Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday, 11 August 2013

Biskut raya 2013

Tahun 2013 ini pertama kali dapat cuti awal dan pulang ke kampung halaman awal. Sangat beruntung lah sebab dapat sesama berbuka puasa dengan keluarga tercinta. Serta dapat siapkan persiapan raya dari segi juadah dan biskut raya.

Kali ini, bagi peluang pada cucu mak iaitu anak sulung ku untuk menolong nenek nya dan bersama-sama terlibat secara tidak langsung membantu nenek nya menyiapkan biskut raya 2013. Terkebetulan, kali ini lambat sikit mak siapkan biskut raya yang biasa dibuat setiap tahun kerana kesihatan tidak berapa mengizinkan. Ini kali pertama mak berpuasa tanpa ayah disisi. Sedikit sebanyak menganggu emosi mak. Sambut puasa dengan demam dan akhiri puasa dengan demam juga. Mungkin juga kerana rindu cucu-cucu.

Biskut pertama yang mak buat adalah biskut dahlia @ semperit yang memang menjadi kegemaran ramai. Mak buat tak banyak, cukup lah untuk makan raya tahun ni, ala kadar saja. Layan gambar anak sulungku, Amirul Hakim menolong nenek nya letak ceri di atas biskut dahlia sebelum dibakar.




Hari kedua pula iaitu esok nya nenek buat biskut kacang @ mazola, kali ini Amirul Hakim masih menolong dengan meletak kan kacang di atas biskut sebagai hiasan sebelum dibakar.





Di sebelah atas rumah pula adik bongsu perempuanku sedang siap sedia untuk membuat mini popia. Kali ini pun Amirul Hakim masih menolong untuk membuka popia. Alhamdulillah dikurniakan anak sulung yang rajin. Diharapkan dan didoakan semoga berkekalan setiap tahun lah macam ni, rajin menolong, senang kerja mama, ada teman di dapur.





Sekian dulu untuk perkongsian biskut raya tahun 2013 sebagai kenangan antara Amirul Hakim bersama nenek nya.

Salam keceriaan, semoga syawal kali ini yang terbaik untuk anda dan keluarga.

Saturday, 10 August 2013

Perjalanan Balik Kampung

Assalamulaikum w.b.t,

Seronoknya bila dah boleh balik kampung dan mulakan perjalanan dengan selamat.
Kami mula bergerak dalam jam 10 malam kerana saat akhir baru packing segala barang untuk bawa balik kampung. Sebelum ni macam tak berapa nak ada semangat untuk packing dan bersiap lebih awal. Lepas berbuka sehingga jam 10 malam baru segala barang masuk bonet kereta walau pada awalnya agak tak muat bonet. Terpaksa diubahsuai dan buka semula pack untuk muatkan segala barang.

Jalan raya dan perjalanan agak lancar walau jumlah kereta di atas jalan raya semakin bertambah. Kami sampai di hentian gua musang dalam jam 2.30 pagi. Rehat di sini dulu sebelum mulakan perjalanan semula. Cik Abe beli sebungkus nasi goreng dan sebungkus mi goreng untuk alas perut dan tak sangka menjadi juadah sahur kami pada pagi ini sebab selepas makan, sambung tidur sebentar sehingga lah jam 6 pagi baru sedar semula.



Selepas solat subuh di stesen minyak shell, yang pada mulanya niat untuk solat di hentian rehat R&R Gua Musang terbantut kerana air tiada disana. Di stesen shell pula terpaksa beratur panjang untuk guna tandas  awam sebleum solat subuh. Kami mulakan semula perjalanan pulang selepas semua selesai.

Hari pun dah mula siang, nasib baik anak-anak masih nyenyak dibuai mimpi. Suasana diluar pun banyak kabus, lagi menyejukkan dan menyamankan untuk sesiapa sahaja sambung tidur.

Si adik nyenyak sangat

Sian si abang keletihan
yeay..dah masuk kuala krai

lambatnya nak sampai kampung

senyum dulu sikit



Kira-kira jam 8.30pagi, kami selamat sampai di Machang, rumah tok Ayah. Singgah sebentar untuk letak barang-barang keperluan raya, mandi untuk segarkan badan, bagi makan pada si adik sebab si abang memang langsung tak nak makan. Agak susah untuk pujuk. Siap-siapkan susu masing -masing dan mula gerak semula untuk balik ke rumah nenek jam 10.30 pagi.

Perjalanan di hari siang dah mula sesak kerana bercampur dengan mereka yang keluar untuk bekerja dan menyelesaikan urusan masing-masing. Kereta bersusun di atas jalan tak kira yang memang orang kampung dan ramai juga perantau yang sudah balik.

Layan gambar aksi-aksi dua beradik ini sepanjang jalan ke rumah nenek. Masing-masing dah segar bugar, maka asyik bergurau senda.









Hampir jam 12 tengahari baru sampai ke rumah nenek, jalan memang sesak teruk. Kena bersabar sepanjang jalan dengan panas terik nya, penyaman udara di dalam kereta tidak berapa berfungsi, maklum lah kereta dah lama, kesian anak-anak kepanasan. terpksa lah guna manual kipas untuk sejukkan. Tingkap tak usah kiralah tutup dengan tuala untuk elak cahaya matahari sebab sebelum raya tak sempat nak tambah tinted (penggelap cermin) kereta. Sibuk sangat buat bisnes dan hal lain-lain.

Itu saja coretan panjang lebar kali ini.Apa-apa pun bila dah sampai tempat yang dituju, segala penat dan kesusahan sepanjang perjalanan hilang begitu sahaja. Malah ditukar dengan perasaan gembira apabila dapat melihat wajah ibu tercinta dan adik-beradik yang lain.

Sekian.....
salam keceriaan daripada saya dan keluarga.







Friday, 9 August 2013

Hari Raya Kedua





Selamat Hari Raya...........yang kedua.......







Assalamualaikum w.b.t,

Salam kasih sayang dan salam keceriaan dari saya dan keluarga,
Pasti ramai yang bergembira pada hari ini, hari raya, tapi jangan dilupa pada mereka yang telah tiada.
Lawat @ Ziarah lah kubur mereka...baca Surah Yasin dan sedekah Al-Fatihah, doakan mereka berada di syurga bersama ahli keluarga yang lain.

Apa perancangan anda hari ini?
Sila senaraikan rumah keluarga terdekat yang anda perlu kunjungi, setkan betul-betul masa nya. Bagi yang ada anak kecil macam saya mungkin agak susah nak ikut plan asal, kena ikut keadaan mereka. Mungkin masa dah siap-siap nak keluar, mereka masih mahu tidur dan mood tak ok. Maka kena tunggu dulu dan layan. Masa pun mungkin akan berlalu.

Ada baik nya juga jika tetamu dari kalangan keluarga terdekat nak datang beraya dan berziarah, maka patut lah dibuat persediaan apa yang patut dan menunggu adalah lebih baik.Sebab itu lah plan yang paling penting sesama keluarga.

Esok masuk raya ketiga, boleh lah plan untuk berziarah kawan-kawan yang telah lama tak berjumpa, hanya sesekali dan musim-musim begini sahaja yang dapat berkumpul dan berjumpa. Jangan disia-siakan peluang yang ada. Bagi saya pula, saya dapat jemputan ke majlis pertunangan seorang kawan. Rumah pun tak la jauh mana. Jika tiada aral, Maka boleh lah kesana barang sejam dua.

Ok, selamat berhari raya, ceria-ceriakan diri dan keluarga tersayang anda.
Jadikan keluarga anda bahagia dan jadikan raya kali ini paling bermakna untuk anda dan keluarga serta orang sekeliling.


Sekian..............


Wednesday, 7 August 2013

Juadah Raya....Lemang dan Rendang Segera

Alhamdulillah...
dan Assalamualaikum w.b.t,

Dalam sedar tak sedar kita sudah hampir untuk beraya. Kalau betul cukup puasa Hari Ini, Esok kita dah sambut Raya Aidilfitri.


Resepi Rendang Ayam dan Lemang segera

Bahan-bahan:
Sepek perencah rendang adabi
serai
daun kunyit
halia
lengkuas
bawang putih & merah jika nak tambah( jika tak, dah memadai guna perencah)
daging atau ayam

Cara-cara:
 1)Masukkan ayam dan perencah sekali, sedikit air, masak di atas api perlahan
2) Masukkan serai yang diketuk, halia, lengkuas.
3) Sentiasa kacau sehingga masak, bila dah hampir masak, masukkan daun kunyit.
4) Boleh diangkat dan hidang

Bahan-bahan:
Sebungkus lemang Nona (ada 5 pek kecil)
air secukupnya.
ikut aturan di pek bungkusannya.


