Sejak pindah masuk ke Jannatul Mawa, memang niat dan fokus
hanya untuk syurga ini saja. Fokus anak-anak, ajar anak-anak belajar, membaca
dan mengaji serta jalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri yang baik untuk
setiap ahli keluarga.
Tapi lain jadi nya selepas beli atmosphere sky, dan
automatic dapat bonus 9% selepas diiktiraf dan diberi hadiah polishing mask
yang berharga RM100 lebih oleh upline, saya jadi lebih teruja dan terus beli 3
tiket berharga RM80 menjadi jumlah RM240 untuk pergi 3 orang ke seminar net
preneur.
Jadi saya mula sibuk mengatur strategi untuk aktif bisnes
semula sebab saya dah nampak jalan yang bisnes ini bukan untuk saya seorang
tapi dapat bantu ramai orang lain dalam mengubah hidup mereka ke arah yang
lebih baik.
Ia menjadi semakin bertambah bila adik saya sendiri yang
join seminar semakin bersemangat untuk Bersama buat bisnes ini, tak sabar dan
sangat energetik setelah disuntik semangat oleh para penceramah berkaliber.
Sepanjang perjalanan balik dari seminar usahawan, bertalu-talu soalan bagaiaman
nak bermula, bagaimana nak bermula.
Jawapan mudah saja sebab saya dah belajar dalam kelas bangi,
iaitu guna produk dulu, dan cite kebaikan pada diri kita, kesan baik pada diri
kita yang kita rasa, bercerita secara emosi, secara berperasaan akan membantu
orang lebih faham dan berkeinginan nak yang sama seperti kita.
Lepas guna dan tukar barang rumah, baru slowly ajak buat
bisnes.
Barulah bisnes sebenar bermula apabila menaja orang baru dan
ajar orang baru yang mahu, sama saja tukar barang rumah dan citer kebaikan pada
orang lain. Berkongsi cerita sentiasa, tanpa pernah jemu walaupun citer yang
sama berulang kali.
Mudah kan
Jom kita
No comments:
Post a Comment