Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday, 31 March 2019

MATLAMAT MESTI JELAS [BIG]

Assalamulaikum w.b.t,

Untuk persekitaran kita berubah,kita yang dulu kena berubah. Kita kena ada matlamat yang jelas untuk apa hidup ini. Macam saya, memang dah cuba buat bisnes MLM, dan ini adalah syarikat ketiga dan saya tetapkan matlamat untuk tidak beralih arah lagi. Sebelum ini dah cuba syarikat yang lain mungkin bukan rezeki dan bukan jodoh saya dengan perniagaan tersebut. Tapi kata orang jika dah minat,tak ke mana, mesti akan terpalit juga, dari pengguna kepada pengkongsi cerita kebaikan hasil guna dan terus jadi pengedar, penjual dan mudahan jadi jutawan produk. Insha Allah.

Sedikit perkongsian pagi ini untuk sama sama kita baca dan renung dalam kehidupan kita.

B Book (Buku)
I Individu (Perseorangan)
G Goal (Matlamat)

Banyak perkara yang perlu kita buat untuk berubah. Kena ubah beberapa perkara.
Pertama sekali kita kena keluar dari zon selesa kita. Memang akan jadi cabaran kepada ramai orang tapi bagi kita yang ingin berubah, ia mesti.

Buku
Kena rajin membaca buku, kaji dan belajar. Sentiasa baca buku motivasi dan kisah kejayaan orang. Tak dapat baca, dengar kaset,CD, youtube untuk naikkan motivasi dalam diri. Cari kisah kejayaan orang terutama dalam bidang yang kita nak berjaya. Banyak ilmu akan menjadikan minda kita kuat. Perlu sangat bila ada cabaran, ada tentangan dan penolakan dari orang sekeliling. Benda-benda ini akan kuatkan kita di saat orang terdekat kita tak dapa bantu kita pun, tapi kita kuat sebab kita tau matlamat kita jelas. Memberi kita kekuatan.

Masa awal-awal, mesti susah. Tapi jika dah tau untuk berjaya kita mesti berubah, maka kita haruslah berubah dan lakukan perkara ini.

Individu
Kena ikut orang yang dah berjaya dah dapat, kena ikut cara orang yang dah berjaya, orang yang telah berjaya. Kena ikut sikap dan cara orang yang dah berjaya, kena rapat dengan orang yang dah berjaya dalam bidang yang kita mahukan. 
Contoh kalau kita berkawan dengan ustaz, 1 hari orang akan panggil ustaz. macam berkawan dengan penjual minyak wangi, kita sekali terpalit bau wangi.

Goal (Matlamat)
Jika ada matlamat, kita ada perancangan.
Contoh: matlamat kita nak balik kampung, awal pagi jam 7am. Jadi malam dah sediakan semua kelengkapan untuk balik pagi. Pagi esoknya kena bangun awal untuk bergerak jam 7am.
Untuk berubah mesti ada gol, ada matlamat. Kena setkan matlamat, sekecil mana pun malamat, mesti tulis dan setkan gol, plan untuk capai.

Jadi mulai hari ini setkan gol, dan teruskan dengan individu dan buku.
Ikut saja 3 perkara ini, berubah dahulu dan akan berjaya. Kejayaan akan menyusul selepas kita berubah.

Sekian dulu.

Seperti biasa, jika anda nak join Bisnes bersama dengan saya atau membeli produk jualan saya, sangat dialukan. Semoga dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment