Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday, 20 March 2019

Tandas Bersih Dengan LOC

Assalamualaikum w.b.t,

Kesan lama dari tandas agak bersih selepas 3kali penggunaan LOC, caranya mudah saja, tuang LOC dan biarkan sementara. Kemudian gosok dengan berus tandas.
Kesan lama tersebut hilang sedikit demi sedikit.

Setelah 3 hari saya ulang Cuci, kesan hitamnya dah berkurang dan nampak. Semakin bersih (seperti dalam gambar )

Boleh nampak perbezaan sebelum dan selepas LOC


Ini dia LOC kesukaan ramai
Jika ada anda di luar sana yang sedang mencari dan nak dapat kan LOC, boleh hubungi saya 0109336935. Saya agen di Bandar Baru Bangi, Kajang dan Putrajaya. 

Kalau anda salah seorang yang nak jadi ahli di bawah pasukan saya, boleh juga terus daftar dan dapat kan Kelebihan sebagai agen. 

Sekian.


Monday, 18 March 2019

Nasi Himpit Noxxa

Assalamualaikum w.b.t,

Kebetulan hari cuti dan niat nak masak Nasi bubur untuk si Amin. Jadi saya ambil 1 pot beras dan basuh bersih. Saya gandakan dua air dan masuk kan ke dalam periuk noxxa. Saya set kan 20HP bermakna 20minit dengan tekanan tinggi.

Bila dah siap, periuk akan berbunyi bip bip bip dan inilah masanya untuk Off kan periuk dan lepas kan wap melalui tombol periuk. Nasi masak elok dan saya ceduk ke dalam bekas freezer mate yang dah dilapik Plastik sambil tekan rata Nasi ke dalam bekas.

Ada lebihan sedikit, Saya tinggalkan untuk Si Amin dan yang lain memang di jadikan Nasi himpit. Simpan dalam peti semalam an.

Dan paginya boleh dipotong elok. Cantik kejadiannya. Saya guna beras Faiza. Sedap dimakan dengan kuah kacang.



Gabungan yang menjadi
Anda boleh la mencuba ya. 

Mulai Mei tahun ini  Periuk noxxa versi baru akan berada di pasaran dengan harga baru dan fungsi tambahan yang baru juga. 

Jika anda berminat, boleh lah hubungi saya 0109336935 memalui what Apps atau call terus. 

Sekian.

Friday, 15 March 2019

Tandas baru

Assalamualaikum.w.b.t

Nak tunjuk tandas lepas siap baiki dan tukar mozek baru. Walaupun jiwa memang suka warna gelap sikit tapi kita ambil warna trendy yang mana seakan pasir warnanya. Niat di hati nak lantai epoxy tapi tak kesampaian sebab mahal dan tukang yang ini memang tak mahir untuk epoxy. Nak mudah kerja kita ambil yang mana mudah dan baiki secepatnya memandangkan nazak sangat lantainya dengan mangkuk tandas memang nak rebah bila duduk.

 Dah siap ni, alhamdulillah syukur pada Allah. Habis jua RM3K untuk siapkan, upah Indon dalam 2.5K dan lagi 500 beli sendiri cermin, sinki dan paip. Jubin lantai dan dinding juga sendiri beli tapi dlaam RM87.80 saja untuk jubin. Pilih yang tak mahal, asal selesa dan siap untuk digunakan.

Lantai bersinar kesan dari cahaya lampu

Bahagian lantai retak dah dibaiki sepenuhnya

Sini pun lantai retak dekat dengan lubang air sudah dibaiki

Cermin dan sinki dalam 100 lebih



Boleh lah kan dari dulu

Setakat ini memang rasa puas hati dengan tambahan sinki dan paip baru serta cermin penaik seri dan pembantu nampak luas.

Kalau nak tengok tandas asal, boleh tengok di entri yang lepas.

Sekian.

Thursday, 14 March 2019

Aloe Care untuk Jerawat dan Kulit Luka Terbakar

Assalamualaikum w.b.t,

Aloe care....
Testimoni kwn pakai kat hidung sebab luka gelupas, dia selsema teruk.
OK baik lukanya

Kawan laki naik jerawat, sapu kat jerawat, kesannya lega rasa sejuk-sejuk saja dan tak rasa sakit
Mengecutkan lepas beberapa hari

Aloe care ni campur dalam mask masa pakai sangat elok, melembapkan dan menyejukkan muka.


Saya ada jual aloe care ini sebab saya juga ada pakai.
Satu saya memang beli dan tingalkan di pejabat tempat kerja
Dan satu lagi untuk di rumah, bila anak ada luka senang terus sapu selain ada losyen Allano di rumah.

Sekian dulu.

Tuesday, 12 March 2019

Beli Belah untuk Kenduri Kesyukuran

Assalamualaikum w.b.t 

Beli belah barangan basah dan kering untuk kenduri kesyukuran di rumah. 
Plan buat solat hajat dan bacaan doa selamat 2 Mac 2019.  Panggil jiran baru dan jiran lama serta orang surau. Target tak ramai tapi yang datang Alhamdulillah penuh rumah untuk solat hajat. Ramai orang surau, adik beradik, kawan dan jiran yang datang solat dan meriahkan majlis.

Plan asal memang upah orang masak dan tempah siap nasi dan lauk tapi saat akhir,caterer ada hal peribadi dan tak dapat masakkan, nasib baik mak memang pandai dan berpengalaman lama dalam masak memasak kuantiti banyak. Dah selalu buat makan di kampung masa kenduri dan mak masak sendiri saja. 

Alhamdulillah syukur dipermudahkan. 

Mak suruh beli 12kg gula


Beli salad, cawan dan tisu juga


Panjang bil,nanti claim dengan En Suami

Dari kerja penuh sehari,saya minta cuti separuh hari dan balik segera untuk beli ayam dan lauk pauk, bawang semua untuk masak sendiri. Balik rumah, hantar barang dan terus siapkan bahan-bahan untuk masak memasak.
Keluar cari air batu dan beli tong polisterene untuk isi lauk basah sebab peti sejuk kecik saja dirumah.

Ikuti sambungan masakan dan persediaan memasak di lain entri ya.

Sekian dulu buat masa ini.

Monday, 11 March 2019

Jubin Tandas Pecah

Assalamualaikum w. b. t,

Dah nasib badan kan nak buat cam mana banyak yang rosak dan nak kena baiki.
Kita buat sikit sikit ikut yang mampu.

Allah tak kan menguji hamba lebih dari kemampuan diri. Jadi bertabahlah.

Dapat lantai tandas yang dah pecah umpama remuk hati seorang manusia. dah hancur dan sangat bahaya juga jika masih guna dan biarkan saja.
Lubang tandas pula hitam berdaki kesan lama yang tak dicuci. Tak pasti ini dari kesan penghuni yang pertama dulu atau kedua, tapi apa-apa pun kita akan usahakan supaya takkan kekal begini.






Pam tandas dah rosak juga, mungkin sebab tandas lama. Seingat saya tandas rumah lama jika ikutkan lagi lama sebab guna yang seramik, dan rumah baru ini sudah pun ada yang plastik cuma dah nampak kronik keadaannya.

Jubin pula nampak seakan seperti ingin dibaiki sebab sudah ada warna merah jubin yang lain dari asal warna biru keciltapi tak sempurna dibaiki atau dalam proses tapi tak sempat nak siapakan semuanya,

Tak apalah, kita pujuk diri dan terima apa adanya. Ada rezeki kita buat lebih elok, lebih cantik dan lebih selesa. Insha Allah.

Sunday, 10 March 2019

Racun Rumpai

Assalamualaikum w.b.t,

Baru saja beli 1 botol racun rumput, dah habis dan kena beli 1 botol lagi yang 1L. Kali ini beli terus 2 botol sekali dengan penyemburnya. 1 botol untuk mak di kampung. Katanya nak guna untuk sembur lalang dan rumput di sekeliling rumah di kampung.

Masa beli 1 botol dulu, suami saya dah sembur sekeliling rumah tapi tak cukup untuk semua rumput di laman rumah.
Ada Tinggal setumpuk rumput yang tak disemburnya.

Dulu beli yang botol biru yang mana racunnya cepat saja matikan rumput dan kuning semuanya namun cepat naik balik.

Kali ini beli yang hijau roundup namanya, kata pekedai, ini kuat dan akan matikan akar rumput sekali padahal harganya lebih kurang saja dengan yang botol biru.

Racun rumput

Kena baca dulu maklumat

Ambil tahu cara guna
Walau sang suami yang akan racun dan guna sembur racun ini, tapi tak salah kita baca dan ambil tahu cara guna. 

Sebenarnya pun saya dalam proses belajar untuk sembur dan buat sendiri. Sebab kadang kala rasa susah hati bila minta tolong orang lain walau pun suami sendiri. Kita jenis yang nak cepat dalam segala hal. 

Cukup lah dulu cerita berkenaan racun untuk hari ini. 

Nanti ada masa, kita update pasal rumput yang dah kering dan mati. 

Sekian. 
Salam hujung minggu.


Saturday, 9 March 2019

Cerita Lama

Assalamualaikum w.b.t 

Saya pernah tulis cerita ini pada tahun 2016 di laman muka buku dan sekarang ulang tayang. Bila saya baca dan berulang kali memahami, Saya sebak. Ya inilah saya. Impian saya dari dulu.

Yang tak boleh duk diam dan buat 1 kerja sahaja. Mesti nak buat dan buat.. Mesti nak kongsi dan kongsi. Inilah saya.

Ceritanya :

Ada kawan saya berkata
Dah dah la kiah baik ko kerja saja, fokus pada kerja,
Tak yah dah lah bisnes2 nim
Sian aku tengok kau
bergegas situ sini
Gaji pon ok kan

Ya gaji tersangat OK selagi bos mau kau
jika bos dah tak nak lagi atau syarikat bagi kata putus bye2-maka nya?

Jika fikir nak rehat, nak tenang-tenang saja tanpa usaha tambahan, memang boleh tapi tak ke mana,

Sekarang kita nak kesian diri kita atau kita nak cuba capai lebih dari apa yang kita dah ada, ilmu yang kita dah ada, ada baiknya dikongsi, bisnes yang kita buat selagi dapat bantu ramai orang, maka gunakanlah, kadang kita tak nampak itu semua adalah sedekah, dan ada imbuhan pahala disebaliknya
Nak pahala bukan sahaja duk surau/masjid mengaji dan beribadah tetapi ada banyak perkara lagi jika ia benar-benar memberi manfaat
Allahu, selagi hayat dikandung badan, selagi ada kudrat untuk berbakti
ya akan saya teruskan

Ayuh geng, ayuh sahabat jika ingin bersama menyumbang tenaga dan akal fikiran

Sebab itu apa yang kita tulis, Semoga bukan untuk diri kita sahaja tapi untuk Motivasi kan diri orang lain juga.

Sekian dulu.

Friday, 8 March 2019

House Meeting Pertama 2019

Assalamualaikum w.b.t 

Esok ya esok, Saya plan nak buat house meeting dengan ahli ahli dan jiran jiran serta rakan rakan yang terdekat. Jika ada yang berminat boleh juga join sekali.

Baru siap gantung magnetic whiteboard RM118. 50 beli di kedai buku dekat dengan rumah. Juga beli kipas besar RM185 untuk keselesaan semua.



Belum apa apa dah kena rasmi conteng conteng oleh budak Ammar

Esok ada yang nak datang sekali rasmi House Meeting pertama kita ke?
Jemput datang bagi yang berdekatan
Jam 9am sampai 11 saja

Wasap.my/0109336935/HouseMeeting
Sesuai untuk yang nak cari pendapatan tambahkan secara sampingan dan sepenuh masa
Nak tahu lebih lanjut pasal produk, marketing plan dan tips tips kejayaan, hidup bukan sekadar untuk di dunia Tapi di Akhirat yang abadi.

Wasalam

Monday, 4 March 2019

Saya ingin seperti dia

Assalamualaikum w. b.t,

Alhamdulillah permulaan yang baik untuk 2019. Badan baru yang lebih sihat dan bertenaga. Apa yang kita nak adalah energetic berterusan dan boleh laksanakan tugas sebagai seorang Muslimah yang baik.

Kena sentiasa ingat kata positif

Bertenang dan senyum saja

Dah 3 bulan baru nak publish sebab tak sempat nak fokus dan taip cerita ini. Sebenarnya dah banyak draft entri dalam blog, tunggu nak habiskan taip cerita dan publish.

Biar sedikit tapi kita nak konsisten menulis dan buat perkongsian yang baik baik saja.

Nak kembali fokus berniaga menggunakan medium blog dan kongsi perjalanan hidup yang baik sebagai bacaan di kemudian hari dan Semoga boleh menjadi panduan sesiap a saja memerlukannya.

