Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday 13 July 2013

Makan Nasi Ayam di Tat Nasi Ayam

Assalamualaikum w.b.t


Saya ingin berkongsi satu tempat makan di bandar baru bangi, bukan selalu dapat makan di luar, Biasanya masak di rumah. Jadi kali ini semasa dapat makan di luar, kita ambil gambar puas-puas...niat pun sebab nak kongsi di dalam blog ini.

Seronoknya dapat makan nasi ayam, sebelum ini pernah lalu depan kedai semasa tengahari, terjumpa kawan sekerja sedang makan, saya hanya dapat hidu bau je lah. Bau nya memang wangi dan teringat-ingat, dah rancang dengan Cik Abe nak pergi semasa hujung minggu tapi tak jadi.

Jadi ambil kesempatan semasa adik datang dari kampung, pergi sekali dengan dia. Bawa anak-anak sebab Cik Abe kerja balik lambat, hanya bungkuskan untuk dia saja lah.

Layan gambar dulu, dah balik kerja, solat asar di rumah dan terus ambil anak kecil di Taska. Si abang nya maksu dia ambil dah.

 Semasa dalam kereta menuju ke Restoran Tat Nasi Ayam, maksu sabar melayan kerenah ini budak 2 orang.


 Main Kamen Raider yang baru dibeli,

 Nah abang bagi mama Kaimen Raider hijau sekor..



 Menunggu dengan sabar pelayan datang ambil pesanan, tidak terlalu lama menunggu sebab kebetulan tak ramai pelanggan, pekerja pun agak ramai, yang nampaknya semua dari negara seberang.








 Antara menu yang sempat di ambil gambar (snap photos), senang untuk rujukan di masa kan datang dan untuk tatapan anda semua.


 Mana pelayan ambil pesanan ni belum sampai-sampai

 Ya kakak, saya nak bubur tuk budak kecik ada?

Yey, makanan saya dah nak sampai. Seronok nya dia boleh keluar jalan-jalan walau keluar makan jer pun.
Biasa rumah, taska, rumah, taska.




Ini antara makann yang kami pesan 2 pinggan Nasi Ayam, 1 pinggan spagetti meatball dan minuman. 


 Yang ni bukan makanan kami order tapi memang dah siap ada di atas meja, cuba teka ada apa di dalamnya?? hehe
Taraa...ada sudu dan garfu, pertama kali nampak bekas macam ni di kedai makan. Teratur dan kemas.

Ini adalah gambar kedai makan atau restoran Tat Nasi Ayam, yang baru di buka di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, berhampiran bulatan untuk ke tol bangi. Dekat juga dengan UKM.


Semasa nak masuk jika dari UKM selepas bulatan, berdekatan stesen minyak Petronas.

Ni alamat penuh nya:
Restoran Tat Nasi Ayam,
Seksyen 15  
Bandar Baru Bangi,
Selangor.


Satu saja kelemahan Restoran ni adalah cashier nya atau juruwang nya jarang ada di kaunter, kadang nak bayar kena tunggu lama. Atau memang nak bagi pelanggan datang makan percuma kot, lepas makan terus balik.

Harap jika pihak pengurusan Restoran Tat Nasi Ayam ada terbaca, boleh lah perbaiki kelemahan ini untuk kemajuan perniagaan nya.

Sekian








2 comments: