Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday 14 May 2017

Nasi Ayam Resepi Mudah

Assalamualaikum w.b.t,

Bila tiada mood tetapi terpaksa masak juga, jadi kita fikirkan cara mudah dan resepi mudah saja untuk si pemalas.

Maka terhasil lah nasi ayam si pemalas, nasib baik ada gajet canggih, periuk tekanan Noxxa dan Air Fryer Philips.  Jadi tiada alasan untuk tidak memasak jika ada tukang makan ya.

Resepi mudah
Saya basuh bersih ayam lebih kurang 1 ekor
Masukkan dalam periuk noxxa
Ketuk 3 biji bawang putih dan masukkan sekali dengan 3 sudu kecil garam serta 1 kiub ayam
Tekan hp10 minit dan biarkan sehingga masak
Bila dah masak, saya asingkan kuah ke dalam periuk lain, ayam nya saya letak dalam bekas.
Taruh sos tiram, sedikit kicap dan 2 sudu kecil kunyit. Gaul sebati dengan ayam yabg direbus tadi. Saya tak gaul sangat pun sebab ayam masih panas.

Basuh beras dan rendam sekejap dengan sedikit kunyit. Masukkan beras 3 pot dalam periuk noxxa berserta daun pandan yang diikat. Masukkan kuah ayam tadi secukupnya ikut sukatan beras tadi.

Saya tetapkan hp5 minit sahaja untuk nasi masak sempurna.

Kuah ayam pula saya tambah sedikit garam lagi dan rasa sudah  cukup elok

Ayam tang diperap tadi, saya susun kesemuanya dalam Philips Air Fryer XL dan setkan suhu 180° selama 3 minit sahaja. Ini kerana ayam sudah masak sempurna dengan periuk noxxa tadi. Ini bertujuan untuk goreng secara sihat.

Bila nasi sudah masak, boleh lah dihidangkan dengan sos cili tomato dan kicap beserta timun, tomato dan salad.
Tapi kali ini saya hanya hidangkan nasi ayam dengan kuah sup dan ayam goreng sahaja. Nama nya kan nasi ayam si pemalas.

Tak sangka sedap juga rasanya dan dimakan bersama 5 kanak-kanak di rumah ini.

Nasinya masak elok dan ayam pun sedap diratah  atau dimakan dengan nasi ayam.

Ini dia nasi ayam dan ayam AF


Sekian dulu.

Jika berminat nak dapatkan Noxxa dan Air Fryer Philips boleh hubungi kita  dan kita bantu anda gunakan nya dengan semaksima mungkin.


No comments:

Post a Comment