Tajuk saya ingin seperti dia adalah nak jadi baik dan positif sentiasa seperti dia, buat dahwah secara halus untuk menjaga pemakanan walau ada juga rintangan orang takmau terima. Tapi kita teruskan niat untuk membantu mereka yang memerlukannya. Yang tak perlu, tak perlu lah buang masa.

Peribadi orang ini secara luaran nampak biasa saja tapi jauh setelah mengenali, umpama mutiara yang bersinar di celahan banyaknya batu batu. Hanya kita yang boleh menilai bila dah duduk dan bicara dari hati ke hati.

Semoga sukses sentiasa.
Saya akan cerita kan lain kali siapa dia Sebenarnya.

Bagi orang orang di kalangan kami, memang jadikan dia sebagai contoh teladan sebab hanya kami lebih mengenali.

Sekian dulu.

Sunday, 13 January 2019

Ubat gigi Glister

Assalamualaikum w. b. t

Bila dah jatuh cinta
Hari hari sampai barangnya
Ubat gigi dan berus gigi saja pun eh

Ajar dan ajak orang guna produk baik saja
Tambah mineral pada gigi dan tak menghakis sekaligus tak jadikan gigi hitam, gigi mereput
Pakai lah 1 tiub tahan 1tahun untuk 1 orang
Amalkan yang baik baik saja
Orang guna sampai mati dan sebarkan kebaikan dari kita bayangkan berpanjangan ilmu dan pahala itu
Nak ke nak
Cakap nak la

Kalau nak mai la hubungi kita dan kita ajarkan cara guna di samping boleh juga jana pendapatan.


Friday, 11 January 2019

Buat Kerana Apa?




Kena tanya diri sendiri
Kenapa buat?
Untuk siapa?

Ada kah kita buat untuk DUIT?
Dengan adanya duit, banyak perkara kita boleh selesaikan
Setuju?

Jika berjaya boleh buat apa saja
Nak beli rumah? 1 rumah 2 rumah
1 kereta 2 kereta
Dengan duit macam macam boleh buat

Semua kemahuan saja
Kalau kita bukan Anak raja, silakan buat

Buat untuk backup
Buat untuk diri sendiri, jadi mesti buat
Buat cara betul
💪💪💪

Tuesday, 1 January 2019

Guna Produk Kedai Sendiri : 2019 Tahun untuk Lebih Bijak

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat pagi semua,selamat tahun baru.
Apa kerja kita pada pagi ini? sesudah mengadap Allah yang satu dan buat ibadat kepada Nya, adakah kita sambung tidur, atau buka TV, FB baca berita semasa apa yang berlaku malam tadi dan apa yang berlaku kepada dunia pada pagi ini?
atau
kita memilih untuk menyendiri dan teruskan semangat bekerja untuk mencari lebih lagi. Allah bagi 10 pada kita dan kita berusaha mencari lagi 10. Allah suka akan hambaNya yang berusaha.

Bangun pagi, kebiasaan minum air dulu seteguk kalau tak dapat secawan pun.
Masuk bilik air, kita akan cuci muka dan gosok gigi. Gunakanlah produk kita sendiri, produk dari kedai kita setelah kita jadi ahli. Tak perlu keluar modal besar untuk beli dan guna produk kedai kita nim, sebab memang dah tersedia. Lepas gosok gigi, cuci muka dengan pencuci muka kedai kita juga.

Produk yang kita guna, beli sikit sikit

Glister, Artistry dan Satinique, terselit Amway Home


Lepastu syampu dan guna sabun mandian,gunalah produk kita juga. dah 5 produk pagi ini iaitu
1-Berus gigi Glister
2-Ubat Gigi Glister
3-Pencuci Muka Artistry
4-Syampu Satinique
5-Sabun G&H






Malah lebih dari 5 produk sebab ada cecair kumur mulut glister, mouth wash glister,
Dah siap mandi kita memang akan sapu roll on G&H, produk kita juga. Kemudian sapu muka dengan bedak CF Atistry. Cushion Foundation. Sebelum itu memang akan pakai toner, krim muka lah.malah setiap pagi memang lebih dari 10 produk amway (kedai kita) boleh gunapakai.

Dan bukan guna sekadar duit poket hangus setiap bulan camtu saja pada semua produk ini
 tapi kita boleh dapat bonus pada setiap tengah bulan. Caranya:

Nanti saya ajar dalam entri berikutnya. Kalauyang berminat nak tahu cara dan nak dapatkan duit atau income tambahan daripada produk yang saya katakan nim, boleh hubungi saya segera dan saya akan tunjuk cara, mudah ke mudah. Sangat mudah!

Berubahlah ke arah lebih bijak demi kehidupan kita dan keluarga kita. Jadilah pengguna bijak selamanya.




Sunday, 30 December 2018

Kurus Tak Bermakna Sihat Dalaman

Assalamualaikum w.b.t,

Gambar sekadar hiasan


Kurus tak bermakna sihat dalaman tau
Ada seorang kakak kenalan kita tu dia kalau kita tengok slim mlim comel dah
Dan katanya dia tak pernah gemuk pun
Tapi sejak umur 30an dia dah kena ambil ubat doktor sebab kolestrol tinggi
Tuan puan dan adik kakak tau ke apa tu?
Maknanya bacaan kolestrol tinggi dalam darah
Lemak dalam saluran darah,  yang kita tak nampak secara fizikal

Sekarang kakak kita tu umur nak cecah 50 tahun
1 bulan saja dia jaga makan dan diet nutrisi, dia buat pemeriksaan doktor semula, doktor terkejut dan kurangkan dos ubat kepada sedikit
Ini sebab bacaan kolestrolnya dah turun

Bukan nak menakutkan semua tapi inilah realiti hidup
Pentingkan kesihatan, jaga makan wahai pembaca sekalian
Buatlah pemeriksaan doktor secara berkala
Jangan terpedaya dengan perkataan gemuk itu ohsem lah
Bam bam itu comey lah
Kalau yang kurus boleh kena kolestrol tinggi, agak agak yang montel cam mana?

Saya pun suka buat pemeriksaan doktor secara berkala sebab nak tahu tahap kesihatan diri sendiri.
Pernah juga nak melebihi limit, masa ada anak 2 orang
Sampai doktor pesan, awak kalau tak jaga makan sikit lagi memang akan bergantung pada ubat doktor
Jadi? Sendiri mahu ingat dan insaf untuk jaga apa yang dimakan.
Kita adalah apa yang kita makan dan apa yang kita taknak makan

Setuju?


Sekian bebelan wan rokiah petang hari Ahad yang tenang ini. Terima kasih Allah. Terima kasih semua.

Terus Berusaha

Assalamualaikum w.b.t,

Hidup ini bukan sekadar untuk menangis dan menangis
Tapi berusahalah

Take action
Step no 1 must start

Anak anak kecil tak pernah berhenti mengalah
Bermain dan bermain
Mencuba setiap perkara baru setiap hari dan masa
Jadi kenapa kita dewasa nak menangis dan meratap
Hidup ini indah, carilah keindahan itu

Selamat pagi dan salam keceriaan
https://www.instagram.com/p/Br1E9yzg5yk/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1k2bhsap9powh


Mama dan anak anak soleh mama

Bakar Ayam Sekor dalam NOXXA @ Philips

Assalamulaikum w.b.t,

Saya teringat-ingat akan bau ayam bakar semasa kelas Bangi, mereka tunjuk demo menggunakan Air Fryer yang sedang offer sekarang, yang lebih kecil molek berwarna Green Mint dan sememangnya keluaran Philips juga, Ini salah satu barangan jualan saya. Jadi tanpa biarkan bau itu terus menghantui, saya ambil keputusan untuk beli seekor ayam,1 bii lemon dan cuba buat juga.



Resepinya Mudah
1 ekor ayam, tak perlu potong
1 biji lemon
Bawang putih
Lada hitam
Garam

saya tambah sedikit madu

Cara-caranya:
Tumbuk  bawang dengan garam sampai lumat, lada hitam memang saya dah ada yang siap sedia tumbuk, jadi perlu tambahkan saja, letak 2sudu madu dan perah lemon.
Ambil pes tadi lumur pada ayam yang dah siap sedia dicuci bersih. Saya perap 1 malam dan esoknya baru masukkan dalam Air Fryer.
Saya guna Air Fryer Philips Saiz XL, suhu 200C selama 10minit. Bagi ia garing diluar.
Kemudian saya pindahkan ke dalam Bread Maker Noxxa merangkap Oven yang boleh Broil ayam sebab saya nak ada jus yang keluar dari pes dan ayam itu sendiri. Saya biarkan lebih kurang 20-30minit. Bila masak, biarkan sejuk sekejap dan potong dengan gunting, memang rapuh sampai ke tulang. Sedap.