Cara-cara:
1) Masak atas api semua bahan.
2) Masukkan santan serbuk yang sudah ada dalam pek.
3) Kacau dan pastikan sentiasa sebati.
4) Bila dah masak, angkat dan biarkan sejuk dahulu.
5) Potong dan buang plastik, boleh dihidang.

Ni antara pek lemang dan perencah rendang yang dibeli untuk raya kali ini. Air 100 plus tu buat iklan saja terkebetulan dapat harga murah jika beli 3 botol iaitu RM7.65.


Sekian.

Tuesday, 6 August 2013

Resepi Sambal Ikan Pauh (mangga muda)


Assalamualaikum w.b.t

Musim sekarang kerja saya asyik menulis entri pasal makanan, masakan dan resepi sahaja.
Mungkin ada yang bosan dengan entri perniagaan dan jualan, jadi boleh lah bertukar angin mencuba resepi yang saya kongsikan.

Bukan apa ini adalah sebagai peringatan untuk saya juga, kadang terlupa cara nak masak, jadi boleh rujuk di sini. Kadang nak kongsi dengan kawan-kawan dan pembaca yang sedang mencari-cari akan resepi ini.


Ok terus dengan resepi, kerana tak perlu panjang lebar, jimat masa pembaca sekalian.

 Resepi Sambal Ikan Pauh (mangga muda)
Bahan-bahan:
1) Ikan segar yang telah direbus dengan air, garam dan asam keping  (sejukkan dan ambil isi sahaja)
2) Buah mangga muda yang dikupas kulit dan dipotong kecil senang untuk tumbuk nanti
3) Cili hijau beberapa biji ikut tahap kepedasan yang anda suka
4) Ikan kering/masin yang siap digoreng (ambil isi sahaja)

Cara-cara:
1) Campur semua bahan-bahan dan tumbuk hingga lumat dan sebati
2) Boleh diangkat dan digumpal, letak di dalam pinggan.
3) Sudah pun siap resepi yang amat mudah tetapi menyelerakan.



Dah siap sepinggan sambal ikan dengan pauh muda, boleh dimakan begitu sahaja dengan nasi panas-panas, pasti menambah selera.


 Anda patut mencubanya.

Monday, 5 August 2013

Resepi Cornflakes & Badam (Bersalut Coklat)


Assalamualaikum w.b.t,

Sebelum ni  memang sudah dikongsikan resepi ini, tapi kali ini lebih ditir dan terperinci lagi.
Hanya senang sahaja resepi nya dan sesiapa sahaja boleh membuatnya terutama mereka yang baru sahaja nak belajar membuat kuih raya sendiri.


Saya sendiri pun setelah tahu cara  nya , setiap tahun tak pernah ketinggalan buat Cornflakes & Badam (Bersalut Coklat) sebab senang, dan disukai ramai. Sekejap sahaja dah berbotol dapat. Cuma lengiuh jugak lah tubuh untuk siapkan berbalang-balang. Seronok tengok bila dah banyak botol dapat. Ye la kena sediakan untuk 3 buah rumah dan semasa bulan puasa lagi dah kena siapkan untuk kudapan Cik Abe dan anak sulung pada malam hari. memang kegemaran mereka lah.

Saya buat serentak dua-dua resepi ini pada masa yang sama, sebab mudah untuk sekali buat dan sekali kemas, basuh segala macam peralatan. Tapi masanya  memang sepenuhnya dirancang untuk habiskan dengan segera kerja-kerja ini semasa tiada gangguan dari anak-anak kecil.

Cornflakes & Badam (Bersalut Coklat)
Bahan-bahan:
1) Coklat Masakan @ Coklat Compound (saya guna jenama Bery'ls)
Badam cincang (dipanggang/bakar dulu)

2) Coklat Masakan @ Coklat Compound (saya guna jenama Bery'ls)

Cornflakes (saya beli 1kg kat kedai Yummies)
Cornflakes yang disalut dengan coklat yang dah dicairkan

Dah siap susun dalam cawan kertas kecil

Ini badam cincang yang disalut dengan coklat yang dicairkan

Dah siap letak dalam cawan kertas kecil

Menunggu masa kering, coklat keras sebelum disusun ke dalam botol kedap udara

Dah siap dalam botol, satu yang cornflakes punya, satu yang badam punya
Masa dalam dua jam dihabiskan untuk dapat sebotol setiap satu resepi. In shaa Allah ada masa akan terus buat untuk banyakkan stok.

Ada yang di luar sana tak nak buat tetapi nak beli dari saya?
Boleh hubungi saya.

Wan Rokiah
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935