Jika anda masih ingat yang saya dah pernah kongsikan cerita untuk kurus pada tahun 2015, boleh baca semula entri lama di sini , pada tahun lepas saya kembali semula turun KG sebanyak 10. Bukan 10gram tapi 10KG lebih kurang lah kan, berat saya tak naik tinggi, tapi jika dah lebi 60Kg memang badan minta berbuat sesuatu sebab tak selesa dan akan ada masalah kesihatan yang tak disangka.
ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH, atas bimbingan hebat seorang jurulatih yang dah 13 tahun berkecimpung dalam bidang menurunkan berat badan dan menyahkan lemak jahat dalam badan manusia yang obesiti, saya kembali slim semula. Dengan berat 52kg, 53kg sekarang ini, banyak perkara yang saya boleh lakukan.
Paling penting, saya ada ramai kawan yang positif dan berfikiran yan sama seperti kami. Kami berjuang untuk slim kerana kami sedar nilai kesihatan . Kami sedar kegemukan itu punca segala penyakit, walaupun kalau kurus pun, penyakit tak terkecuali. tetapi dengan menjaga makan, jaga apa yang masuk ke dalam mulut dan perut kita menyebabkan kita menjadi orang yang berdisiplin dan mementingkan kesihatan.
Tak percaya bila lihat gambar sebelum, oh besarnya |
Cubalah dan anda pasti dapat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment