Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday, 7 December 2013

Maklumat mengenai Tune Talk, Bisnes yang Baik

Assalamualaikum w.b.t,


Semoga anda dalam limpah rahmat Allah S.W.T dan sihat sentiasa,


Mari berdoa sejenak akan nasib sahabat dan saudara kita yang berada dalam musibah banjir yang melanda pantai timur, negeri Pahang khususnya. Semoga mereka selamat dandi dalam lindungan Allah.

Tujuan perkongsian hari ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah mengenai perkongsian maklumat mengenai tune talk tone excel. Mari kita baca maklumat yang diperolehi dari emel saya sendiri.


Tune Talk

 Jika anda ingin menambah pendapatan melalui perniagaan dan mencari peluang perniagaan yang sesuai, anda mempunyai beberapa pilihan iaitu pertama membina perniagaan anda sendiri, kedua membeli perniagaan atau francais yang sedia ada atau cara ketiga, sertai program pemasaran rangkaian.

Bagi mereka yang tiada pengalaman dan tiada wang yang banyak maka pilihan ketiga adalah yang paling logik! Ini kerana perniagaan pemasaran rangkaian boleh disertai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, tanpa sebarang pengalaman perniagaan dan modal permulaannya pula adalah rendah.

Ramai yang takut dan skeptikal terhadap perniagaan pemasaran rangkaian ini tetapi jangan lupa, model perniagaan ini telah lama digunakan oleh pelbagai syarikat multinasional seperti AT&T, Colgate, Microsoft, AOL, Citibank, IBM, Xerox dan banyak lagi. Ramai peniaga bertaraf jutawan besar seperti Warren Buffet, Donald Trump, Robert Kiyosaki, Richard Branson dan ramai lagi amat meyakini konsep perniagaan ini. Jika mereka yang telah berjaya yakin dengan model perniagaan ini, kenapa tidak ANDA?

Kenapa ikon-ikon peniagaan besar yakin dengan perniagaan pemasaran dan terdapat juga pelbagai syarikat berlumba-lumba menggunakan sistem ini? Ini adalah kerana mereka tahu bahawa strategi pemasaran sebegini adalah cara yang paling berkesan untuk memasarkan produk tanpa menggunakan pekerja, tanpa sesiapa berhutang, tanpa perlu meminjam dan tanpa stok inventori yang nyata.

Oleh kerana terlalu banyak syarikat yang menggunakan sistem ini maka anda perlu bijak memilih syarikat. Jangan terjebak dengan skim cepat kaya! Bagi saya, terdapat lima perkara utama sebelum anda memilih peluang perniagaan yang perlu anda sertai iaitu pertamanya syarikat, keduanya pengurusan, ketiganya produk, keempatnya sistem imbuhan dan kelima adalah pembelajaranTalian handphone Program Rujukan Tone Excel – WOW di bekalkan oleh Tune Talk melalui rangkaian pasarana selular Celcom yang sangat meluas dan Syarikat Celcom Axiata Bhd juga mengawal kepentingan ekuiti terbesar Tune Talk dengan mempunyai pegangan saham sebanyak 35% dalam Tune Talk Sdn Bhd klik di sini

logo-airasia
Perniagaan pemasaran rangkaian ini, yang juga dikenali sebagai Program Rujukan (Referral) Tone Excel – WOW dimana tiada penjualan dilakukan sebaliknya anda hanya perlu merujuk kepada sesiapa sahaja agar menyertai program ini. Program ini menawarkan Percuma Perlindungan Insurans Kemalangan Peribadi (P.A) sebanyak  RM100,000.00  dan Tiket Penerbangan Percuma dari AirAsia.

khidmat

Perniagaan SIM Kad Tone Excel – WOW ini kekuatannya datang daripada betapa mudahnya mereka boleh membeli Top Up di mana-mana saja. Lebih tepat mereka tidak perlu membeli Top Up daripada anda.


Mereka boleh pergi ke mana-mana stesen e-pay, 7Eleven, Maybank2u, CIMB Clicks, E-Banking EON Bank dan RHB Bank serta segala tempat yang memiliki e-pay untuk membuat Top Up.

lokasi-topup

Ya, anda tidak perlu susah-susah untuk menjual Top Up kepada mereka dan secara tidak langsung anda akan mendapat pendapatan dari mereka setiap kali mereka Top Up KAD SIM yang anda jual kepada mereka.

Jika anda fikir anda perlu menukar nombor telefon untuk menggunakan KAD SIM ini, anda silap. Anda boleh guna nombor lama anda tak kira sama ada nombor lama itu adalah prepaid atau postpaid. Begitu juga dengan kawan-kawan anda. Mereka boleh guna KAD SIM yang anda jual kepada mereka tetapi masih boleh lagi menggunakan nombor yang sama.

Jadi, tidak ada masalah untuk anda dan kawan-kawan anda untuk bercakap panjang dan ber-SMS di handphone mereka sambil mendapat duit pada masa yang sama.

