Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Thursday 4 January 2018

Baju Lama- Kosongkan Wardrobe

Assalamualaikum w.b.t,

Sempena tahun baru, azam pun mesti baru kan. Azam tahun ini nak simple dan easy. Iaitu nak jadi orang yang ringkas dan mudah sahaja.

Langkah pertama yang perlu dibuat adalah kosongkan almari Pakaian dengan baju baju lama yang telah lunyai dipakai dan juga baju baju lama yang sudah tidak dipakai. Menyemak saja di dalam almari pakaian. Baku baju baru sentiasa dibeli dan disumbat masuk, baju lama pula tak dikeluarkan menjadikan pakaian bertambaj banyak dan menjadi beban kepada almari. Bukan saja almari menjadi beban dan sumbak, tetapi rumah pun seakan berat. Faham apa yang saya maksudkan?

Hidup perlu ada aliran keluar masuk. Bayangkan jika masuk sahaja dan tak keluar apa akan jadi?
Jika duit yang masuk tak keluar itu sangatlah menarik tetapi ia sangat mustahil untuk dilakukan. Jika makanan pula masuk sahaja tanpa ada keluar seperti najis melalui proses penghadaman, bagaimana agaknya dengan tubuh badan kita?
Jadi saya lakukan kerja-kerja kosongka  almari pakaian.

Langkahnya mudah saja, bagi orang yang macam saya iaitu sangat sayangkan barang dan memang tak akan  buang, simpan sampai jadi sesak ruang. Pejam mata saja dengan ambil plastik beg yang besar dan mula lakukan kerja-kerja masukkan baju baju tersebut ke dalam plastik. Dalam hati memang niat untuk simpan sementara wakti di dalam plastik tetapi langkah sebenarnya adalah untuk buang atau sedekahkan kepada yang memerlukan.

Baju raya lama-jarang pakai

Muatkan dalam beg plastik

Sebenarnya sebuah rumah yang tak banyak barang lebih tenang dan tak sarat. Kata nak jadi orang yang mudah dan ringkas, maka kita mulakan dari kemas pakaian kemudian barangan lama yang sudah tak digunapakai.

Apabila tak banyak barang, kerja mengemas menjadi lebih mudah dan cepat.

Jom berusaha!

No comments:

Post a Comment