Seekor ayam tu boleh dimakan habis oleh beberapa orang saja, saiz ayam sederhana, 1kg lebih tapi tak sampai 1.5kg. Kebetulan masa ayam masak, ada tetamu cilik sampai rumah dan menjadi rezeki untuk menjamu mereka. Alhamdulillah.

Kalau ada yang berminat nak dapatkan Bread Maxer 3in 1 Noxxa atau Air Fryer Philips atau keduanya2, boleh hubungi saya segera ya.

Thursday, 20 December 2018

Ke Nursery Hujung Minggu

Assalamualaikum w.b.t,

Tengah ada mood dan kerajinan untuk menanam eh membeli tanaman untuk banyakkan oksigen di rumah. Sebenarnya timbul kesedaran dah lama dan pernah beli pokok hidup dari IKEA tapi tak bertahan lama, mati semuanya. Padahal pokok yang dibeli itu adalah pokok paling mudah penjagaan dan ikut pengalaman orang pandai soal cucuk tanam ini, benda ini tahan lama walaupun tak dijaga.

Kebetulan cuti hujung minggu lepas berjalan dengan anak-anak, musim cuti biasanya tak boleh lama melepak di rumah, tahap tekanan akan bertambah menjadi lebih tinggi, ada baiknya kita cari ruang dan masa untuk lari keluar sebentar. Dalam perjalanan balik kami singgah sebentar ke tapak semaian Bumi best yang sangat dekat dengan rumah.

Tengok-tengok dan jiwa memang dari dulu tertarik akan pokok ini. Jadi beli 2pohon dalam 1 pasu iaitu pokok lidah jin serta 1 pohon lain iaitu pokok lidah biawak. Secara lanjut pembelian dan jenis pokok adalah seperti di bawah:
Harga Pokok lidah jin 2 pohon RM40
Pasu sederhana besar dan bercorak RM22 dapat RM20
Tanah 1 beg RM2. 50 dapat RM2 , sebab nak kena tambah tanah ke dalam pasu ini
Pokok lidah biawak RM15
Jumlah semua dalam RM77



kena tambah tanah dalam pasu

Sedang elok masuk dalam pasu


sebelum balik, mata intai lagi susunan pasu yang cantik
Untuk pokok lidah biawak, kita dah ada pasu dari IKEA yang pokoknya dah mati dulu, jadi boleh masukkan sebagai ganti saja. Anak-anak pun sebenarnya teruja dan saya dah amanatkan kepada anak sulung untuk menjada pokok ini dengan baik. Semoga kekal lama dan beranak pinak lah pokok.

Thursday, 8 November 2018

Kuali Moden Tanpa Minyak:Air Fryer Philips

Assalamualaikum w. b. t,

Untuk hidup sihat memang kita perlu kurangkan minyak dalam pemakanan kita.
Salah satu cara mudah dan moden adalah tukar perkakas dapur kita dari kuali biasa kepada air fryer atau kuali ajaib yang tak perlukan setitik minyak pun. Malah makanan kita sendiri yang akan hasilkan minyak dari proses pengorengan secara sihat ini.

Amway ada keluarkan air fryer yang baru di mana saiznya lebih kecil dan comel. Sangat sesuai untuk keluarga kecil atau orang perseorangan. Kata nak sihat kan, jadi boleh masak dalam kuantiti kecil. Kecil kecil pun muat 1 ekor ayam tau tanpa dipotong kecil.

Nugget pun boleh sumbat 1kg terus. Jimat masa

Senang dibuka dan tutup.

Mudah kan pelbagai masakan

Muat 1 ekor ayam tanpa potong

1 tips orang perseorangan adalah anda boleh masak terus 1 ekor ayam dan makan bersama rakan atau keluarga untuk habiskan 1 ekor terus. Atau anda boleh makan ikut pecahan keperluan badan anda setiap plan makan anda. Dan selebihnya jangan khuatir boleh simpan dalam peti sejuk bahagian freezer tahan lebih 1 bulan. Atau dalam peti dingin selama beberapa minggu. Jika perlu untuk dimakan, hanya keluarkan dan panaskan sekejap tanpa ambil masa yang lama.
Cantik warna moden hijau mint


Bagi anda yang perlu dan sangat mementingkan kesihatan, boleh hubungi saya untuk dapatkan gajet canggih ini untuk dapur comel anda.

