Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday, 29 July 2013

Aura White.......untuk Cantik & Berseri

Alhamdulillah..untuk perkongsian kali ini, Aura White menjadi pilihan.

Pertama kali melihat promosi RM100 dengan belian borong sebanyak 10 botol menjadi tarikan utama untuk mencuba. Gerakan dijalankan dengan mencari 10 orang rakan kongsi yang ingin sama-sama mencubanya. Sehingga lah telah cukup 10 orang (sebenarnya tak cukup pun lagi) tetapi ada niat nak menjual dan berkongsi kehebatan khasiat Aura White ini menjadikan saya teringin untuk membelinya.

Tetapi alangkah malangnya kerana promosi RM100 sudah berakhir tetapi saya masih bernasib baik kerana jumpa dengan pembekal lain yang menjual lagi murah, kira baik lah untuk saya yang sedang mula berjinak-jinak nak berniaga barangan atau produk kesihatan dan kecantikan, kiranya ini lah modal terbesar dan produk termahal yang saya pernah jual. Tapi untung tidak seberapa. tetapi tidak apa, yang penting saya dapat 2 dalam 1. Satu dapat jual dan dapat untung sikit, kedua saya dapat mencubanya.


Hari pertama mencuba minum Aura White, ia sangat lazat, bau wangi buah-buahan. Saya mencuba lepas berbuka puasa, memang sangat elok diambil semasa perut kosong, untuk mudah penyerapan. Tetapi kena tahan lapar selama 30 minit sebelum makan. Yang ini saya tak tunggu, saya terus makan sebab seharian berpuasa. Dalam satu jam pertama apa kesan yang saya rasa adalah kentut tak berhenti. rasa seronok pulak sebab keluar angin kan.

Minum 120ml air dengan 2 sudu Aura White


Kali kedua saya minum semasa bangun sahur, juga semasa perut sedang kosong, elok lah bangun jam 4.00 pagi, minum Aura White dulu dan panaskan lauk pauk, jadi cukup 30 minit, dah boleh makan  sahur. Juga saya alami kesan yang sama, kentut tak henti dalam satu jam pertama, rasa lega perut sebab keluar angin.

Sebotol Aura White, ada 5X stem cell, 900,000mg



Ini saya selitkan sedikit iklan untuk Aura White yang terdapat sekali dalam kotak semasa membelinya.


Iklan yang terdapat pada pamplet Aura White yang disertakan semasa membeli

Gambar Duta Aura White, Hanez Suraya yang sememangnya putih gebu
Itu sahaja Perkongsian kali ini, Adakah anda pernah cuba minum Aura White ini?
Apa kesan pada anda? Kongsikan nya di sini.

Anda berminat untuk membeli dan mencuba Aura White sendiri? Boleh hubungi saya...


Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog : wanrokiah.blogspot.com
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Kedaionlinecikroki

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357

Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti



Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Trafik Blog

Alhamdulillah............

Terasa gembira hati ini kerana melihat laluan trafik ke blog sangat tinggi dan yang paling penting statistik menunjukkan laluan yang paling tinggi adalah dari carian di google. Sebelum ini kebanyakan dari laman facebook, hasil promosi dari diri sendiri yang suka berkongsi blog ini di sana.





Lagi 5 hari genap 2 bulan saya menulis blog ini dan itu yang membuatkan rasa lagi gembira kerana jumlah mereka yang datang menjenguk ke blog ini melebihi 3 ribu pengunjung.





Yang paling penting sudah ada iklan-iklan dari nuffnang dan affiliate di blog yang mana akan menyumbang kepada pendapatan pasif dari blog.





Anda ingin tahu bagaimana membuat blog dan belajar cara untuk memulakan perniagaan, boleh hubungi saya atau lihat di penjuru kanan dan bawah blog ini ada guru-guru terbaik (Pengasas Kelas Online) yang mengajar secara atas talian (online) dan sepenuh masa. Anda juga boleh lihat alumni pelajar yang telah belajar kelas asas blog dan fan pages.

Atau boleh hubungi saya secara langsung, saya akan terus kenalkan anda dengan guru terbaik saya.

 
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935

Blog : wanrokiah.blogspot.com
Facebook : Wan Rokiah


Guru saya: 


Sunday, 28 July 2013

Jalan-jalan makan cendol dan bakso

Assalamualaikum w.b.t,

 Perkongsian kali ini adalah jalan-jalan cari makan di sekitar kawasan bandar baru bangi. Tidak berapa jauh dari tempat tinggal saya.