Bagaimana pula dengan potensinya?

Oleh itu seperti yang yang saya katakan, tidaklah banyak mana. Tetapi ada sesuatu yang menarik yang ingin saya tunjukkan kepada anda. Minimum Top Up bulanan untuk layak dapat komisyen dalam program ini hanya RM20.00 sahaja. Tapi kita berdua tahu orang guna lebih daripada itu sebulan.

Berikut adalah dua jenis pendapatan yang anda boleh dapat dari program ini:

Pendapatan pertama adalah dari insentif Bonus Rujukan (Direct Sponsor) yang boleh diperoleh dari penyertaan baru yang ditaja terus oleh anda di level 1 iaitu sebanyak RM20.00 seorang.

plan1
Katakan anda menaja terus 10 orang sebulan di level 1, maka insentif yang akan diterima adalah:

RM20.00 x 10 orang = RM200.00
Bonus ini menarik untuk mengajak orang baru menyertai program ini tanpa had.
Pendapatan kedua pula adalah dari insentif Komisyen Top Up dan pendapatan dari program ini adalah berulangkali serta ada tiga level.
1. Jika anda Top Up diantara RM20.00 – RM59.99 sebulan, anda layak mendapat komisyen Top Up Tahap I. Pada tahap ini, anda layak mendapat komisyen Aras 1 (L1) sebanyak 6%, Aras 2 (L2) sebanyak 3% dan Aras 3 (L3) sebanyak 11%.
plan
2. Jika anda Top Up melebihi RM60.00 sebulan, anda layak mendapat komisyen Top Up Tahap II. Pada tahap ini, anda layak mendapat komisyen Aras 1 (L1) sebanyak 10%, Aras 2 (L2) sebanyak 3% dan Aras 3 (L3) sebanyak 13%.
planb
Jadi kalau anda sendiri merujuk kepada 10 orang dan kita anggap setiap orang gunakan prepaid RM30.00 sebulan, maka anda layak mendapat Komisyen Top Up Tahap I seperti berikut:

RM30.00 x 6% x 10 orang = RM18.00 komisyen anda di level 1
Sedikit kan? Kalau setiap orang yang anda ajak pun ajak 10 orang, ianya akan jadi begini:

RM30.00 x 3% x 100 orang = RM90.00 komisyen anda di level 2
Woops. RM108… SEBULAN. Tapi itu MASIH LAGI sedikit. Bagaimana kalau setiap orang di atas pun ajak seramai 10 orang? Jawabnya anda akan mendapat:

RM30.00 x 11% x 1000 orang = RM3,300.00 komisyen anda di level 3

Campur semua sekali anda dapat RM 3,408.00 sebulan!!!

Itu hanya contoh mudah dengan penggunaan cuma RM30.00 sahaja. Jika anda menggunakan prepaid melebihi RM60.00 sebulan, anda layak mendapat Komisyen Top Up Tahap II. Pada tahap ini, anda berpeluang untuk mendapat komisyen sehingga RM8,040.00 sebulan!!!

Bayaran Bonus & komisyen diatas akan dilakukan 3 kali dalam sebulan, sila lihat pelan pemasaran.

Bayangkan anda tak perlu susah payah Top Up untuk mereka tapi anda masih lagi boleh mendapat komisyen. Duduk di rumah, tengok TV tapi duit masuk ke kantung anda setiap masa.

Mudah bukan?

Bagaimana pula dengan cajnya? Adakah lebih tinggi daripada telco lain? Tidak sama sekali…

Kadar panggilan kami ialah 28 sen seminit ke semua rangkaian. Yang lain-lain menawarkan kadar panggilan sebanyak 36 sen hingga 39 sen seminit.

INGAT! Anda tidak perlu menukar nombor anda untuk menggunakan Tune  Talk ini. Tidak sama sekali. Mari kita lihat apa yang akan anda dapat jika menyertai program ini:
Laman web untuk anda menaja secara online atau SMS
www.TalkFree2u.com/UsernameAnda
SIM Kad Tone Excel – WOW dengan tersedia nilai kredit RM30.00
Percuma perlindungan PA Insurans bernilai RM100 ribu
Tiket penerbangan percuma dari AirAsia
Pendapatan lumayan secara pasif dan berterusan setiap bulan







TTPoints








Hubungi saya untuk pendaftaran. Ambil masa untuk anda berfikir dan mencari maklumat untuk mengkaji sebelum mengambil tindakan bijak ini. Tetapi jangan ambil masa terlalu lama sehingga anda ketinggalan.



Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL


Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

 

Friday, 6 December 2013

Hilang yang lama, Berganti yang baru

Assalamualaikum w.b.t

Setiap suatu perkara yang terjadi kepada kita pasti ada hikmahnya. Sesuatu yang hilang pasti akan berganti. Dan mungkin benda yang diganti itu adalah yang lebih baik dan lebih sesuai untuk kita.
Ingat sahajalah Allah yang maha berkuasa.

Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah saya telah kehilangan nombor telefon lama saya iaitu 013-3266935. Bukan erti hilang yang sebenar tetapi masih boleh digunakan cuma sudah rasa tidak seronok kerana setelah bertukar ke tune talk, nombor tersebut telah salah didaftarkan kepada penaja yang lain. Yang mana sepatutnya suami saya yang akan menjadi penaja saya tetapi semasa tersilap taip no penaja iaitu sepatutnya 192 222 tetapi tertinggal satu nombor 2 di belakang menjadi 192 22 maka automatik saya berada di bawah penaja yang kami sendiri pun tidak kenal.

Maka di sini, boleh nampak yang sistem pendaftaran Tune Talk tidak berapa selamat lagi jika kita tersalah taip, Sebab itu sebelum hantar sms semasa pendaftaran tersebut, perlu periksa dan double check supaya tidak berlaku kecuaian seperti ini. Di sini  saya nak tegaskan kepada sistem Tune Talk mungkin boleh diperbaiki dengan menghantar sms pengesahan sebelum diteruskan untuk pendaftaran, ini bertujuan untuk menggelakkan kesalahan seperti ini terjadi.


Tetapi apa yang digantikan adalah saya mendapat nombor yang cantik iaitu 011-15106935
yang mana pangkal awal nombor adalah tarikh lahir saya iaitu 1510, 15 haribulan Oktober dan empat nombor yang di akhirnya adalah nombor yang sama seperti nombor telefon yang asal. Jika anda perasan, nombor yang saya gunakan untuk bisnes iailah 010-9336935. Juga akhir nombor sama seperti nombor yang asal dan nombor yang baru.

 Alhamdulillah, perasaan saya yang sudah sedih kerana nombor lama hampir hilang sudah bertukar gembira kerana mendapat nombor yang cantik. Mungkin sudah sampai masa saya bertukar ke nombor yang baru sempena nak masuk ke tahun baru.

Sekian cerita saya mengenai hilang yang lama berganti yang baru.



Bagi anda yang nak buat Tune Talk, jangan segan silu, hubungi saya. Saya sudah tidak sabar untuk menaja anda semua.




Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah









Thursday, 5 December 2013

Ketenangan Milik Kita Kurniaan Allah, pencipta kita


 Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah masih diberikan nafas yang baru pada hari ini. Masih ada banyak idea yang sedang bergerak di dalam kepala, harus segera dicurahkan di atas sekeping kertas atau ditaipkan pada blog untuk dijadikan satu entri sebelum ia lenyap begitu saja tanpa ada catatan sebagai sumber rujukan pada masa yang akan datang.



Hari ini suasana tenang dan aman tanpa sebarang gangguan. Lihat sajalah sepanjang perjalanan ke tempat kerja, hijau mata memandang. Kereta pun hanya jarang-jarang sahaja. Tidak terlalu sibuk dan tidak terlalu lenggang. Bila menghadapi suasana begini, kita akan berasa hidup ini lebih nikmat dan fikiran akan tenang, maka banyak aura positif datang ke dalam diri.

Harus diingatkan kembali apa tujuan asal kita sebagai manusia dihidupkan di dunia maya yang hanya sementara ini. Tidak lain dan tidak bukan sebagai khalifah dan sebagai orang asing, peminjam kepada benda yang hanya sementara kepunyaan kita. Akan dipulangkan atau diambil kembali bila tiba masanya nanti.

Maka ingatkan kembali diri kita, buatlah sekadar yang mampu untuk hidup di dunia ini, jangan terlalu mengejar dunia maka ditinggalkan akhirat yang akan kita hidup di sana selama-lamanya. Ingatkan kembali diri kita, carilah sekadar keperluan, jika dapat lebih, maka gunakan kepada jalan untuk menuju ke akhirat. Jangan terlalu malas, mungkin kita sebagai orang tengah yang Allah turunkan untuk mendapatkan rezeki bagi kegunaan orang lain. Banyakkan sedekah akan rezeki yang kita perolehi.

Sudah panjang menulis, saya sebenarnya ingin mengajak semua pembaca blog saya supaya kembali kepada fitrah sebagai manusia, selain itu tujuan asal adalah ingin mengambil langkah mudah untuk memperkenalkan tune talk iaitu salah satu syarikat telco yang menyediakan program referral untuk keuntungan kita sebagai pengguna telefon bimbit prabayar.



Jika anda ingin ketahui secara lanjut, boleh hubungi saya tanpa ada segan silu, in shaa Allah saya suka untuk berkongsi apa yang saya rasa baik untuk saya, maka baik juga untuk anda. Semoga Allah memberi masa dan ruang untuk saya bercerita kepada anda semua.

Sekian.


 
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)

 Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti

 Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah