maklum lah baru saja pulang dari kampung, banyak cerita yang nak dikongsikan. Kali ini cerita mengenai keropok lekor pula.

Sebelum pulang bercuti sempena cuti Raya Cina, saya sempat mengambil pesanan dari kawan-kawan sekitar yang nak mengirim beli keropok lekor asli dari Kelantan yang mana isinya penuh dengan isi ikan dan sangat sedap.

Tengok saja gambar yang saya letak di sini, nampak sangat lembut keropok nya, segar kerana baru dibuat. Untuk makluman anda, setiap hari kilang keropok ini beroperasi untuk membekalkan keropok lekor atau lebih dikenali dengan nama kepok toko oleh kami dan penduduk setempat.

Kali ini banyak yang saya beli kerana sebagai bekalan untuk kawan-kawan yang dah kirim itu dan ada yang nak dijadikan bekalan untuk jual balik. Jadi persiapan awal saya ialah pergi menempah terlebih dahulu untuk mengelakkan perasaan hampa jika stok keropok kehabisan.

Walaupun kilang ini beroperasi setiap hari dan banyak kali masak keropok nya, namun kena ambil langkah berjaga-jaga kerana pernah terjadi di musim orang bercuti lama dan panjang begini, ramai yang datang membeli bukan sahaja penduduk stempat tetapi pelancong dari luar. Maka sudah tempah siap-siap.

Tapi nak dijadikan cerita, plan asal dan awal saya dan keluarga bertukar bila mana perancangan awal untuk balik dipercepatkan sehari sedangkan dah tempah pada hari sebelumnya tarikh lain.
Lebih malang bila pergi ambil awal dari tempahan, keropok sudah licin tiada stok.

Tetapi nasib baik, masih ada sinar harapan yang mana sepupu saya yang sekampung akan bertolak balik ke Bangi juga esoknya sama seperti tarikh tempahan yang awal. Maka kena susahkan dia untuk membawa keropok yang saya sudah tempah, balik ke Bangi.

Ini gambar keropok lekor yang saya sudah siap goreng. Dicicah dengan sos pencicah dari Kuala Terengganu.

Sekian dulu, bagi anda yang berminat nak tempah juga dan tinggal sekitar Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Kajang, boleh lah hubungi saya untuk ini.

Jika berminat untuk membeli sebarang produk jualan saya atau apa saja yang berkenaan blog ini, sila hubungi saya

Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)

Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti

Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Thursday, 13 February 2014

Peti Sejuk Comel Dan Fleksibel

Assalamualaikum w.b.t,

Tengah ada masa lapang, gunakan untuk cuci mata di atas talian untuk membeli belah. Saja untuk cuci mata saja bukan nak beli sangat pun. Niat di hati memang nak cari dan beli lampu untuk menghalau nyamuk sebab pernah ternamapk sbelum ini Cuma cari mencari, tak jumpa pula. Lain yang dicari, lain pula yang dijumpai.

Berbalik kepada tajuk asal adalah peti sejuk yang kecil dan comel. Rata-rata ramai yang tahu ada peti sejuk yang bersaiz kecil untuk kegunaan dalam bilik tidur atau hotel-hotel atau tempat penginapan, rupanya ada yang lebih kecil.  Harga pula murah saja RM129. Siapa saja mampu milikinya Cuma tidak tahu keupayaan nya sejauh mana. Mungkin sesuai dengan harga nya juga kan.

Cantik kan, kecil dan fleksibel saja.

Biasa peti ais kecil yang selalu digunakan di tempat-tempat penginapan tu mau harganya lebih dari RM300 bukan? Jadi yang ini sangat berbaloi dan boleh lah diletakkan di ofis kecil atau pejabat tempat bekerja, sangat fleksibel untuk menyimpan minuman sejuk di kala kehausan dan buah-buahan.

Ada pula yang bagi idea untuk menjual buah potong, bagus juga tu, menjual sehingga balik modal. Kan dah untung, tidak perlu guna duit sendiri.

Seperti biasa bagi anda yang nak beli produk dengan saya, bukan nak beli peti sejuk kecil ini ya, sila lah hubungi saya