 Tempat nya adalah di fasa empat tambahan atau seksyen 4, di bawah teduhan pokok-pokok di tepi jalan menghala ke PKNS bandar baru bangi. kedai ini pernah masuk rangcangan TV3 iaitu jalan-jalan Cari Makan (JJCM) yang bersiaran pada hari Ahad jam 12.00 tengah hari sebelum rancangan Melodi.

Kisahnya adalah sebelum sambut puasa hari itu, saya dan adik keluar berjalanj-alan, niat di hati ingin membeli belah persiapan raya untuk diri sendiri dan anak-anak. Lepas penat berjalan, kami lalu jalan fasa 4 ini dari Kajang, ternampak kedai ini yang memang dah lama tidak singgah. jadi apa tunggu lagi, singgah dan makan dulu lah.


Tu dia beratur punya lah panjang

Sekarang kena layan diri pulak, masa dulu duduk saja dan pelayan yang akan datang ambil pesanan dan hantar pesanan.

Dah dapat dah beratur paling depan, tak lama sangat sebab pekerjanya agak cekap
Datang dah makanan yang dipesan, muka anak dara terpaksa ditutup, nanti ramai pulak yang berkenan



Jom makan dulu cendol pulut dan mi goreng
Ni saya punya mi bakso dan cendol pulut, ada bebola daging
Budak kecil tu tak nak makan sebab dah dapat seketul ayam KFC tadi
Dah siap makan tu, kami balik lah, nak tunggu apa lagi kan. Perut pun dah kenyang.
Tapi apa yang nak dikongsikan di sini, cendol nya memang sedap, boleh lah singgah dan makan lagi. Tapi untuk mi rasanya kurang sebab mungkin jenis mi yang dipakai memang tak sedap, rasa macam baru keluar peti sejuk dan rasa tak segar. Tapi kuah bakso tu memang sedap.

Untuk rakan-rakan yang suka cendol boleh lah datang dan cuba makan di sini, yang mana jarang datang ke Bandar Baru Bangi pun boleh cuba datang dan makan. Lagipun tempatnya mudah dicari, tak susah mana lah.

Saturday, 27 July 2013

Kitar Semula ......Pek kopi Red Guara Cafe??


Assalamualaikum w.b.t...

Pernahkah anda  mendengar perkataaan Kitar Semula? atau recycle? Pasti pernah bukan?..

Kali ini saya nak berkongsi sedikit tip bagi penggemar minuman kopi yang saya jual atau selalu saya promosikan tu...iaitu Kopi Red Guara Cafe...

Sebenarnya satu pek yang anda beli yang ada 20 pek kecil di dalam nya tu boleh digunapakai semula untuk isi barang-barang basah atau lauk seperti daging, ayam, udang, sotong dan pelbagai lagi lah. Bukan sachet/pek kecil tu, tapi pek aluminium yang besar.

Ini akan menjadikan lauk anda segar, dan mudah disimpan dalam peti. Anda patut mencubanya.

Ada ayam didalam dua-dua pek ini, satu yang bertulang, satu yang isi sahaja


 Buat pengasingan untuk mudahkan masa memasak dan mencairbekukan.

Selain dari itu, kegunaan nya adalah untuk isi lauk yang dah masak seperti kuah atau gulai apa-apa, Sebab atas pek tersebut ada zipper yang boleh dikunci dan dibuka. Memang gerenti lauk anda tidak tumpah walau perjalanan anda jauh. Kesedapan lauk juga terjamin, jimat ruang untuk anda bungkus di ruang beg anda.

Stok pek-pek kosong yang bakal digunakan



Apa anda tunggu lagi? sila dapatkan pek red guara cafe hari ini dengan membeli nya dari saya. Lagipun tempoh promosi dengan membeli secara borong 3 pek red guara cafe masih berlangsung.
Sila hubungi saya dengan kadar segera.

1pek harga pasaran RM28.80 (20pek kecil di dalam)
Beli 3 pek untuk sebulan minum( 2kali sehari minum) 
selepas berbuka dan semasa sahur di bulan puasa 
dengan harga promosi yang hanya RM80 untuk 3 pek (Kos Pos : RM10).




Cepat-cepat, selagi stok dan tempoh promosi ada.



Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog : wanrokiah.blogspot.com
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Kedaionlinecikroki

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357

Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.