Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Thursday 27 June 2013

Simpanan selepas Gaji


Assalamualaikum w.b.t

Saya kira sekarang dah hujung bulan pasti ramai yang telah pun menerima gaji terutama yang bekerja dengan kerajaan iaitu kakitangan awam. Bagi kami yang bekerja swasta ini, belum bergaji lagi, kena tunggu beberapa hari lagi untuk dapat gaji.


 Apa-apa pun kali ini saya ingin berkongsi cara atau tips yang saya pernah dapat sebelum ini daripada sumber bacaan. Tentang bagaimana untuk membentuk kewangan yang stabil pada masa kini dan untuk masa depan.


 
Selepas setiap kali anda menerima gaji, harus bahagikan gaji kepada satu per tiga 1/3,iaitu satu bahagian untuk bayar hutang, satu bahagian untuk simpanan dan satu bahagian lagi untuk perbelanjaan.

Nampak bukan yang pertama haruslah bayar hutang, yang kedua simpanan dan yang ketiga barulah perbelanjaan.

Pertama sekali, bayar awal bulan semua bil-bil dan hutang-hutang yang ditanggung. Sendiri tahu kan ada hutang apa seperti hutang rumah, kereta, bil api, bil air dan lain-lain. Juga diingatkan di sini, utamakan bayar hutang pada ibu bapa kita, bagilah setakat yang kita mampu.

Kedua adalah simpanan, satu per tiga dari gaji haruslah disimpan, jika tak mampu, simpan lah seadanya seperti 10 peratus dari gaji, jika tak mampu simpanlah paling kurang RM100. Yang penting ada sedikit simpanan untuk digunakan pada masa hadapan dan apabila keadaan mendesak.



Bagaimana untuk menyimpan? Bukalah satu akaun asing untuk simpanan atau buat pelaburan seperti ASB atau Public Mutual, Unit Trust. Pelaburan yang paling baik juga adalah beli Emas dan simpan, jual hanya apabila harga melambung naik, mungkin simpan dalam 5 hingga ke 10 tahun.

Tips yang lain, jangan tambah hutang.
Jika mampu untuk berbelanja, beli dan bayar terus. Jangan berhutang. Jika tak mampu tidak perlu beli dahulu, mungkin masa akan datang boleh berbelanja semula.

Jika kad kredit tidak anda perluka, maka jangan jadikan ia kawan. Kalau tak ada lagi bagus.

Tambahan, beli lah insurans untuk diri sendiri dan anak-anak serta kleluarga. Ia juga merupakan simpanan dan wang segera jika benar-benar memerlukan.

Yang terakhir beli lah asset tetap jika sudah tiba masanya seperti belilah rumah.

Sekian untuk kali ini.

Semoga pembaca mendapat info atau maklumat yang berguna pada hari ini.




No comments:

Post a Comment