Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday, 19 August 2013

Jagung Pilus...Kegemaran Ramai

Assalamualaikum w.b.t,

Anda mesti masih dalam mood raya lagi bukan, walau dah lebih kurang seminggu mula bekerja
semula.

Saya di sini ingin atau masih lagi buka jualan untuk juadah hari taya iaitu Jagung pilus yang jarang sekali kita dengar namanya.
Sekali cuba, rasa nak makan lagi. Sebab tarikan sedap nya itulah saya berani nak menjual nya dan berkongsi dengan pembaca sekalian.

Ia merupakan makanan ringan seperti keropok atau jajan yang selalu kita beli tu.

inilah rupanya jagung pilus


Rupanya berbentuk kacang  kuda tetapi ia bukan lah kacang. Ia dibuat dari tepung jagung sebagai bahan utama. Di adun dengan rempah dan ramuannya menjadikan ia sangat rangup dan sedap dimakan.

Anda nak cuba? Boleh order dengan saya.
Harganya amatlah murah...dijual dengan dua pilihan pek setengah kilo dan pek sekilo.
Jangan lupa untuk yang tinggal jauh..boleh di pos juga.

Boleh hubungi saya, Wan Rokiah

 
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog : wanrokiah.blogspot.com
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Kedaionlinecikroki

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357

Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti



Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Sunday, 18 August 2013

Petua Minyak Zaitun

Assalamualaikum w.b.t,

Anda selalu atau pernah masak gulai lemak?
anda menyukai gulai lemak?
selalu makan di kedai-kedai @warung-warung ?
Atau suka masak sendiri?



Saya ada petua sedikit yang mana saya dapat dari seorang kakak yang menjual barangan dari Timur Tengah. Ceritanya semasa saya dah kehabisan minyak zaitun botol kecil, jadi saya mencari nya untuk membeli, terus botol besar. Semasa membeli tu lah kakak yang jual tu bercerita.

Dia cakap masa masak gulai lemak, lepas siap dan padam api, curahkan sedikit minyak zaitun di atas gulai. Ini untuk menjadikan lemak dari gulai lemak itu tidak akan menjadi kolestrol dalam badan kita.

Jika diikut dari segi sains kimia, kira juntaian atau ikatan lemak tepu daripada santan itu akan terurai, sebab itu tidak akan jadi berkolestrol. Betul ke wahai pakai kimia sekalian?

 

Boleh cuba lah lepas ni. Tak pasti pula jika masakan lain yang menggunakan santan boleh gunapakai petua ini atau tidak. Cuba lah dulu, kemudian komen di sini.

Ok itu saja entri kali ini.

Sekian.......

Sumber gambar: dari google

Saturday, 17 August 2013

Jadual minum Aura White

Ok entri kali ini adalah berkenaan jadual atau schedule untuk minum Aura White di musim bukan bulan Ramadhan.

Bagi sesiapa yang telah mengambil dan minum Aura White semasa bulan puasa mungkin jadual minum nya agak berbeza dengan sekarang. Agak lari sedikit jadual nya.

Kerana pada saya juga semasa bulan puasa amat mudah kerana masa makan hanya pada waktu berbuka dan sahur sahaja yang mana semasa waktu tersebut perut kita sememangnya kosong dan sangat sesuai di minum Aura White ini.

Jadi semasa di bulan bukan puasa, masanya yang sesuai di minum adalah seawal bangun tidur, perut kosong masa itu. Yang kedua adalah jam 10 atau 9 malam, setelah 2 jam kita makan malam. Pastikan selepas makan berat, jangan makan-makan lagi. Ini penting untuk pastikan perut benar-benar kosong, untuk mudahkan penyerapan khasiatnya.

Untuk mendapatkan Aura White, anda boleh hubungi saya :

 
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog : wanrokiah.blogspot.com
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Kedaionlinecikroki

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357

Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti

 
Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Berita baik untuk anda..sekarang tengah harga promosi RM110 (tanpa kos pos)...harga sebenar RM150...cepat-cepat dapatkannya sekarang.



Friday, 16 August 2013

Raya 2013

Allah, Allah, Allah...........

Tidak tahu kenapa raya tahun ini adalah amat teruk dalam sejarah setelah berkeluarga ni, bukan apa, tahun ni paling sedikit ziarah keluarga dan saudara, rumah makcik saudara sebelah rumah pun tak naik jenguk dan bersalaman.

Hanya beraya pertama di rumah jiran terdekat di sebelah suami. Pagi raya naik turun, naik turun itu pun kurang dari sepuluh buah rumah.

Pagi raya kedua dah balik rumah sendiri, anak kecil asyik tidur-tidur, tak kan nak pergi beraya tanpa bawa dia pula kan, Jadi semua sekali tak pergi beraya. Saudara-saudara terdekat pula dah datang beraya semasa kami di rumah sebelah suami, Makanya tak dapat lah berjumpa dan bersua muka.

Raya ketiga, plan asal nak berkunjung ke rumah kawan-kawan terdekat pun tak jadi. Hanya ikut mak pergi kenduri kahwin saudara terdekat saja yang rumah dia pun dekat juga. Hanya sebuah rumah, sempat lah bertemu muka ramai saudara di sana.

Diharapkan raya tahun depan atau raya haji nanti dapatlah bertemu. Sebab plan nya memang nak balik beraya lagi nanti. In shaa Allah.....dengan izin nya jua.

Thursday, 15 August 2013

Bajet lariiiiiiiiiii..........

Assalamualaikum w.b.t,

Pasti sudah ramai yang balik bekerja semula seperti biasa, cuma mungkin jemputan ke rumah beraya belum habis dan belum surut, makanan dan juadah raya juga masih banyak.

Bagi yang baru mula bekerja hari ini setelah bercuti panjang, moga dapat siapkan semua kerja-kerja dengan segera supaya tidak makin menimbun.

Bagi surirumah pula mungkin lagi sibuk mengemas rumah dan memasak juadah jika tetamu ingin berkunjung ke rumah tak kira siang atau malam. Apa pun kisah nya hidup perlu diteruskan.

Berkisar tentang bajet lari ialah, semasa sebelum raya rasanya banyak duit yang ada dalam simpanan,  dompet pun penuh saja. Tinggal lepas raya, duit makin menyusut, tinggal sedikit dan dompet makin nipis. Tunggu gaji lah untuk menjadi penuh semula. Bagi mereka yang tiada pendapatan tetap, mungkin akan keluarkan simpanan lama atau pinjam dengan keluarga terdekat.



Apa pun sepatutnya, di kaji semula kenapa bajet boleh lari, apa punca dan penyebabnya??
ini untuk pastikan tidak akan berlaku lagi di kemudian hari.

Seterusnya jika sudah tahu sebabnya, maka langkah penyelesainya boleh dilakukan, dirancang dengan teliti.



Bagi saya, bajet saya kali ini lari adalah kerana mood beli baju baru. Banyak baju baru yang dibeli bukan  sahaja untuk pakai raya tapi untuk pakai harian. Agaknya musim beli baju baru padahal ni musim raya.

Penyudahnya, duit abis, bajet lariiiiiiiiiiii..........


Tapi Alhamdulillah bagi saya, masih ada simpanan untuk sisa-sisa hari sebelum gaji, tak perlu keluarkan simpanan lama, tak perlu meminjam.


Sekian..........

Sumber gambar: dari google







Wednesday, 14 August 2013

Sampul Duit Raya Upin Ipin

Alhamdulillah dan syukur kerana masih diberi kesempatan untuk saling berkongsi cerita di ruangan ini.

Assalamualaikum w.b.t,

Dengar atau baca saja sampul duit raya pasti semua nak kan terutama anak-anak kecil, dengar dan tengok lagi sampul nya ada gambar upin ipin pasti lagi berminat kanak-kanak nya. Sebab pendek kata cerita upin ipin digemari oleh siapa saja. Bukan saja anak-anak kecil @ kanak-kanak tetapi orang dewasa macam kita pun layan.

Sampul duit raya dan duit nya, sikit jer


Ok cerita baik punya, beli sampul ni di pasaraya Mydin sahaja, terkebetulan datang membeli barang kelengkapan raya dan barang keperluan rumah. Ini bukan saya yang jual ya, jika berminat nak beli pun ok tapi saya buat bisnes untuk tahun depan pula lah yer. Kira pembaca kena order awal-awal dengan saya sebagai pre-order.

Saya beli sampul raya ni 1pek besar RM12 ada10 pek kecil di dalam nya. Dan 1 pek kecil ada 10 sampul duit raya Upin Ipin. Jika anda beli satu dapat harga RM10 untuk 1 pek kecil dan 10 sampul raya. Maka jimat lagi beli secara borong.

Layan gambar dulu, kali ini pun ank sulung saya rajin menolong untuk memasukkan duit raya dalam sampul upin ipin. Tapi berapa keping sangat lah yang ditolong nya. Selebihnya dibuat main.

Rajin menolong mama


Ringkas saja entri kali ini. Hanya perkongsian biasa. Jika ada lain masa, saya akan berpanjang lebar lagi, mungkin lebih ke arah bisnes.

Sekian...........

Duit raya dah siap isi

Tuesday, 13 August 2013

Tuai Hasil Tanaman

Assalamualaikum w.b.t

Nak cerita kisah sehari sebelum balik kampung, dikerjakan laman depan rumah oleh Cik Abe saya,
segala pohon dan rumput rampai, lalang dibersihkan, sampahnya dibakar dan dibuang.

Habislah hasil tanaman, nasib baik masih ditinggalkan baka,
Kalau anda masih ingat saya ada ceritakan kisah sebelum ini yang tanam pohon yang boleh tuai hasil.
Masih ingatkah?

Hari ini, terkejut bila balik rumah segalanya dah licin tinggal sedikit saja, konon bersih satu laman, habis daun pandan dipotong dan diberi jiran, ada simpan sedikit untuk dibawa balik kampung.

Sudah lama sebenarnya kerja-kerja ini ingin dilakukan tetapi asyik tertangguh disebabkan banyak urusan lain dan juga penyakit M melanda.

Layan gambar dulu
..
Tinggal sepohon serai

Kecik saja pohon daun pandan yang tinggal

Jika dibandingkan dengan yang dulu,


Entri ringkas sahaja kali ini, semoga makin ramai yang suka menanam dan dapat menuai hasil kemudian nya.

Sekian...

Monday, 12 August 2013

Cabaran sebagai Peniaga

Langit tak selalu Cerah...
kadang mendung, redup dan lagi parah hujan...
tapi Hujan adalah rahmat...

Sekadar perkongsian kali ini, teringatkan lagu Nasyid dari kumpulan Hijjaz.

Lirik Nasyid Lukisan Alam – Hijjaz

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan


Cabaran memang tak boleh lari dari sesiapa pun, apa jua pun yang kita lakukan.
Cabaran sebagai peniaga lagi getir, sebulan pertama Alhamdulillah segalanya baik dan nampak berjalan seperti yang  diatur dan dirancang. Masuk awal bulan kedua masih Ok, bila dah dekat masuk bulan ketiga, semakin banyak cabaran yang perlu dilalui.




Bermula dengan cabaran pertama yang memang menguji tahap kesabaran yang tinggi,
apabila saat akhir, pelanggan yang memang pesan barang telah batalkan pesanannya padahal semuanya kita telah siapkan, cuma tunggu barang dan masa nya tiba sahaja untuk diagihkan.
Allah masih menyayangi, nasib baik ordernya tak banyak, hanya sedikit sahaja.

Cabaran kedua apabila barangan yang dipesan tidak kunjung tiba seperti masa yang dijanjikan, Menanti dan terus menanti, terpaksa sentiasa bertanya untuk tahu keadaan sebenar (follow up). Nak mengharapkan orang atau pembekal tersebut info, memang tak lah. Kita perlu tahu perkara sebenar kerana kita sudah berjanji denggan pelanggan kita, perlu info kepada mereka supaya tidak terus menunggu tanpa berita. Akhirnya penantian tiba.




Yang ketiga dan paling terbaru adalah paling pedih untuk dikenang tetapi perlu dicoretkan di sini sebagai pengajaran untuk saya dan rakan seperniaagaan yang lain. Apabila kita ditikam dari belakang oleh kawan sendiri yang sama-sama menjual produk yang sama. Cerita lanjut tidak perlu dihurai di sini. Tetapi bila sekali terkena, ia mengajar kita untuk lebih berhati-hati dan perlu beringat supaya tidak terkena untuk kali kedua. Yang paling penting ia menjadikan kita lebih mengenal siapa musuh di dalam selimut.

Pesan saya di sini, biar siapa pun dia, ingatlah..apa yang dia buat itu salah dan sangat tidak betul, kita tidak perlu guna cara kotor untuk berniaga. Bersaing lah secara sihat. Tolong menolong itu lebih utama. Lebih rasa seronok disitu bila kita bekerjasama dan saling membantu, kita dapat tambah nilai hidup orang lain dan jadikan ia lebih bermakna untuk diri sendiri dan orang lain.




Pesan guru saya, abaikan orang sebegini kerana dia adalah makhluk perosak dalam perniagaan. Kena abaikan dia dan jangan berurusan lagi dengan dia. Tak perlu gaduh-gaduh, diam itu lebih baik. Doakan dari jauh moga dia sedar diri dan mohon maaf.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan menunjukkan jalan kebenaran kepada kita semua.

Amin




Bersabar dan Solat lah..
Ada penyelesaian di situ..