Assalamulaikum w.b.t,
Saya teringat-ingat akan bau ayam bakar semasa kelas Bangi, mereka tunjuk demo menggunakan Air Fryer yang sedang offer sekarang, yang lebih kecil molek berwarna Green Mint dan sememangnya keluaran Philips juga, Ini salah satu barangan jualan saya. Jadi tanpa biarkan bau itu terus menghantui, saya ambil keputusan untuk beli seekor ayam,1 bii lemon dan cuba buat juga.
Resepinya Mudah
1 ekor ayam, tak perlu potong
1 biji lemon
Bawang putih
Lada hitam
Garam
saya tambah sedikit madu
Cara-caranya:
Tumbuk bawang dengan garam sampai lumat, lada hitam memang saya dah ada yang siap sedia tumbuk, jadi perlu tambahkan saja, letak 2sudu madu dan perah lemon.
Ambil pes tadi lumur pada ayam yang dah siap sedia dicuci bersih. Saya perap 1 malam dan esoknya baru masukkan dalam Air Fryer.
Saya guna Air Fryer Philips Saiz XL, suhu 200C selama 10minit. Bagi ia garing diluar.
Kemudian saya pindahkan ke dalam Bread Maker Noxxa merangkap Oven yang boleh Broil ayam sebab saya nak ada jus yang keluar dari pes dan ayam itu sendiri. Saya biarkan lebih kurang 20-30minit. Bila masak, biarkan sejuk sekejap dan potong dengan gunting, memang rapuh sampai ke tulang. Sedap.
Seekor ayam tu boleh dimakan habis oleh beberapa orang saja, saiz ayam sederhana, 1kg lebih tapi tak sampai 1.5kg. Kebetulan masa ayam masak, ada tetamu cilik sampai rumah dan menjadi rezeki untuk menjamu mereka. Alhamdulillah.
Kalau ada yang berminat nak dapatkan Bread Maxer 3in 1 Noxxa atau Air Fryer Philips atau keduanya2, boleh hubungi saya segera ya.
No comments:
Post a Comment