Monday, 29 October 2018

Duk Rumah atau Teruskan Kerja?

Assalamualaikum w.b.t,

Untuk tahun 2018 memang rasanya saya tak begitu aktif dan tekankan hal bisnes dan perniagaan yang sedia ada saya jalankan. Saya lebih senyap dan buat apa yang masuk sahaja. Orang kata tak ada usaha lebih atau mencari lebih, ikut aliran sahaja. Jika ada pelanggan yang order, urusan akan berjalan seperti biasa. Jika tiada, makan tiadalah.

Rupanya hidup begini lebih tenang dan tidak ada banyak masalah.

Saya lebih fokus hal kerja dan bila di rumah, masih ada urusan kerja yang ringan-ringan dilakukan.
Bila di tempat kerja memang fokus hal kerja dan ada juga fikiran melayang ke rumah teringat rumah dan keluarga. Itu biasalah kan.
Sama juga bila di rumah, saya uruskan apa yang ada depan mata, cuba jadi isteri, ibu yang baik untuk keluarga. Kerja rumah biasa yang mudah tapi perlu perhatian dilakukan dengan baik walau tak sempurna mana. Sekadar yang saya mampu.

Tugas masak, basuh pakaian, kemas rumah dan jaga anak-anak yang sedang nak membesar, mengajar mereka membaca dan buat latihan matematik, ajar speaking sikit-sikit jadi semakin baik. Hidup lebih tenang tau.
Kurang pergaduahan dengan suami sebab kebiasaan jika saya aktif bisnes, kat tangan memang tak jauh dari telefon dan biasanya fokus ke situ. Jadi banyak kerja rumah tertangguh dan akan bangkitkan kemarahan ahli keluarga.

Bila hidup begini, ia jadi lebih tenang. Anak-anak dan suami pun rasa mereka lebih terurus bila saya boleh masakan mereka makanan untuk dimakan, susun pakaian bersih mereka untuk dipakai, kemas rumah bersama-sama. Hubungan kami jadi lebih erat.

Itulah katanya bila kita kembali kepada fitrah, hidup mengikut suruhanNya. Rumahku Syurgaku.

Berbalik kepada urusan kerja, masih nak teruskan kerja?
Setakat ini tiada apa sangat yang menekan di tempat kerja, terkejar-kejar dan dikejar itu biasa, kita juga mengejar orang untuk jalankan tugas mereka, jadi tiada apa hal  sangat.

(Entri ini telah ditulis beberapa bulan yang lalu. Jika tak silap tarikhnya adalah 19.8.2018 tetapi saya baru saja poskan sebagai publish)
Begitu cantik susunan yang Allah dah aturkan kepada kita, tinggal kita sendiri saja untuk berfikir dan menghayatinya.
Alhamdulillah.

Friday, 26 October 2018

Badan Mengecil di Usia 36 Tahun

Assalamualaikum dan selamat pagi

Beberapa bulan yang lepas, awal tahun mungkin
Lama sangat dah

Ada staff vietnam hadiahkan seluar best ini (tebal dan selesa dipakai)
Dalam hati, dia ni perli aku ke
Mana la muat kan

Ada bagitau adik adik kandung dan adik adik sekerja
Semua pelawa diri nak ke dia orang
Mana bolehkan, orang bagi kita

Balik rumah try pakai memang sampai peha saja tak lepas ke atas
Gantung saja dalam bilik tanpa niat apa apa

Awal Oktober hari tu saja nak try semula
Lepas diet sihat agak 1 bulan la istiqomah
Dah turun kilo beberapa kg dan lemak beberapa %
Pakai lagi
Allahuakbar happy tatau nak kata

Bagitau suami jer, tapi dia wat wat tak dengar jer

Semalam bagitau staff yang hadiahkan tu, seluar dia bagi dah muat pakai
Katanya nanti dia balik Vietnam, dia nak belikan lagi
Auwww aduh seluarnya seksi fit
Pakai di rumah sajalah
Memang selesa wat tido

Itu le nak cite panjang lebar nya

Tapi bila kita kuat dan yakin diri boleh
Orang sekeliling pun terikut
Kesan paling besar orang sebelah ni haaa
Dah bunyi bunyi dia nak turun 10kg 🤣🤣🤣
Nak start diet laa

Ha ha ha